Episod 6

36 5 1
                                    

"Ayahh..bangun ayahh..."
"Alif tak nak hilang ayahh..."
"Tolongla ayah bangunn"
—Alif kini sedang terduduk disebelah mayat yang tidak lagi bernyawa.

"Kalau ayah tiada...siapa nak jaga Alif.Bangunlaa ayahh.."
—rungutnya

Namun tiada guna,si peragut telah pun mengambil nyawanya.
Memang,dunia tidak pernah adil.
Penuh dengan kekotoran.
Penuh dengan kejijikan.
Penuh dengan....MANUSIA.

**
Dataran Pahlawan,Melaka

Kelihatan sang matahari baru sahaja bangun daripada lenanya lalu menerangi seluruh pelusuk dunia.Burung-burung yang berkicauan menambahkan keindahan negeri Hang Tuah ini.

Alif mengambil keputusan untuk berehat di dalam salah satu negeri yang indah di dalam Malaysia.Dia ingin mencari ketenangan setelah apa yang berlaku padanya.Baginya apa yang berlaku sepanjang hidupnya merupakan kekejaman tuhan baginya.Apakan daya bagi seorang lelaki yang sudah kehilangan ayahnya dari kecil dan emaknya telah hilang ke mana.Tanpa di berikan didikan agama,dia sesat di dalam MENTALnya sendiri.

Alif berehat di salah satu kerusi yang berdekatannya.Terdapat sebuah restoran yang terkenal di sebelahnya untuk menarik minat pelancong bagi melawati bandar ini.KFC...

Lalu,dia membuka telefon bimbitnya yang agak ketinggalan zaman....Terdapat beberapa pesanan mesej yang masih tidak berbalas.

'Wei Alif ada barang manyak masyuk woo malam ini'—Ah Kew Weng
(salah seorang member Alif)

Heh..Alif tersenyum keseorangan.

'Sory la weng.Gua buzy la semenjak dua menjak ni'—balasnya

Setelah dua minit dua noftification masuk.

'Waa ini Alif suda pandai buzy woo,Lu punya perniagaan ada baik ka?'
—balasnya

Cakap sahaja pasal perniagaan kepalanya kembali rungsing akibat tragedi yang berlaku.Patutkah dia teruskan.Atau.Berhenti.

Dia membiarkan mesej itu tak berbalas.Kemudian,dia melihat lagi satu pesanan.

'Syikin..'
—getusnya seorang diri

Ya,Syikin.Nama yang manis di campur pula dengan akhlak yang baik.Bagi Alif,Syikin merupakan seorang perempuan yang mempunyai semua sifat yang diidamkannya.

Daripada seorang gadis misteri yang ditimpa kemalangan lalu diselamatkan oleh seorang pemuda yang penuh dengan sejarah silam yang hitam.Hingga menjadi kawan yang selalu berada disisi masing-masing tika gundah gulana.

'Assalamualaikum,Alif.'
—satu mesej di hantar oleh Syikin yang baru sahaja diterimanya.

'Waalaikumusalam'

'Alif,awak ada dekat mana sekarang?Buzy tak esok?'

'Sorylah,saya sekarang dekat Melaka,esok baru saya balik KL'
—balasnya dengan santai sahaja

'Ouh,takpelah nanti kalau dah free bagitau saya tau.Ada something saya nak share dekat awak pasal ayah saya.Saya rasa dia ada masalah'
—dia membalas dengan panjang lebar.

'Ok.Nanti kalau dah sampai KL saya bagitau awak.'

Mesej itu dibiarkan sahaja oleh Syikin.

Bluetick...

**
Kuala Lumpur,Malaysia

Di sebuah restoran mamak di Purajaya...

"Wei,Ikmal.Aku rasa aku dah dapat maklumat baru dalam kes kita sekarang ni lah"

Kelihatan jelas sekali yang Inspektor Nauffal masih tidak kenal erti rehat kerana dia bersungguh-sungguh hendak melunaskan misi ini lantas memastikan rekod sepanjang karriernya tidak tercemar.

Sementara menunggu pesanan mereka sampai,mereka masih sempat berborak tentang hal-hal yang biasa tetapi yang membuat Inspektor Nauffal berminat ialah bilamana mereka bercakap mengenai kes yang sedang mereka jalankan.

"Hah,apa clue kau yang menarik sangat tuh."
—sambil meneguk secawan kopi yang semakin sejuk

"Kau ingat tak yang 2 hari lepas,waktu team kita serbu satu markas penyeludupan dadah dekat dalam hutan tu."

"Waktu kita sampai tu kan,kau tak pelik ke.Kenapa diorang punya perimeter kawasan tak dijaga."
—satu satu diterangkannya kepada sahabatnya itu dengan tekun

"So,apa point yang kau nak cakap ni?"
—balasnya

"Point aku,aku rasa yang ada something yang pihak polis tak tahu tapi diorang ni,ahli kongsi gelap,tahu.Tambahan lagi,bila kita pecah masuk,ada sesetangah daripada diorang dah tumbang."

"Then bila kita dah tangkap semua,aku tak rasa yang semuanya kita dah tangkap.Ada yang terlepas."
—jelas Nauffal

"Aku syak ada orang lain yang terbabit jugak."

tapi siapa?....

**

Tish...Tish...Tish...

Kedengaran titisan cecair jatuh ke lantai.Tanpa satu pun sumber cahaya,ruang itu gelap gelita.Bila cakap pasal cecair yang jatuh itu.

Darah...

"Woi!!Ahhahahaahahahah.Kau fikir kalau kau biar aku dekat sini sahaja kau selamat.Kau MATI bo&oh.MATI!!Ahahahhaaha."

Sepucuk pistol dihalakan kepadanya.Picu ditekan.

DUM!!!

Keadaan menjadi sunyi sepi dan dalam kegelapan itu terukir senyuman seseorang.

bersambung...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 05, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MentalWhere stories live. Discover now