Bab 16

4.9K 92 7
                                    


RAYYAZ mengeluh apabila Myra masuk ke dalam pejabat dengan membabi buta. Dia buat pejabat Rayyaz macam pejabatnya sendiri. Setiausahanya sudah tahu perangai Myra.

Jika dihalang pun ibarat angin lalu saja.

"You ni tak ada tangan nak ketuk pintu ke?" tanya Rayyaz.

Dia kembali mengarahkan pandangan kepada dokumen di depannya.

"Alah, you ni Ray, selalu tak baik dengan I," juih Myra.

Dia duduk di depan Rayyaz. Kakinya disilangkan.

"Kalau I tak baik, you memang tak boleh masuk ke dalam pejabat ni. Apa salahnya you tunjukkan rasa hormat tu dekat orang?Tak sopan langsung," balas Rayyaz, geleng kepala.

Myra bangun dan terus keluar.

Rayyaz membiarkan saja Myra pergi. Dia tidak ingin memujuk andainya Myra terasa dengan kata-katanya tadi. Pintu pejabatnya diketuk.

"Masuk!"

Pintu bilik terkuak dan terjengul wajah Myra yang sedang menyengih.

"Boleh I masuk?" tanya Myra.

"Boleh, duduklah." Rayyaz melayan kerenah Myra.

"I dah buat apa yang you suruh," kata Myra duduk semula di tempat tadi.

"Jangan hari ni saja you ikut cakap I. Bila-bila pun you kena ikut cakap I," kata Rayyaz.

"Kalau macam tu, I masuk meminang youlah. I tahu you buat tak tahu I sukakan you. Jadi, lebih baik I masuk meminang you," kata Myra menyengih.

Dia sanggup membayar jika Rayyaz sanggup mengahwininya. Bayar mas kahwin. Biarlah perigi cari timba pun.

"Nak dengar cakap tak semestinya kena kahwin, Myra. Tipikal betul fikiran orang cerdik macam you. Tunjukkan rasa hormat bukan setakat orang yang kita kenal, malah dengan orang lain. Itu namanya manusia yang bertamadun dan bijak pandai. Darjat tak membezakan manusia kat muka bumi ni. Kita semua sama saja kepada Maha Pencipta. Respect is more important in our life."

Panjang pula bicara Rayyaz.

"You memang pandai bila I sebut nak meminang you. Okeylah, I ikut cakap you," balas Myra malas.

Kalau tak ikut nanti, tak dapatlah dia pandang muka Rayyaz.

Rayyaz tak tahu lama mana Myra akan mendengar cakapnya itu. Kadang-kadang masuk ikut telinga kanan, keluar ikut telinga kiri saja. Bagi Rayyaz, payah apabila Myra sudah dididik dengan cara begitu.

"Ray, you tahukan kalau I datang sini mesti I nak makan dengan you. I berselera makan dengan you saja," kata Myra.

Dia sengih. Matanya terkelip-kelip memandang Rayyaz.

"I sibuklah. You pergilah makan," kata Rayyaz.

"Tak naklah."Myra menolak.

"Kalau you tak boleh keluar, I nak oder makanan, boleh?" tanya Myra.

Dia pandang lagi Rayyaz. Rayyaz diam.

"You diam maknanya you setujulah ya," kata Myra, terus mencapai telefonnya.

Tidak tahu siapa yang ditelefonnya. Rayyaz tidak mahu melayan Myra. Biarlah makan di dalam pejabatnya pun. Janji dia tak perlu keluar dan menjadi bahan gosip pekerja-pekerjanya.

RAYYAZ memandang makanan yang dibawa oleh seorang lelaki. Myra tersengih-sengih memandang Rayyaz yang nampak terkejut.

"You ni buat muka terkejut pula.I suruh pembantu rumah I bawa ke sini. Itu pemandu I," beritahu Myra.

"Hmm, ingatkan you paksa orang restoran bekalkan macam tu," kata Rayyaz.

Dia bangun apabila terbau haruman masakan asam pedas.

"You ingat I ni jahat sangat ke? Lagipun sekarang ni makanan boleh oder online. Nak macam mana, minta aje."

Myra mencebik. Terasa hati dengan kata-kata Rayyaz.

"Hmm, daripada apa yang I tahu pasal you,you sanggup buat macam tu," bidas Rayyaz.

Dia tahu sejauh mana Myra boleh bertindak.

"You ni jahatlah. Sejak arwah Yanna ada lagi you layan I macam ni. Tak jaga hati I langsung," ujar Myra.

Rayyaz tidak jadi menyuap nasi ke dalam mulutnya. Yanna dan Myra memang berkawan baik sejak sekolah lagi. Tentulah Myra akan sebut nama Yanna. Cuma, sudah lama Myra tak sebut nama Yanna. Tak tahu kenapa. Mungkin masih lagi terasa dengan kehilangan Yanna.

"I layan you macam ni saja ya. Tak pernah berubah. Nasib baik I tak halau you daripada dekat dengan I," balas Rayyaz.

Dia jeling Myra.

"Dahlah, I nak makan."

Myra malas bertekak dengan Rayyaz. Nanti tak pasal-pasal dia tak dapat makan bersama Rayyaz. Kalau dia tidak mencari Rayyaz, dunia sudah bergulung pun Rayyaz takkan mencarinya.

"Rambut dan jambang you ni buat I rasa lega sangat," kata Myra setelah mereka hampir selesai makan.

Terjongket kening Rayyaz. Orang pertama yang suka dengan rambut dan jambangnya. Memang Myra tidak pernah cakap pasal jambang dan rambutnya.

"You nak I bagi hadiah apa kat you?" tanya Rayyaz, mendongak memandang Myra.

"You tak bagi apa pun tak apa. I lega sebab you berserabai macam ni, jadi tak adalah perempuan yang nak dekat dengan you. Jadinya, Ilah satu-satunya perempuan yang dekat dengan you."

Myra ketawa kecil. Dia rasa untung di situ. Walaupun berjambang dan rambut panjang separas bahu, Rayyaz tetap segak di matanya. Kalau Rayyaz cukur semua jambangnya, mestilah ramai yang mahu menempel dengannya.

Myra tak sanggup kalau ada yang memandang Rayyaz.

Kau Yang KutungguTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang