𝓐 𝓹𝓲𝓮𝓬𝓮 𝓸𝓯 𝓭𝓻𝓪𝔀𝓲𝓷𝓰 🖋

168 14 0
                                    

Aku menunggu seseorang yang dari tadi belum tiba . Aku melihat jam ditangan kiri.

" Hishh, mana dia nii. Kata tadi otw. Dah 10 minit dah nii takkan tak sampai lagi "

Aku kembali semula ke dalam rumah setelah tidak menemui bayang seseorang yang ditunggu.

" Roslinda! "

Satu suara muncul .
Lalu aku memusingkan badan ku ke arah suara tersebut.

" Sorry wei lambat, ada mamat handsome tadi kat kedai mini! "

" Hish kau nii tak habis habis dengan laki handsomenya. Memang pantang tak boleh tengok laki handsome "

Aku terus masuk ke dalam tanpa menghiraukan Sarah, sahabat baikku yang terkial-kial turun dari motor.

" Amacam rumah kau nii? Ada lagi ke? "

" Aah ada lagi.. "

Berdesup !!!

Sarah lari keluar meninggalkan aku yang baru sahaja ingin memasukkan biskut kering ke dalam mulut.

" Woi minah, kau nak kemana!! "

" Aku takutlaa dengan benda tuu, nanti dia kacau aku lagi macam hari tuu "

Aku menahan Sarah dari naik ke atas motor.

" Lek laa weii, benda tuu tak kacau. Aku ada jaga kau "

" Ada ke takde ke dia tetap akan kacau , entah bila kau nak buang benda tu "

" Aku dengan family aku tengah ikhtiar laa macam mana nak buang. Kau sendiri tahu dah macam macam ustaz, bomoh yang kitaorang panggil tapi satu pun tak berjaya ..."

Aku cuba memujuk temanku yang penakut itu.

" Kau dah sampai sini takkan dah nak balik kot "

" Yelaa, tapi aku nak duduk luar je. Aku tak nak duduk dalam "

Aku mengangguk setuju dan duduk bersamanya di sebuah meja yang ada di halaman rumahku.

" Wei, kau nak tahu tak semalam ada sorang mamat nii chat aku kat wassap. Dia cakap dia anak indigo.. "

" Apa ke bende anak indigo tuu? Tak pernah dengar pun "

" Tu laa , dia cakap anak indigo tu boleh nampak benda halus. Aku syak dia tipu aku, banyak sangat tonton filem "

Aku menunjukkan chat aku dengan lelaki semalam kepada Sarah.
Sarah meneliti dengan muka yang fokus.

" Wehh, handsomenya mamat nii. Kening tebal... "

" Kau nii tak habis habis dengan perangai gatal kau tuu "

Aku merampas handphoneku dari Sarah.

" Nak nombor dia rose, bagi laa please... "

Dia Anak IndigoWhere stories live. Discover now