Bab 14

3.5K 88 2
                                    

DRESSberlengan suku, labuhnya pula sejengkal lagi ke buku lali, membuatkan Alna nampak terlalu tinggi. Tambahan pula dia mengenakan kasut wedges.

Kayyisa sendiri sebagai seorang kawan terpaku dengan penampilan Alna. Alna memang selalu melawa dan fashionista. Di sekolah memang dia hanya berbaju kurung, tetapi bila keluar, dia suka berfesyen.

"Aku tengok kau dah macam aku tengok The Duchess of Britain. Kalau kau digandingkan dengan dia, mesti menarik. Gaya kau hampir sama dengan Kate," kata Kayyisa.

Alna mencebik.

"Lagi-lagi kalau ada lelaki baik macam Putera William tu. Mesti sepadan," balas Kayyisa lagi.

"Pandailah kau. Aku suka Putera William tu, tapi sayangnya dia botak. Dia hanya sesuai dengan Kate. Putera Harry pun dah kahwin. Dengan janda pula tu. Bertuahlah Megan tu, impian dia jadi kenyataan."

Alna sengih.

"Janda hot tu. Tapi, orang luar ni tak nampak pelik sangat kalau mereka kahwin dengan orang yang lebih tua. Terbuka kan pemikiran orang luar?Kalau kita kat Malaysia ni kahwin dengan janda atau duda, matilah nak dengar orang bergosip bertahun-tahun. Nak pula kalau si perempuan lebih tua."

Kayyisa menggelengkan kepalanya.

"Berdoalah kau tak berjodoh dengan duda ya, Yisa," usik Alna, menolak bahu Kayyisa.

"Aamin ya rabbal alamin." Kayyisa menadah tangan.

Mereka berdua beriringan masuk ke dalam mall. Rutin mereka berdua selepas dapat gaji. Membeli-belah.

"Berjambang dan berambut panjang tak apa. Sebab dia tetap handsome. Aku rasa kau sepadanlah dengan orang yang berjambang dan berambut panjang ni. Muka pula hampir sama dengan geng-geng pelakon Amerika Selatan tu."

Kayyisa sudah melalut. Dia tak berapa nak kenal dengan pelakon-pelakon tersebut. Dah lama tinggalkan telenovela Latin.

Dengar saja berjambang dan berambut panjang, terus terlintas lelaki itu di matanya. Hanya lelaki itu saja yang mereka kenal berjambang dan berambut panjang.

Alna menggelengkan kepalanya.

"Kau ni macam tak ada jantan lain kau nak kenenkan dengan aku."

Alna malas melayan Kayyisa. Asyik-asyik jambang dan berambut panjang.

"Dah dia aje yang aku nampak sekarang ni. Orang lain aku tak nampak," balas Kayyisa.

Matanya tunak memerhatikan lelaki itu bersama seorang lelaki. Tapi, tidak pula dia memberitahu Alna. Matanya saja yang asyik memandang ke situ.

Alna mendengus, terus saja membelek pakaian. Dia mahu membeli kemeja baru untuk abahnya. Puas memilih, dia mendengus. Dia rambang mata.

Dia memegang kemeja yang berbalut plastik itu satu demi satu. Kemudian, diletaknya semula.

"Pakai baju warna apa pun tak apa suami kau tu."

Suara maskulin itu menegur.

Alna pantas berkalih. Matanya bertentang dengan lelaki mawas itu.

Mana mungkin dia tidak kenal dengan suara itu. Suara yang membuatkan hatinya menggelegak saja sejak akhir-akhir ini. Tiba-tiba saja dia boleh kenal dengan lelaki yang bermulut puaka ini.

Kayyisa pandang muka kedua-duanya. Dia tidak faham apa maksud lelaki ini. Paling tak sangka, lelaki ini menghampiri mereka berdua.

"Memanglah sesuai sebab dia 'suami' aku," balas Alna siap dengan lenggok kepalanya.

Kau Yang KutungguTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang