Jam menunjukkan dua lima minit petang. Loceng Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sari berbunyi untuk kali terakhir menandakan waktu sekolah sudah tamat. Laluan pintu pagar besar dikerumuni oleh para pelajar di sekolah itu.Elish Amirah yang masih berada di dalam kelas, mengemaskan buku-buku yang berselerak di atas meja dan dimasukkan di dalam beg sekolahnya.
Di dalam kelas 5 Ekonomi 1 itu hanya tinggal Elish seorang diri kerana Salmi, Ella, Armi, Fisya dan Fatin serta rakan sekelas yang lain sudah pulang. Lima minit sebelum tamatnya sesi persekolahan, Elish dipanggil oleh Puan Sofia, guru yang mengajar subjek Pendidikan Seni di bangunan tingkatan enam.Jarak antara bangunan tingkatan enam dan bangunan kelas Elish sangat jauh. Sudahlah dia dipanggil ketika kelas hampir tamat, bangunannya pula jauh dibelakang. Memang mulut becok itu membebel tak henti-henti.
Selepas selesai mengemas buku-bukunya, Elish berjalan pergi meninggalkan kelas dan menuju ke tempat letak basikal. Dia duduk di kerusi yang dimana selalu menjadi tempat lepak dia dan rakan-rakan yang sama-sama membonceng basikal.
Elish akan pulang bersama Ain, Ikin, Fatin, Aisyah dan Fatimah. Ain, Aisyah dan Ikin adalah budak tingkatan tiga, dan Fatimah pula rakan sesama umur dengan Fatin dan Elish namun mereka berbeza kelas.
Lima minit berlalu namun masih tiada tanda-tanda kemunculan Ain, Aisyah dan Fatimah. Elish kemudian mengambil keputusan untuk pulang dahulu. Selalunya mereka akan pulang pada jam dua tiga puluh minit kerana menunggu Ikin dan Fatin habis bertugas. Mereka berdua pengawas sekolah. Setiap hari mereka semua pasti akan pulang lewat.
Namun hari ini, entah mengapa Elish tidak berasa untuk menunggu lebih lama. Sampai saja di tempat letak basikal, Elish terperasan akan kewujudan sebuah van putih yang berdekatan dengan tempat basikal.
"Van siapa tu? Sebelum ni tak pernah pulak nampak?" Dagu dipengang. Berkerut dahi Elish melihat van misteri itu. Pelik.
"Ehm, lantak la. Bukan ada masalah dengan aku pun. Kalut jelah kau ni Elish." Elish menjongket bahunya dan ketawa perlahan dengan dirinya. Dia kemudian sudah bersiap-siap untuk menuntun basikal keluar dari perkarangan letak basikal itu.
Namun, tanpa Elish sedari tiba-tiba ada dua orang lelaki keluar dari van putih itu dan secara diam mendekati Elish dari belakang. Salah seorang dari mereka menekup mulut Elish dari membuat bising dan seorang lagi memengang kaki Elish. Elish meronta-ronta untuk dilepaskan. Ketika itu kawasan tempat letak basikal masih sunyi tanpa penunggang basikal yang lain.
Akibat rontaan Elish, basikalnya jatuh terbaring ke lantai. Botol air dan fail yang diletakkan di dalam bakul jatuh terkeluar. Sebelah kasut Elish pula tertanggal. Mereka berdua mengangkat Elish dan membawa masuk ke dalam van putih itu. Di dalam van masih ada dua orang lagi lelaki yang juga pelajar di sekolah itu.
"Korang ni gila ke?" Elish menjerit setelah mulutnya dilepaskan. Muka sorang-sorang dipandang oleh Elish. Dia kenal dengan empat orang pelajar lelaki itu.
Kau boleh diam tak? Aku tampar jugak kau ni kang!" Farid melihat Elish dari cermin pandang belakang.
Farid lelaki yang pernah, Elish menaruh perasaan sejak kecil dan juga pelajar lelaki tingkatan 5 dari kelas MPV. Dulu mereka memang rapat. Ibu bapa Farid teman rapat dengan ibu bapa Elish. Semua benda mereka lakukan bersama. Namun selepas terjadinya satu peristiwa dimana Farid telah membuat Elish berasa kecewa dan sedih, Elish mendapat tahu Farid bercinta dengan pelajar perempuan tingkatan dua dan ketika itu Farid berada di tingkatan tiga. Sejak itu Elish mula menjauhkan dirinya dengan Farid. Dengan cara itu saja hatinya tidak terluka.
Elish juga menaruh perasaan benci kepada Farid kerana mempermainkan hatinya. Tidakkah Farid nampak sayangnya yang ikhlas itu?
Cepat jalan." Arah Farid kepada temannya yang duduk di tempat pemandu. Aiman hanya menurut. Dengan berhati-hati dia memandu keluar dari kawasan sekolah dan tidak mendatangkan kecurigaan kepada pengawal atau mana-mana guru di sekolah itu.
"Eh, korang nak bawa aku ke mana ni?" Elish mula gelabah. Kiri kanan dia toleh. Wei, mereka nak apa dari aku ni?
"Kau boleh diam tak?" Farid menarik kepala Elish ke atas ribanya. Budak ni tak reti nak duduk diam la. Elish meronta kasar. Lemas.
Farid tidak sedar yang dia menekup muka Elish di atas ribanya. Terlalu berhati-hati dengan keadaan sekeliling sehingga hampir melemaskan anak dara orang. Elish bagai nak mati meronta untuk dilepaskan. Dia ni nak bunuh aku ke?
Tangannya menampar-nampar paha Farid. Farid yang masih tidak sedar dengan tingkahnya, berfikir Elish menampar-nampar pahanya kerana mahu melepaskan diri dan keluar dari van mereka. Tapi kenapa tak bersuara. Hanya deru nafas seperti menderam saja dia dengar.
Fazlan yang duduk di kerusi belakang, tersenyum senget dengan tingkah Elish dan Farid yang duduk di kerusi depannya. Macam-macam perangai!
Keluar saja dari kawasan sekolah, Farid mengalihkan perhatiannya kepada Elish. Terkejut dia melihat muka Elish yang dia tekup dipaha sendiri. Dia kemudian melepaskan kepala Elish. Elish cepat-cepat bangun. Dia bernafas ikut mulut kerana terlalu kurang oksigen. "Kau nak bunuh ke apa?"
"Sorry..." Farid tersengih dengan silapnya.
Menyampah aku! Elish menjeling geram kepada Farid. "Lepaskan aku la!!" Jerit Elish.
"Diam la." Farid menekankan suaranya.
"Lepas, lepas, lepas!!" Jerit serta rontaan Elish membuatkan mereka berempat mula gelabah.Pang!
Tanpa sengaja Farid menampar pipi Elish. Terkejut Ash, Aiman dan Fazlan. Farid lah orang yang paling terkejut dengan tindakannya.
"Kau gila ke apa? Anak dara orang kau tampar tu!" Fazlan memarahi Farid.
Farid yang sedang gelabah naik tangannya di bawah hidung Elish. Tangan dirasakan nafas hangat dari Elish. Serta merta dia menghembus nafas lega.
"Macam mana? Mati tak lagi?" Aiman sengaja menyakat Farid. Farid kalau dah gelabah, tak ingat dah tindakan dia wajar atau pun tidak.
Mana ada orang mati disebabkan kena penampar. Farid merenung tajam kepada Aiman dari belakang. Saja nak sakat aku!
"Hidup lagi la!!" Katanya kasar.
Mereka semua ketawa bagai nak gila. Farid sudah membahang mukanya.
YOU ARE READING
HILANG
RomanceElish Amirah gadis yang sedikit polos dan hanya tahu membuat sesuatu yang boleh mengembirakan hatinya sendiri. Dia jatuh cinta dengan rakan sekelas dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Selalu menjadi kelam kabut apabila perlu bertentangan...