𝓝𝓾𝓲𝓼𝓪𝓷𝓬𝓮 🖋

284 24 0
                                    

Kejadian semalam masih terbayang di kepala . Aku masih tidak boleh lupa bagaimana sepupuku , Maisara terkena gangguan semasa datang ke rumahku pada waktu senja , dia dirasuk dan mengilai-ngilai di ruang tamu . Matanya puteh terbeliak dan merangkak mahu lari namun dipegang kuat oleh kedua abang dan ayahnya .

Datang seorang ustaz, iaitu ustaz Leman . Kenalan ayahku yang pakar dalam mengubat orang. Dia berjaya mengeluarkan jin yang berada dalam badan sepupuku .

" Maaflah , Umar. Aku tak dapat nak buang benda tu terus "

" Tak pe lah Leman, kau dah buang dia keluar dari badan anak adik aku tu pun dah cukup "

Ustaz Leman sudah lama cuba membuang makhluk halus yang sudah lama bertapak dirumahku . Katanya makhluk itu berupa jin yang berpuluhan tahun usianya .

Sudah 16 tahun aku dan keluargaku tinggal di rumah ini , rumah teres 2 tingkat . Namun dulu tidak pernah terjadi kejadian seperti ini. Hal ini mula terjadi apabila bapaku sendiri menghancurkan sarang semut/busut lama yang ada diatas siling rumahku 3 bulan lepas .

Selepas busut itu dihapuskan, terjadilah kejadian seperti ini. Rasukkan dan gangguan setiap malam seperti bunyi bunyian . Hampir setiap malam, bermacam bunyi kami dengar seperti bunyi pinggan mangkuk pecah, pili air terbuka, pintu dihempas , ketukan dari atas siling dan yang paling menyeramkan bunyi perempuan menjerit dan mengilai.

Apabila aku dan keluarga keluar berjalan dan pulang. Kami semua akan dikejutkan dengan barang - barang yang berselerak, pinggan pecah, mangkuk , kuali dan besin terlingkup atas lantai , air sink terpasang , air dalam kolah melimpah, tv dan kipas terbuka dan lain-lain lagi.

Semua ini angkara makhluk tersebut yang tidak pernah henti mengganggu kami. Sudah berpuluhan ustaz, bomoh, pawang atau dukun yang kami panggil untuk menghalaunya. Namun satu pun tidak berjaya, paling tidakpun dia tidak akan mengganggu buat beberapa hari dan kemudian dia mengganggu semula .

Aku dapat melihat muka ayah dan ibu yang buntu dan penat dengan semua ini. Aku tidak tahu apa lagi yang harus aku lakukan untuk bantu mereka .

Pang!!!!

Bunyi pintu dihempas dari bilik atas dan

"Arrghhhh"

Aku meluru lari ke atas dan melihat abangku yang hanya bertuala ketakutan .

" Ada lembaga hitam tadi kat depan pintu masa along nak masuk ! "

kata Along takut .

Ayah dan Ibu masuk ke dalam bilik . Ibu menenangkan abang. Ayah melihat sekitar bilik abang . Kemudian..

" Hihihi, bestnya main dengan awak "

Bunyi suara adikku dari bawah sedang bercakap dengan seseorang.

Aku lekas turun ke bawah . Aku melihat adikku yang berdiri dihadapan pintu bilik air sambil mukanya tersenyum melihat ke dalam.

" Kau cakap dengan siapa dik? "

Tanyaku sambil melihat ke dalam bilik air tapi tiada apa apa.

" Hihi , dengan kakak "

Jawab adikku sambil menyikat rambut anak patungnya

Bulu romaku mula naik dan angin serba serbi menerpaku sedangkan pintu dan tingkap tertutup rapat . Aku terus menarik tangan adikku ke ruang tamu . Ayah dan ibu baru sahaja turun ke bawah.

" Dengan benda tu jugak ke? "

" Aah, dengan benda tu jugak dia bercakap "

Jawabku yang sudah agak soalan apa yang ditanya oleh ayah.

" Ishh, adik nii kan ibu dah cakap jangan main dengan dia. Kenapa degil sangat nih?! "

Kata ibu sambil memeluk adik

Adikku Damia yang baru sahaja berumur 5 tahun sudah mula bermain dengan benda itu . Kami sekeluarga mula risau .

Malam itu, aku langsung tak boleh tidur . Aku memikirkan bagaimana cara untuk halau benda itu. Tuk tuk tuk, bunyi ketukan dari atas syiling. Aku sudah agak benda itu .

" TUK TUK TUK!!! "

" Diamlah bodoh aku nak tido pun tak senang! "

Marahku sambil melihat ke arah siling . Aku mengambil bantal dan selimut lalu turun ke bawah . Abang dan ayahku masih belum tidur . Ibu dan adik sudah tidur di atas tilam di ruang tamu . Aku baring di atas sofa dengan muka tak puas hati.

Tuk tuk tuk!

" Eii bangs.... "

" Sabar Rose... Biarkan "

Ayah memberhentikan kata - kataku.

Aku memang sudah fedup dengan benda tuu . Setiap hari asyik diganggu, aku langsung tak boleh tidur lena . Nak pergi sekolah pun tak tenang , risau akan ibu dan adik yang berada di rumah .

Nasiblah esok cuti, bolehlah aku jaga mereka berdua sementara ayah pergi bekerja dan abang pula ada kelas esok di politeknik .

Sebelum cuba melelapkan mata. Aku mengepost satu status di what's app.

" 𝐁𝐢𝐥𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐭𝐢𝐝𝐮𝐫 𝐥𝐞𝐧𝐚, 𝐚𝐬𝐲𝐢𝐤 𝐤𝐞𝐧𝐚 𝐠𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐣𝐞 . 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐮 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐨𝐤 𝐩𝐚𝐫𝐞𝐧𝐭𝐬 𝐚𝐤𝐮 , 𝐩𝐞𝐧𝐚𝐭 𝐭𝐚𝐡𝐮 𝐭𝐚𝐤 𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐦𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐧𝐢𝐢. " - what'sapp status-

Mataku akhirnya tertutup..

Dururu ...

Bunyi what's app chat masuk.

" 𝐊𝐞𝐧𝐚 𝐠𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮 ? 𝐁𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐚𝐤𝐮 𝐭𝐚𝐡𝐮 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮 ? " - Chat from someone -

Nak aku sambung lagi cerita nii, please vote and comment. I need your vote and comment sebab kedua benda tuu bagi aku semangat untuk terus menulis .
Nak tahu apa lagi terjadi, sila vote + comment.

Thank you 💙 Sayang korang 💕

Dia Anak IndigoWhere stories live. Discover now