Jimin mengeluh dihadapan cermin.
Dah banyak kali dia pandang dirinya pada pantulan cermin itu. Baju kemeja putih yang dipadankan bersama seluar khakis dipakai atas suruhan omma nya lagi.
Kalau ikutkan jimin tak nak pun pergi. Dia tak nak pun gantikan yeona. Dia masih sayangkan yeona. Walaupun ramai rakannya menyuruhnya mencari 'ibu' baru untuk jiwoo, jimin tak nak juga.
" appa, hensem lah appa " jiwoo memuji jimin sebaik sahaja jimin turun ke bawah.
Jimin mencebik.
" kejap lagi halmeoni datang. Duduk diam diam dengan halmoeni. Jangan nakal nakal, kalau appa tahu jiwoo buat hal,, malam ni tidur luar sorang sorang " ugut jimin.
Jiwoo sudah terkekek ketawa mendengar ugutan Jimin. Apa fikir jiwoo takut?
" aye aye captain! "
Jimin mengusap rambut jiwoo sebelum menuju ke pintu rumah.
" appa pergi dulu tau! "
Okay Park Jimin, come on. Dah tiba masa untuk kau cari ibu baru untuk Jiwoo.
-----
Jimin menunggu si wanita yang mungkin bakal dijadikan isterinya di sebuah bangku di tempat yang dijanjikan iaitu Hangang Park.
Omma kata, perempuan tu akan datang kepadanya. Jimin langsung tak tahu bagaimanakah rupa wanita tersebut.
Sambil menunggu, jimin ada membelikan dua latte di sebuah cafe berhampiran taman tersebut.
Latte merupakan kegemarannya dan juga kegemaran yeona.
Ah, jimin! Berhenti fikir pasal yeona. Kau kena move on!
Jimin ada terfikir, kenapa dalam banyak banyak tempat jugak Hangang Park juga tempat nak jumpa. Boleh je jumpa kat mana mana cafe kat Seoul ni. Lagi best, ada aircond, sejuk.
Lagi satu,, kenapa omma menyuruhnya memakai baju kemeja putih? Putih dah la jarang, tambah pulak sekarang ni musim berangin. Kalau terselak, orang ternampak tubuh badannya, macam mana?
Jimin mula bosan menanti kehadiran wanita tersebut. Ah lambatnya!
Sudah hampir 20 minit jimin menunggunya di taman ini.
Sudahlah sejuk, berangin. Latte tu pun dah jadi sejuk.
Akhirnya, setelah penat menunggu jimin mengambil keputusan untuk pulang sahaja.
" jimin-ah,, "
Langkah yang diatur menuju ke kereta terhenti. Matanya serta merta membulat.
Terkejut.
" im so sorry for being late "
Suara tersebut datang dari arah belakang badannya.
Badannya perlahan lahan berpusing ke belakang.
Tak mungkin,,
" yeona? "
" yes, i am! "
.
.
.
.
.
." you might be shocked about my appearance, but im pretty sure that you love it! Congrats my dear because you waited for me for a long time! "
The end ✨
———————
Finally tamatlah sudah cerita pendek saya ni!
Hhshhaajajaj finally ada jugal complete story aku hahajsjsaj
Thank you kepada semua yang sudi baca cerita saya ni, walaupun ada banyak silent readers tapi saya tetap hargainya walaupun kekadang ada la terasa jugak sebab views naik tinggi tapi votes tak naik naik pun. Saya harap sesiapa yang simpan story saya ni dalam reading list awak, saya harap awak muncul kan diri awak dengan vote awak hihi.
Thanks again sudi support cerita saya!
Oh ya, btw cerita ni diinspired by satu kmovie be with you. Sape pernah tengok! Angkat kaki banyakkk! HAHAHAAH dan juga di inspired by satu kisah yang saya baca kat twt.
So honestly ni bukanla 100% idea saya. Tapi jangan risau, saya bukannya ciplak betul betul sama. Hanya beberapa part sahaja yang yang saya ambil. Yang lain, semua jalan cerita saya sendiri, idea saya sendiri.
Kk tunggu epilogue pulak ye!
YOU ARE READING
[ C ]Bidadari
Short StoryDia bagaikan bidadari yang dihantar oleh Tuhan untuk menjaga aku Status; complete Start; 26/11/18 End; officially end : 15/6/20 SAYA MENDOAKAN AGAR PENULIS CERITA INI MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DIDALAM SPM 2020. AAMIIN