Prolog

23.1K 1K 130
                                    

Hai assalamu'alaikum, Alhamdulillah akhirnya Luqman Annasaie akan diterbitkan versi cetak selepas begitu lama saya nantikan.

Luqman Annasaie akan terbit bulan depan di bawah sebuah penerbitan. Ya.. Pada Januari 2022. Tak lama dah tu. Kita dah boleh mula menabung untuk beli Luqman.

Saya akan muatnaik 6-7 bab pertama Luqman sahaja dalam wattpad. Kalau nak baca full, kena belilahh.

Kalau sesiapa tak kenal Luqman, inilah Luqman Annasaie sahabat baik Ameer dalam Tuanku Hana. Sebelum wujud Tuanku Hana, wujud buku ini dahulu. Malah ini buku pertama saya di wattpad. Buku pertama yang orang kenal saya sebagai Leena Syiha. Sebab tu view pun sikit je. Haha.

Apapun, selamat membaca. Kena sedia untuk tergantung sepi di bab 7 nanti 😂

.
.
.



SEKITAR Masjid Nabawi terang-benderang. Biarpun sudah malam, masjid ini seperti tidak pernah tidur. Sentiasa hidup dengan jemaah yang tak pernah surut.

Luqman menghela nafas. Matanya memandang langit yang mula beransur gelap. Waktu maghrib hampir habis. Dia habiskan waktu di sini sementara menunggu isyak. Usai membaca al-Mulk dan as-Sajadah, seronok pula dia melihat jemaah dari pelbagai negara keluar masuk bangunan gergasi itu.

Antara semua jemaah, Luqman paling tertarik dengan jemaah Malaysia. Mudah mengecam jemaah Malaysia, wanita-wanita mereka bertelekung putih dengan bendera Malaysia di belakang kepala mereka. Itu sudah jadi trademark.

Luqman tersenyum sendiri. Namun kemudian senyum itu pudar sendiri.

Malaysia. Itu tanah airnya. Lapan tahun merantau, dia tidak pulang-pulang ke sana. Tidak sanggup hendak pulang menghadapi semuanya sekali lagi.

"Luqman perlu pulang.. Betulkan segalanya."

Suara arwah ayahanda terngiang.

Walaupun ayat arwah ayahanda ringkas, namun Luqman faham. Ayahanda mahu dia pulang dan membaiki semua silapnya di sana. Itulah harapan ayahanda sebelum ayahanda meninggal.

"Sini rupanya kau." Terdengar suara arab menegur.

Luqman tertoleh ke sisi. Terlihat Ameer sedang berdiri tidak jauh darinya. Menyeluk saku jubah.

Luqman tersenyum. Menggamit sahabatnya duduk bersama.

Ameer pun menyertai Luqman. Mereka sama-sama duduk di depan pintu Abu Bakar. Melihat jemaah keluar masuk.

"Buat apa sendirian dekat sini?" Soal Ameer.

Luqman senyum tawar, "Teringat Malaysia. Teringat ayahanda."

Wajah Ameer berubah sebaik mendengar perihal bapanya. Sebelum dia senyum keruh. Rindu. Dah seminggu ayahanda pergi.

"Ayahanda suruh kau balik Malaysia?" Ameer dapat meneka dari gaya Luqman menjawab.

Luqman terdiam. Perlahan angguk. "Ya. Dah lapan tahun aku menetap di sini. Ayahanda kata, tiba masanya aku balik. Jumpa ibu bapa aku." Luqman hela nafas. Merenung hadapan.

"Betul apa ayahanda cakap. Dah terlalu lama kau di sini." Ameer bersetuju.

Luqman diam mendengar ayat itu. Dia tertunduk.

"Kau risaukan penerimaan ibu kau?" Ameer bertanya. Sengaja menukar perbualan mereka ke bahasa Melayu.

"Siapa tak risau, Ameer? Aku larikan diri dari dia. Datang dengan wajah baru. Dia akan terima aku ke?"

Ameer jadi terdiam dengarkannya.

Sejenak mereka sama-sama diam. Masing-masing melayan perasaan.

"Tapi," Sehinggalah Luqman bersuara.

"Itu tak bermaksud aku tak perlu balik." Sambungnya perlahan.

"Aku kena balik. Menghadap semuanya. Betulkan apa aku dah buat. Betulkan kesalahan aku yang sangat banyak." Luqman tersenyum pahit.

Ameer hanya diam. Beri Luqman ruang bercakap.

Luqman memandang Ameer di sebelah. "Aku akan balik, Ameer." Ujarnya yakin kali ini.

Ameer balas tatapan sahabatnya itu. Menepuk bahu Luqman sekilas. "Itulah yang terbaik, sahabat." Dia menyokong keputusan Luqman. Dah terlalu lama Luqman merantau. Tiba masanya Luqman kembali ke keluarganya.

Sejenak senyuman Ameer pudar. Dia seperti teringat sesuatu.

Luqman pula asyik memerhati jemaah yang lalu lalang di hadapan. Berfikir jauh tentang tanah airnya.

"Luq,"

Tiba-tiba Ameer memanggil. Luqman tertoleh.

"Kalau satu hari, kau dapat tahu aku khianati kau.. Kau akan bencikan aku?"

Muka Luqman berubah dengar soalan itu. Kali pertama Ameer tanya soalan pelik macam tu.

"Maksud kau?" Dia begitu keliru dengar soalan tersebut.

Ameer berdehem. "Tak ada apa." Ameer seperti mengelak. Langsung ketika itu azan isyak kedengaran.

"Marilah, dah isyak." Ameer segera mengajak. Seperti soalan tadi tak wujud pun.

Sedang Luqman masih berkerut keliru. Namun demi menghormati Ameer, dia juga berdiri menyusul sahabatnya. Sama-sama bergerak ke dalam bangunan Masjid Nabawi untuk menyertai solat Isyak.


.
.
.



LUQMAN ANNASAIE 1 © (TERBIT)Where stories live. Discover now