Tepat pada pukul 10.00 malam.Aku akan keluar daripada banglo Afiq tanpa pengetahuannya untuk menjalankan pekerjaanku.Ya,sejak aku meninggalkan ibuku,Afiq sahaja yang sanggup memberiku tempat penginapan.Tanpa Afiq,siapalah aku kan.Kalau diikutkan,banglonya boleh tahan mewah dan mempunyai dua tingakat serta sebuah balkoni.Dunia tak adil.
Pekerjaanku ini melibatkan dunia kongsi gelap di Kuala Lumpur.Peranan yang dipikul oleh aku amat merbahaya tetapi ganjaran yang akan diterima amat lumayan dan menguntungkan.
Kalau diikutkan, aku diantara 10 orang yang paling dikehendaki di dalam Malaysia.Pada malam ini aku akan menyeludup sebilangan senjata api yang banyak kepada seorang ketua kongsi gelap di dalam Malaysia,Rico.Tetapi tidak seperti malam yang lain,malam ini berbeza sedikit.
Di sebuah pelabuhan berdekatan Kuala Lumpur...
"Ouh ini Alif ya?Antara penyeludup yang disegani dalam dunia kongsi gelap"
Kata-kata yang dikeluarkan oleh ketua kongsi gelap itu langsung aku tidak endahkan.
"Kau sudah sediakan wang yang secukupnya Rico?"
Tidak mahu membazir masa,aku terus masuk ke topik perbualan.
"Pasal wangnya kamu jangan risau ya."
Dia memetik jarinya dan salah seorang petugasnya membawa sebuah bag hitam lalu membukanya.
"RM100,000 seperti yang kita janjikan."
Sambil menunding ke arah wang di dalam bag tersebut.
"It's a pleasure working with you,Rico."
Ketika ku hendak bangun,dia memberi isyarat kepada pengawalnya lalu dengan serta merta mereka menahan dan memaksa ku duduk kembali.
"Apa ni Rico!!"
Amarah ku sudah mula membina.
"Kau pikir aku akan senang-senang saja beri kau keluar sebegitu?Tidak-tidak.Bukan kali ini Alif.Dengan keangkuhan kau,aku harus beri kau pengajaran"
Ketika dia sedang membebel,aku sudah dapat mencapai sepucuk pistol yang tidak kurang kecilnya di belakang pinggulku.Apabila ku lihat sekeliling,ternyata yang pengawal-pengawal ku turut bersubahat dengannya.
"Cel@ka kau Rico!!"
Hanya itu yang ku mampu ungkapkan.
"Hahahaha,tenang ya Alif.Ini hanya akan sakit sebentar saja"
"Ada kata-kata terakhir sebelum kau menutup mata?"
Senyumnya yang dilontarkan kalau ditayangkan kepada pokok,ia pon boleh mati.Dalam keadaan ini,aku hanya fokus dan menunggu masa yang sesuai untuk bertindak.Kau memang tak guna Rico!
"Ada."
"Apa dia?"
"Kalau kau nak mengkhianati seseorang,pastikan dia tiada senjata"
Dengan serta merta pegangan pengawal itu senang ku patahkan dan sebutir peluru hinggap kepala Rico.Maka berlakulah adegan tembak menembak antara pengawal rico dan hanya aq bersendirian.4 lawan 1.Kan aku kata,dunia tidak pernah adil.
Aku berlindung disebalik kontena-kontena berdekatan.Mereka melepas berdas-das tembakan tapi hanya menghinggap kontena yang ku berlindung.Dalam keadaan itu,aku berfikir sejenak.Berbekalkan pengalaman ku selama 5 tahun di dalam dunia kongsi gelap,aku dapat membuahkan idea.
Dalam pertama kali di dalam hidupku, aku berharap sangat yang aku akan terselamat.
'Allah kalau kau betul ada.Kalau kau betul wujud.Bantulah aku.' —hanya itu yang mampu aku harapkan.
Setelah berdas-das tembakan di lepaskan mereka,keadaan menjadi sunyi.Aku terbaring di atas tanah.Salah seorang pengawal itu pergi memeriksa ku.Semakin dekat ia datang,semakin kuat degupan jantung ku.Apabila jaraknya hanya 2 tapak dari ku,sedas tembakan aku lepaskan tepat menghinggap dahinya.
"Satu"
Sepantas kilat aku jadikan mayat pengawal itu sebagai pelindung badan aku lalu aku lari ke arah pengawal yang lain sambil melepas beberapa tembakan.
"Dua"
Satu lagi pengawal tumbang bila sebutir peluru melekat ke lehernya.
Mereka juga turut melepaskan beberapa tembakan tetapi hanya terkena kepada mayat tersebut.
"Tiga"
Hanya tinggal seorang saja lagi.Tetapi tanpa ku sangka,sebutir lagi peluru hinggap ke bahu ku lalu ku berlindung.
'Si@l!!'—getus hatiku
Dengan mengambil nafas yang secukupnya.Aku mengambil semula langkah dan menyasarkan semula pistol ku kearah kepala pengawal tersebut.Aku menarik picu.
"Alaahhh!!Apa si@l sangat hari ni!!"
Hanya bunyi peluru kosong yang di lontarkan.
Aku buntu.
Berdas-das tembakan di lepaskan.
Apa yang akan terjadi?
Siapakah Rico?
Mengapa dia mahu bunuh Alif?
Kenapa Alif masih berharap kepada tuhannya sedangkan dia tidak pernah solat?
Selepas kematian Rico,ada yang akan menuntut bela?
to be continued—
YOU ARE READING
Mental
RandomAntara Tuhan , Keluarga Dan Harta. Allah menguji dia dengan mengambil orang yang dia cintai.Alif berdepan dalam pelbagai kesusahan sehingga dia berputus dalam hidup.Sehinggalah datang bantuan.Tetapi dari siapa?Adakah dia dalam dilema MENTAL?