Hari ini hari ahad, hari dimana kebanyakan pekerja cuti. Termasuk, jimin.
Jimin dan yeona sepakat untuk mengemas rumah sama sama. Yeona selalu mengajak jimin untuk mengemas rumah, dan jimin pula tidak berat untuk menolak sebab sebenarnya, ini semua sepatutnya tugas jimin, tetapi yeona hanya membantunya selama ini.
Jimin dan yeona bertukar tukar tugas. Jika jimin sapu sampah, yeona mop lantai. Jika yeona basuh baju, jimin lipat baju. Aktiviti menyidai pakaian tidak diperlukan, sebab jimin sudah pun membeli pengering pakaian. Jadi, lebih mudah tugas yeona.
Tidak lupa juga jiwoo yang hanya membantu ibu bapanya mengemas barang permainannya.
" jimin, contohlah kalau saya tak de, agak agak hidup awak teratur tak? " secara tiba tiba yeona melontarkan soalan sebegitu kepada jimin.
Jimin yang sedang mengelap tingkap, terberhenti seketika dan memandang isterinya yang berada di sisi kanannya.
" kenapa sayang tanya macam tu? "
" saya cuma... terfikir "
Dengan pantas jimin menarik yeona kedalam pelukannya.
" yeona, awak pergi beli barang dekat supermarket sejam pun saya dah rindu gila dekat awak, apatah lagi kalau awak tinggalkan saya " kata jimin, tiba tiba dia rasa sebak.
Yeona membuat muka kerana cringe dengan ayat yang dilontarkan jimin tadi. Mana tak cringenya, takkan la tinggal sejam pun dah rindu.
" ee acah je awak ni " yeona menepuk bahu jimin dengan agak kuat.
Jimin menarik muka sakit. Yeona ni kalau bab bab pukul orang memang padu. Padanlah dulu pemain terbaik bola tampar sekolah.
" oh main kasar eh. Ha ambik ni " jimin mencalitkan buih sabun yang digunakannya untuk mengelap tingkap ke hidung yeona seraya pantas berlari menjauhi yeona sebab tak nak terkena balas dendam yeona.
" PARK JIMIN!! " habis bergema suara yeona di rumah mereka. Rasanya, ni sampai jiran sebelah pun boleh dengar.
" jimin, sini awak!! " seperti yang jimin sangka, yeona akan balas dendam. Yeona mengambil minyak bayi yang digunakannya pada jiwoo yang berada di atas meja kopi ruang tamu.
Yeona mengejar jimin yang berada di tingkat atas rumah. Perlahan lahan yeona berjengket mencari jimin di bahagian atas rumah itu.
Pintu bilik mereka berdua dikuak perlahan.
Jimin yang dari tadi berdiri di belakang pintu bilik mereka terpaksa menahan mulutnya yang kini mahu bersin sebab banyak habuk masuk kedalam hidungnya.
" jimin-ssi, mana awak nii " lembut saja yeona bertanya. Saja je mahu pancing jimin dengan cara macam tu.
Setelah beberapa minit mencari jimin, yeona pun mula putus asa. Jimin yang tadi nak bersin pun tak jadi dah. Dia berdiri di sisi katil. Jimin yang dari tadi menyorok belakang pintu perlahan lahan keluar untuk menyergah isterinya itu.
" BWARGGGHHH! " sergah jimin dari belakang badan yeona.
" AAAAAARGHH " sekali lagi suara yeona bergema di rumah mereka.
Akibat terkejut dengan sergahan jimin, yeona tergelincir dan hampir jatuh di atas lantai walaupun dia dekat je dengan katil tapi itu lah, tinggi tak mencukupi. Dengan pantas tangan jimin melingkar di belakang yeona bagi menahan yeona daripada jatuh.
Yeona tergamam memandang jimin dalam posisi tersebut. Yeona ni, walaupun dah lama berkahwin dengan jimin, tetapi dia masih akan cari jika mukanya terlalu dekat dengan jimin. Ha macam sekaranglah!
Perlahan lahan jimin mendekatkan mukanya dengan yeona. Hampir beberapa cm lagi sebelum bibirnya menyentuh bibir yeona,,
" appa omma, woo apar " suara jiwoo itu membuatkan jimin dan yeona tersentak dan segera berdiri.
" ish, kacau " jimin mengeluh geram.
" ha ye, kejap lagi omma masak ye " kata yeona yang masih menahan malu.
" jiwoo masuk bilik dulu boleh? Pergi mandi ke? " tambah yeona. Jiwoo mengangguk faham dan berlalu pergi ke biliknya.
" kacau la jiwoo tadi. Saya baru nak feeling jap tadi " rungut jimin.
" dasar gatal. Dah pergi mandi. Dah la busuk lepastu ada hati nak kiss orang " yeona menolak jimin kearah pintu bilik air.
" apa kata kita mandi sama sama? tadi tak jadi, so kita sambung dalam bilik air " jimin mula keluarkan senyuman nakalnya.
" ee gatal je kerjanya " yeona membaling tepat tuala di muka jimin.
" pergi mandilah "
" araa araa " akhirnya jimin mengalah dan masuk kedalam bilik air.
---------
Haiiii, saya nak tanya ni. Kalian nak jalan cerita ni panjang ke pendek?
Please drop your answer juseyooooo hehe
YOU ARE READING
[ C ]Bidadari
Short StoryDia bagaikan bidadari yang dihantar oleh Tuhan untuk menjaga aku Status; complete Start; 26/11/18 End; officially end : 15/6/20 SAYA MENDOAKAN AGAR PENULIS CERITA INI MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DIDALAM SPM 2020. AAMIIN