aku menyisir rambut aku dengan lebih rapi supaya kelihatan kemas.kemudian terus aku turun ke tingkat bawah dan aku lihat namjon sedang berbual dengan kak mirae.aku tertarik dengan namjoon,jujur aku kata.
perwatakkan dia seakan kak mirae dan dia juga lebih berfikiran terbuka berbanding dengan orang lain.Aku menghampiri mereka sebelum aku melabuhkan punggung aku disebelah kak mirae yang sedang menuang air ke dalam cawan untuk dihidangkan kepada adiknya.
"jung ni akak kenalkan adik akak kim namjoon..joon ni kawan akak lee seojung"namjoon memandang aku sebelum dia menghadiahkan satu senyuman manis .aku membalasnya sebelum aku beredar menuju ke dapur dan aku membuka pintu peti ais dan mengambil beberapa biji buah untuk dipotong.aku bukannya nak sangat makan buah cuma senyuman daripada namjoon terlalu mencairkan hati aku.
aku tersengeh sendirian tanpa aku sedari.inikah yang dinamakan cinta pandang pertama.
aku menampar diri aku sendiri supaya aku kembali kepada reality.aku mengupas buah di tangan aku dan aku potong kepada beberapa bahagian.terus aku masukkan ke dalam piring dan aku basuh .dengan langkah yang agak lambat aku mengahmpiri ruang tamu kembali dan aku letakkan buah di atas meja.
aku memandang namjoon. kebetulan mata aku bertentangan dengan dia.aku mengelipkan mata aku untuk beberapa kali sebelum aku mengalihkan pandangan aku ke arah lain.aku mengambil salah satu kepingan buah yang aku potong dan aku masukkan ke dalam mulut.aku mengunyah dengan agak perlahan disebabkan terasa seakan seseorang memandang aku.
"kenapa awak takut hujan?"namjoon menyoal aku secara tiba-tiba dan itu membuatkan lidah aku menjadi kelu.aku tergamam untuk seketika.akak mirae memandang aku dengan pandangan yang pelik.
sebelum ni aku tak pernah cerita dekat akak mirae tentang trauma aku yang satu itu.aku bukan tak pernah bagitau kak mirae tapi aku tak pernah bagitau sesiapa tentang tu.Biarlah aku je yang tau semua trauma aku.
"s-saya tak takutkan hujan.."aku menggelengkan kepala aku dan namjoon memandang aku dengan pandangan serious.dia memandang tepat ke arah anak mata aku mencari kepastiaan yang aku sorokkan.segera aku mengalihkan pandangan aku ke arah lain.
"serious?"dia menyoal aku lagi dan aku menelan liur .terasa seakan penipuan aku berjaya ditangkap.baru sahaja aku mahu menjawab soalannya itu telefon bimbit aku terlebih dahulu berbunyi dan itu membuatkan aku segera beredar untuk menjawab panggilan.Aku menjawab panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.
"hello"aku memulakan perbualan dengan seseorang dihujung talian.untuk beberapa minit keadaan diam seketika.aku mula tidak keruan dan aku ingin sahaja menamatkan panggilan ini.baru sahaja aku mahu menekan butang meletakkan panggilan suara seseorang menyapa aku.
"seojung bila kau nak langsaikan hutang kau dengan aku huh?!!KAU NAK AKU KERAT TANGAN KAU?KE KAU NAK AKU BUAT SESUATU DEKAT KAU HUH!!"suara daripada si pemanggil membuatkan telefon yang aku pegang hampir sahaja terlepas daripada pegangan namun aku tahan supaya telefon ini tidak terlepas daripada pegangan tangan aku.
"nanti aku bayar..aku janji"aku berkata dengan agak perlahan namun aku yakin dapat didengari.aku mematikan panggilan sebelum satu keluhan aku lepaskan.
aku bukannya tak tahu apa yang bakal dilakukan tapu disebabkan aku yang berhutang dulu untuk beli dadah jadi aku terpaksa juga menanggungnya.
aku sedar kadar yang aku hutang bukannya sedikit.banyak.lebih daripada 3 juta won.aku memicit pelepis aku dengan perlahan.terus aku menyerabutkan rambut aku yang sudahpun disisir rapi.bagaimana aku mahu mencari duit lagi.
duit gaji aku pon cukup-cukup untuk menyara kehidupan.kalau nak cari kerja lain mana ada orang yang nak ambil bekas penagih dadah macam aku.satu keluhan berat aku lepaskan.
"kenapa awak mengeluh?"namjoon yang tiba-tiba sahaja muncul menyoal aku.aku memandangnya sebelum aku menggelengkan kepala .aku tak boleh memberitahu sesiapa tentang hutang yang aku perlu bayar .tak nak menyusahkan sesiapa.
"jangan tipu saya..saya terdengar apa yang awak bualkan..awak berhutangkan?"dia menyoal aku dan aku menundukkan kepala aku.jujur aku katakan aku malu apabila dia mendengar segala yang aku bualkan.
"akak mirae mana?"aku menyoalnya.cuba untuk menukar topik perbualan aku dengannya.
"akak mirae naik atas sekejap..ada benda dia nak buat..betulkan saya cakap?awak berhutang"aku mengangguk.mahu tidak mahu aku perlu katakan juga kebenarannya.
"berapa banyak?"dia menyoal aku lagi.
"250 juta won"aku berkata dengan perlahan tetapi aku yakin bahawa dia dapat mendengarinya.
"apa kata saya tolong awak bayar"terus membulat mata aku dibuatnya apabila mendengar apa yang dia kata kepada aku.aku seakan tak percaya dengan apa yang aku dengar.
"tapi awakkan menganggur..macam mana nak bantu saya?"aku menyoalnya pula kali ini.dia tergelak mendengar apa yang aku soal kepadanya.
"sejak bila saya menganggur?saya kerja sebagai pengarah pentadbir kim hotel"aku tergamam apabila mendengarnya. bukan ke kertas sebelum ni yang ada dalam beg aku daripada dia. jelas di ingatan aku apa yang kertas itu katakan,
"t-tapi kertas tu"dia tergelak lagi mendengar apa yang aku katakan.
"saya bergurau"aku mengangguk faham dengan apa yang dia katakan.ouh bila difikirkan balik takkanlah seorang penganggur akan berpakaian kemas seakan orang bekerjaya.
"betul ke awak nak tolong saya?"aku menyoalnya lagi dan dia mengangguk.
"tapi sebab apa?"aku memandangnya dengan pandangan pelik.
"sebab saya kesian dengan awak..saya akan tolong awak bayar hutang tu dengan syarat awak kahwin dengan saya okay?"aku berfikir sejenak.aku bukannya tak nak terima tawaran yang dia berikan cuma aku sendiri tahu bahawa perkahwinan tanpa cinta dan hanya rasa simpati yang bertandang hanya akan membuatkan aku tak bahagia.
namun bila difikirkan balik aku sememangnya tak layak memiliki kebahagiaan yang orang lain katakan.ayat daripada bekas kawan baik aku bermain difikiran aku.alangkah baiknya jika aku tak berhutang dan menagih dadah dahulu,jadi lelaki di hadapan aku ini tidak perlu berasa kasihan dengan aku.
"baiklah saya setuju"dia tersenyum.
"tapi awak yakin ke dengan keputusan awak? kahwin tanpa dasar cinta?"dia mengangguk dengan apa yang aku katakan.dia terus sahaja beredar selepas itu dan dia kembali ke ruang tamu dan bermain dengan telefonnya.
aku pelik dengan sifat adik kak mirae yang ini.kami baru berkenalan dan sekarang ini dia mahu menolong aku malahan berkahwin dengan aku disebabkan dia rasa simpati.Aku lihat kak mirae sudahpun kembali ke ruang tamu dan dia kembali berbual dengan adik.
"jung "aku menghampiri mereka apabila kak mirae memanggil aku untuk ke sana.
"adik akak nak ajak jung keluar..nak ke?"akak mirae menyoal aku dan aku memandang namjoon yang turut memandang aku sebelum dia mengenyitkan sebelah matanya.dia menyuruh aku supaya bersetuju.
"jung okay je kalau akak tak kisah"kak mirae memandang aku dan kemudiannya dia mengangguk.
"jaga kawan akak elok-elok"namjoon mengangguk.aku menaiki tingkat atas dan kardigan floral berwana soft pink aku sarungkan pada tubuh sebelum aku keluar daripada rumah bersama dengan namjoon.
nasib baiklah hujan dahpun berhenti.Aku dengan namjoon berjalan menuju ke kedai runcit tempat aku membeli barang tadi.tanpa banyak bicara aku ikuti langkah namjoon .dia menghampiri sebuah motorsikal berkuasa tinggi yang elok terparkir di sebelah kedai itu.
enjin motorsikal itu dihidupkannya sebelum dia menyuruh aku menaikinya.terus dia bawa motorsikal ini dengan laju.pada awalnya aku tak nan langsung peluk pingangnya namun disebabkan dia membawa motor dengan laju jadi aku terpaksa juga memeluknya.
YOU ARE READING
[C] SINGULARITY [K.N.J]
Fanfictionmereka berkahwin bukannya atas keterpaksaan.. contract ataupun cinta.. rasa kasihan daripada si lelaki membuatkan mereka bersama.. berusaha menjalinkan rasa cinta.. namun berjayakah mereka.. suatu kelainan dalam cinta buat kim namjoon dan juga lee...