Surat yang ibu jimin berikan tadi, jimin buka. Sudah seminggu sejak yeona tinggalkannya. Dan seminggu itu jugaklah kehidupan jimin menjadi huru hara. Jiwoo yang sebelum ini disayangi kini selalu diabaikan oleh jimin. Maka disebabkan oleh itu, ibunya mengambil keputusan untik menjaga jimin buat sementara waktu.
Pejabatnya pula sudah seminggu dia tak masuk. Nasib baiklah rakan baiknya, Ha Sungwoon sudi mengambil alih syarikatnya.
Diri jimin pula seakan tidak teratur. Matanya masih membengkak dan sembap akibat menangis setiap malam. Dia amat rindukan wanita yang bernama Kang Yeona.
To; my chicken chicken husband 🐥
Awak, seperti yang saya cakap awak tak boleh abaikan jiwoo. Awak tak boleh abaikan diri awak hanya sebab awak sedih saya dah takde. Saya minta maaf kalau pemergian saya buat awak sedih. Tapi, ingat jangan sekali kali abaikan diri awak dan jiwoo! Dan! Jangan kembali kepada diri awak yang dulu. Saya mohon sangat jangan. Saya tak sanggup nak tengok.
Dan jangan lupa, walaupun saya takde saya masih sayangkan awak
-mak chicken; si yeona cantik
Surat tersebut ditutup kembali.Perit untuk dia terima kenyataan yang yoena telah pergi tinggalkan dia buat selama lamanya.
Dia menyayangi yeona sepenuh hatinya walaupun dia akui bahawa pada awal perkahwinan mereka, tiada sedikit pun perasaan dia pada yeona. Tetapi, lepas dia nampak kesungguhan yeona untuk tawan hatinya, perlahan lahan dia mula menyayangi yeona.
-----
" appa! "
Laju jiwoo berlari menuju ke ayahnya.
Jimin mendukung jiwoo sebaik sahaja budak kecil itu sampai ke kaki nya.
" rindu appa dekat anak appa! "
" appa, omma mana? "
Ouh, si kecil ini masih tidak tahu bahawa ibunya sudah tiada.
Jimin berjeda seketika sebelum menjawab,
" omma, dah pergi jauh tinggalkan kita. Sekarang, jiwoo ada appa dan nenek je "
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
." forgetting me maybe a hard thing to do. but trust me, you will not regret "
———————
15 votes and 5 comments please!! 😆😆😆
YOU ARE READING
[ C ]Bidadari
Short StoryDia bagaikan bidadari yang dihantar oleh Tuhan untuk menjaga aku Status; complete Start; 26/11/18 End; officially end : 15/6/20 SAYA MENDOAKAN AGAR PENULIS CERITA INI MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DIDALAM SPM 2020. AAMIIN