Dentuman guruh dan kilat saling berganti-ganti seumpama tahu yang hari ini akan tiba.
"Arghhh!!Sudah ibu,aku dah serik hidup dengan kau.Lepas ni aku akan tinggal bersama kawan-kawanku"
Perasaanku yang bercampur baur antara sedih,marah dan kecewa sudah tidak dapat dibendung.Pada hari ini keputusanku adalah muktamad!
"Alif,jangan engkau tinggalkan ibu .Kamu je yang ibu ada nak.Tolong la Alif."
Sejak pemergian ayahku,pelbagai kecelakaan menimpa keluarga dan hidupku.Aku berumur 6 tahun semasa nyawa ayahku diragut oleh seorang perompak bank.Walaupun sudah 15 tahun ia berlaku,ia seakan-akan masih segar dalam ingatanku.
"Buat apa aku nak jaga kau,buat susah aku je.Dah la makan pun aku sediakan."
Satu persatuku luahkan amarahku yang di jentik oleh syaitan.Seribu satu kenangan manis hilang bagai ditiup angin.
"Kalau ayah ada dekat sini—"
"Jangan!!Kau ungkit pasal ayah!!"
Hanya tengkingan yang ku berikan sebelum menghempas pintu yang sudah kelihatan rapuh itu lalu lekas masuk kedalam kenderaan kawanku.
Kedengaran tangisan ibuku diikuti dentuman guruh memenuhi rumah yang tidak akan ku jejaki lagi.
***
6 bulan kemudian..."Wei Afiq,aku pelik la.Kenapa kan sebelum aq tinggalkan mak aku,dia selalu ingatkan aku supaya ingat Allah?Sedangkan aku sendiri tak pernah nampak dia."
Entah kenapa tiba-tiba soalan sebegitu terkeluar daripada mulutku.Mungkin hanya kepada Afiq saja ku selesa luahkan masalah ku.Mungkin...
"Ouh rumit jugak soalan kau ni.Ok macam ni la.Kau pernah tengok udara?"
"Eh kau merepek apa ni?Mestilah tak pernah."
"But then kau still percaya ia wujud.Begitu juga dengan Allah,kau tidak pernah nampak dia bahkan tiada siapa pernah nampak dia tapi kita still solat dan doa kepada dia.Kenapa?Sebab dalam banyak-banyak agama di luar sana,hanya Islam yang berpegang kepada kepercayaan.Jadi jawapan bagi soalan kau ialah 'percaya'."
'Penuh kata-kata tersirat jugak dalam hujah mamat ni' —gumamku
"Alaahhh cane la aku boleh terlupa bawak fon aku ni.Baru nak rakam ceramah Ustaz Afiq yang penuh dengan kata-kata sentapan ni hah."
Hanya gelakan yang terkeluar dari kami berdua.Namun,ada benar juga kata dia kalau difikirkan balik.
Sebaik saja kami habis sarapan,Afiq dan aku akan kembali ke rumah untuk menghantar aku balik sementara dia akan pergi ke tempat kerjanya seperti biasa iaitu sebagai Pengurus Produk Telefon Pintar Apple yang terkemuka di Kuala Lumpur.
Namun,apa yang Afiq tak tahu ialah Alif mempunyai pekerjaan yang gelap sehingga ia boleh menjemput maut!Apakah pekerjaan itu?Siapakah Afiq ni sebenarnya?Apakah perancangan Alif selepas ini?
to be continued—
YOU ARE READING
Mental
RandomAntara Tuhan , Keluarga Dan Harta. Allah menguji dia dengan mengambil orang yang dia cintai.Alif berdepan dalam pelbagai kesusahan sehingga dia berputus dalam hidup.Sehinggalah datang bantuan.Tetapi dari siapa?Adakah dia dalam dilema MENTAL?