"Yeyy..Akhirnya aku sampai jugak kat Taman Larvender ni." kata Amylia apabila dia sudah tiba di tempat yang ditujui.
Amylia berjalan menuju ke arah kelas yg berada disitu..Menurut andaiannya,itu sudah semestinya kelas 4 Goldy.
Dia pun sampai di depan pintu kelas itu.Amylia mengetuk pintu..
"Silakan masuk.." kata seseorang yang berada didalam kelas itu.
Amylia pun masuk.Memang laa dia masuk,takkan laa nak berdiri macam patung jer kat luar tu kan..Orang dah suruh masuk,so masuk jer laa...
Setelah dia masuk, kelihatan ramai mata yg memandang.Ramai jugak yang mengutuk dan mengata.Ada jugak yang senyum sampai ke telinga.Amylia pulak hanya membiarkan mereka..Malas nk melayan.
"Ohh!Kamu ni pelajar baru tu kan.Saya Cikgu Sara.Saya guru sejarah merangkap guru kelas 4Goldy.Sila perkenalkan diri kamu."kata Cikgu Sara.
" Ya.Nama aku Amylia Xans....~"Amylia tersasul.Dia hampir menyebut nama sebenar dia.
"Mmmm...Nama aku Amylia Valcania.Korang boleh panggil aku Amylia" kata Amylia secara acuh tak acuh.
"Ada apa2 soalan untuk ditanya kepada Amylia?" tanya Cikgu Sara kepada murid2 yang lain.
Pelajar yang lain hanya senyap dan menggeleng sahaja menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai soalan.
"Weyh!Kau asal pakai hood.Mesti muka engkau buruk kan sebab tu kau pakai hood.Pastu kau ni asal laa pelik sangat.Kau ni penyenyap,pakai pakaian serba hitam and purple.Semua benda pasal kau ni memang pelik laa.Kuasa kau pun tak diberitahu.You're such a weird girl!!" kata seorang budak lelaki dengan nada mengejek dan nada memperli.
"Kau asal nak tanya macam2.Suka hati aku laa nak pakai hood.Bukan masalah kau pun.Btw,tak semestinya muka aku buruk kalau aku pakai hood.Terpulang pada aku laa nak pakai baju warna apa." kata Amylia dengan selamba.
Terus senyap lelaki tadi.
"Oh..Ehem,Ehem.Ok Amylia..Kamu boleh duduk di tepi tingkap." Cikgu Sara berkata bagi membaiki suasana yang sepi.
Amylia melihat kearah meja yang akan didudukinya.Lelaki yang mengutuknya tadi duduk selang satu meja dari depan tempat duduknya.
Semasa Amylia menuju kearah mejanya,dia berhenti di sebelah meja lelaki tadi.Dia memandang lelaki tersebut.
"Yeah,I'm a weird girl."kata Amylia separuh berbisik kepada lelaki itu lalu pergi duduk di tempatnya.
"Ada sesuatu yang misteri pada perempuan ni.Tapi apa?.."fikir Rayz Zendrix dalam diam.
YOU ARE READING
Amylia Xanseveira Thunder{The Dragon Warrior}
FantasíaSeorang gadis yang berumur 16 tahun..Tahu tentang asal usulnya dan juga tahu tentang kuasa miliknya... AMYLIA XANSEVEIRA Thunder...Puteri Negeri Thunderland..Negeri terkuat di Negara Tryland...Juga merupakan Dragon Warrior...Pahlawan terkuat di d...