Wajah wanita dihadapannya dipandang.
Tidak percaya.
Matanya dikelip kelip kan beberapa kali.
Masih tidak percaya.
Mana mungkin orang yang telah tiada, hidup semula?
Tetapi,, wanita di hadapannya ini,,
" jimin,, kenapa awak pandang saya macam tu? Awak masih tak percaya saya ada depan mata awak? " soalan dari wanita membuatkan jimin tersedar.
" ke-kenapa muka awak macam yeo..yeona? "
" jimin,, ini saya Ji Yeona "
" tak,, yeona aku dah takde " kepalanya digelengkan berkali kali. Ingin sedar dari mimpi. Ji Yeona dah mati 10 tahun lepas.
" jimin,, saya minta maaf. Tapi sebernarnya, saya tak mati lagi "
Terus bulat mata jimin. Terkejut.
Tak mungkin......
----
FlashbackJi Yeona pov
" omma, yeona merayu... omma tolong la yeona " buat sekian kalinya aku merayu pada omma, ibu suami aku sendiri. Tangan omma aku capai, aku genggam perlahan. Meraih keizinan dan simpati dari omma. Tak pernah-pernah aku sebegini, tapi aku terpaksa lakukan.
" bukan omma tak nak tolong, tapi kesian kat jimin jiwoo kena tipu hidup hidup "
Air mata aku ni tak boleh nak turun dah. Habis keluar semua. Lagi lagi bila omma ada depan aku ni. Aku tak sekuat yang disangka. Aku hanya mampu kelihatan kuat tetapi hakikatnya aku sangat lemah.
" tapi omma, yeona sakit. Yeona buat ni pun sebab tak nak jimin tak bagi yeona pergi. Tumor yeona kat perut ni makin besar omma. " aku memegang perut aku yang semakin lama semakin besar. Bukan kerana aku mengandung tetapi kerana ketumbuhan.
" kalau kamu sakit, kenapa tak bagitahu jimin? Kesian dia, "
" yeona tak nak dia risau pasal yeona. Yeona nak dia fokus kat kerja dia. Yeona tahu jimin tak akan bagi yeona pergi. "
Omma mencapai tangan aku.
" omma faham. Tapi, omma tak janji ni akan kekal lama. Kalau rahsia ni pecah, maafkan omma " omma akhirnya tersenyum.
Maknanya, omma nak tolong aku!
Pantas aku memeluk omma dengan erat. Air mata aku mengalir dengan lebih pantas.
Bukannya aku sengaja buat begini, tapi aku terpaksa. Aku tak nak tengok jimin kemurungan melihat aku pergi berubat nun jauh di luar negara. Aku rasakan dengan memalsukan kematian aku dapat membuatkan jimin hidup lebih berdikari.
Kalau jimin kahwin lain?
Itu,, aku tak pasti.
Jika dia benar akan kahwin lain satu hari nanti, aku tak akan menyesal. Sebab ini pilihan dan risiko yang perlu aku hadapi.
-----
Melihat jimin menangis teruk di dalam, aku semakin berat untuk pergi. Tapi, jika aku tak pergi kesihatan aku tak akan terjamin.Omma memeluk jimin yang sudah jatuh terjelopok di atas lantai. Matanya memerah, pipinya masih laju dituruni air mata. Suara jimin meraung meratapi 'pemergian' aku jelas kedengaran. Aku, aku lemah tengok jimin macam tu. Mahu saja aku masuk ke dalam dan peluk dia, cium dia dan pujuk dia.
YOU ARE READING
[ C ]Bidadari
Cerita PendekDia bagaikan bidadari yang dihantar oleh Tuhan untuk menjaga aku Status; complete Start; 26/11/18 End; officially end : 15/6/20 SAYA MENDOAKAN AGAR PENULIS CERITA INI MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DIDALAM SPM 2020. AAMIIN