"Aliff!!!Jangan dekat!!"
Kedengaran jeritan ayahnya membingitkan suasana sekeliling.Saat itu terdapat bahaya di hadapan mereka.
"Bang.Kalau abang nak duit,nah ambil lah semua..."
Hanya keselamatan Alif menjadi keutamaannya sekarang.Peratus peluang untuk dia hidup adalah rendah berdasarkan situasi yang di hadapinya sekarang ini.Hanya tawakal dan doa sahaja senjatanya.
"Ayahh~~!"
Titisan air mata Alif sudah jatuh ke tanah.
"Aku nak cincin dekat jari kau tu"—Ujar perompak itu.
"Tapi ini sahaja yang saya tinggal bang."
"Kau nampak pistol ni.Kalau kau tak nak muka kau pecah,baik kau bagi sekarang."
Jelas sekali nasib tidak memihak kepada mereka.Tanpa Alif sangka,ayahnya membuat satu tindakan yang di luar jangkaan.
"Ayahh!!!!"
**
"Alif..Alif!"
Kejutan Afiq membuatkan Alif terbangun daripada lamunannya tadi.Sekarang dia berada di hadapan rumah Syikin.Pelikkan...
"Haisyhh..Kau ni semenjak dua menjak ni asyik mengelamun je.Aku syak kau mesti selalu terfikir pasal gadis misteri tu je kan."
Afiq sengaja mahu mengusik temannya.Manakan tidak,sewaktu dia hendak tengok bola,time tu jugak Alif ajak keluar.
"Kau ni Afiq,macam-macam lah.Aku dengan dia kawan je la.Nothing more."
Alif cuba untuk menafikan tuduhan Afiq yang semborono itu tetapi sebenarnya dia sendiri tidak tahu apa status hubungan diorang sekarang.
"Hmm..yeye je kau ni kan.Anyway,goodluck for your dinner."
"Thanks hantar aku,nanti nak balik aku call kau."
"Okay."
Afiq memberi salam sebelum dia bertolak pulang bagi menonton perlawanan bola sepaknya yang tertangguh.Malaysia lawan Thailand.Menarik...
Alif sekarang di hadapan pintu rumah Syikin.Dia still teragak-agak nak tekan loceng ke tidak.Selepas 5 minit,Alif mengambil nafas yang panjang lalu menekan loceng tersebut.
Pintu dibuka...
"Eh!Alif,lama saya tunggu awak tau.Makanan semua dah siap,jomlah masuk.Parents saya tak sabar nak jumpa awak."
Setelah dipelawa,Alif masuk kedalam rumah yang ala-ala istana itu.Memang tidak dapat di nafikan dalaman rumah itu lebih menarik berbanding luaran.Di tengah-tengah ruang tamu mereka terdapat sebuah chandelier yang tergantung cantik bagi menambah indah seri didalam rumah itu.
Syikin membawa Alif ke meja makan memandangkan makanan semua telah siap di sediakan oleh seorang tukang masak yang memang di upah oleh ayahnya.
"Awak duduklah dekat sini sekejap,saya nak pergi panggil parents saya."
"Ohh.Okay."
Setelah 10 minit,mereka semua telah berkumpul di meja makan dan sedang menikmati juadah yang di sedikan.
"Alif,kamu boleh panggil aku,Pak Luqman Sal ataupun Pak Lat.Ikut keselesaan kamu.Aku nak berterima kasih dekat kau sebab dah tolong anak aku pagi tadi."
Perbualan mereka di mulakan dengan sapaan daripada ketua rumah mereka.
"Jadi,ni la orang yang Syikin cakap hero tu kan."
"Ayahhh..."
Kelihatan muka Syikin telah menunjukkan warna merah-merah padam kerana berasa malu.
"Saya just jalankan tanggungjawab saya je pak cik."
Jawapan klise yang diberikan oleh Alif.
"Kamu kerja apa sebenarnya Alif?"
Satu soalan maut yang diujarkan kepada Alif.Dia berusaha sebaik mungkin untuk menyorokkan identiti sebenarnya daripada diketahui.
"Saya bekerja sebagai akauntan je pak cik."
Kenapa akauntan?Mungkin pekerjaan itu sahaja yang sempat difikirkannya.
Dan begitulah makan malam itu terjadi.Selepas satu-satu soalan diajukan kepada Alif,akhirnya dia meminta untuk mengundurkan diri dek kerana jam sudah hampir mencecah pukul 12.00 malam.
"Saya nak mintak maaf kalau soalan-soalan ayah saya ada yang terguris hati awak."
Dia hanya boleh meminta maaf bagi pihak ayahnya.
"Takpe..Saya dah biasa diajukan soalan macam tu."
Kelihatan kereta Afiq sudah sampai.
"Maybe kita patut keluar sometime?Kenal each other."
Hanya satu ayat yang diberikan Syikin membuatkan Alif merasa seperti di alam kayangan.
"Oh.Boleh-boleh,awak bagi masa dan tempat saya datang."
Sambil bercakap,dia tidak perasan yang terdapat tangga dibelakangnya.Alif tersungkur jatuh.
Syikin terhibur melihat gelagat Alif itu.
Alif melambaikan tangannya kepada si gadis misteri itu sebelum masuk ke dalam kereta Afiq lalu beransur pulang.Ini mungkin antara saat yang paling indah buatnya.Mungkin...
**
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia..."Hmm...Aku rasa semua ni ada kaitan la Ikmal.Kau tengok semua kes pembunuhan yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur.Mangsa yang dibunuh biasanya pasti ada sejarah gelap dalam dunia kongsi gelap."
Inspektor Nauffal mengeluarkan pendapatnya berdasarkan kes pembunuhan yang berlaku.Biasanya ia akan berlaku seminggu 3 kali.
"Entahlah Nauffal,Aku rasa baik kau berehat sekejap.Dah berapa hari kau tak rehat sebab study kes ni je."
Inspektor Ikmal merupakan kawan baik kepada Nauffal.Mereka sudah berkawan lama sejak daripada Maktab Tentera Diraja sehinggalah kepada pengkat mereka sekarang ini.
"Macam mana aku nak rehat Ikmal,sedangkan mereka ni masih berkeliaran dekat luar sana.Dunia ni kotor Ikmal,kalau bukan kita sebagai polis nak bersihkan siapa lagi?Diorang ni macam cendawan.Hilang satu,muncul lagi sepuluh."
Nauffal masih berusaha untuk merungkai kan kes ini.Tetapi dia musykil siapakah pembunuh misteri ni.
Musykil...
**
"Boss aku rasa,aku dah tau Alif ni siapa.Boss cuma bagi aku arahan dan aku akan settlekan.""Aku nak kau bawak dia kesini,dan orang-orang dia sayang.Aku nak dia merana!!Hahahahha."
"Baik boss,anggap je semua dah selesai."
Lalu di matikan panggilan telefon itu...
"Heh nampaknya kau dah temui jalan mati Alif.Lat Yo pun senang sangat tertipu dengan aku.Dunia-dunia,kenapa lah kau jadikan semua ni mudah buat aku."
Terowong itu bergema dengan suaranya lalu perlahan-lahan hilang.Hanya tembakan pistol yang didengari.
Siapakah gerangan orang yang bercakap bersama Lat Yo itu?
Musuh?atau Sahabat Lama?to be continued—
YOU ARE READING
Mental
RandomAntara Tuhan , Keluarga Dan Harta. Allah menguji dia dengan mengambil orang yang dia cintai.Alif berdepan dalam pelbagai kesusahan sehingga dia berputus dalam hidup.Sehinggalah datang bantuan.Tetapi dari siapa?Adakah dia dalam dilema MENTAL?