5

204 30 3
                                    

" hae soo, aku makin teruk ke? "

Hae soo meneliti fail pesakit yeona setelah appointment pada hari ni selesai. Hae soo mengangguk perlahan.

" sebabtu kalau boleh aku nak sangat kau pergi london. Supaya kau cepat sembuh "

" aku,, aku dah buat keputusan. Tapi, aku takut, aku takut perangai lama jimin datang balik. Kau tahu kan jimin macam mana waktu aku mula mula kahwin dengan dia? "

Wajah cuak yeona membuatkan hae soo tersenyum. Ada ada saje kawan dia ni.

" dont worry yeona. Kau yang ubah jimin. Kalau jimin jadi balik macam dulu, aku yakin, kau boleh ubah dia lagi sekali sebelum kau berangkat "

" by the way, tumor kau sekarang memang semakin membesar. Last appoinment haritu hanya 2cm dan sekarang naik 3cm. " topik terus ditukar oleh hae soo setelah melihat rakannya semakin risau tentang suaminya.

Hae soo merupakan rakan rapat yeona sejak di universiti lagi. Dia tahu segala hal yeona dan yeona juga tahu segala hal hae soo. Hae soo juga pernah nampak usaha yeona cuba mengubah jimin yang dulunya tutttt— ( maaf ianya dirahsiakan HAHAH ) dan sekarang jadi seorang yang memang sangat sayang kat yeona. Untung yeona dapat suami macam jimin.

Selesai sahaja yeona mengambil ubat di kaunter, yeona terus memandu pulang ke rumah. Hari ni jimin tak bekerja. Katanya, dia saja ambil cuti sebab nak rehat. Huh, tu la workaholic sangat sampai tak beringat nak rehat.

Sepanjang memandu, yeona teringat saat saat yeona cuba menggoda jimin. Rasa malu pulak bila diingatkan kembali.

-------

" awak, " perlahan lahan jari yeona bermain bahu jimin.

Nak goda jimin lah katakan.

" kau nak apa "

" ceit, garang. Kita baru nak tanya something " kata yeona dengan alunan suara yang gedik. Hae soo cakap lelaki cepat tergoda kalau suara perempuan macam tu.

" ha ye, kau nak apa ha perempuan? " jimin menolak badan yeona sehingga ke hujung sofa. Kedua tangannya diletakkan di sisi kepala yeona.

Ha terus diam kau si yeona tu.

" err,, err,, kita nak tanya awak,, awak,, " tiba tiba lidah yeona jadi kelu. Ha, nak goda orang last last dia sendiri yang tergoda.

" kau nak tanya apa? Cepatlah "

Yeona meletakkan kedua tangannya di leher jimin. Kemudian sebelah tangannya bermain dengan rambut panjang jimin yang menutupi dahi. Lembutnya rambut dia!

Go, yeona! Demi suami kau!

" saya cantik tak? "

------

Kesudahannya malam tu, jimin dan yeona terus tak bercakap. Selalunya ada la bunyi jimin dan yeona gaduh kecil tapi senyap terus malam tu. Jimin pun cuba mengelakkan dirinya daripada yeona. Yeona pulak berkurung dalam bilik tetamu sampai esok pagi.

Yeona tergelak kecil bila mengenang kembali memori lama. Mahu ataupun tak mahu, yeona kena lawan untuk terus bersama keluarga kecilnya!

——————

Disebabkan result pt3 dah keluar maka saya update

[ C ]Bidadari Where stories live. Discover now