Try

101 16 15
                                    

Aku mengenakan gaun berwarna putih pada tubuh. Bibir pucat aku menguntum senyuman. Terus aku menggapai beberapa barang dan dimasukkan ke dalam tas tangan.

Jungkook memandang aku pelik. Keningnya dijungkitkan.Aku hanya tersenyum sambil memandangnya sebelum aku melabuhkan punggung pada kerusi yang terletak di hadapannya.

"Kau nak pergi mana?" Jungkook menyoal. Pandangannya serious walaupun mulut sudah penuh diisi dengan makanan.

"Lawat Namjoon" Jungkook mengangguk. Terus dia menyambung makan kembali. Satu keluhan dilepaskan. Hati berdebar. Tangan laju menggapai pinggan dan nasi goreng kimci diletakkan di atas pinggan sebelum dimasukkan ke dalam mulut.

Baru sesuap ditelan terus aku berlari menuju ke sinki disebabkan rasa mual. Aku mengelap mulut aku. Jelas kelihatan darah yang keluar. Sekali lagi satu keluhan dilepaskan. Macam mana kalau aku sakit masa lawat Namjoon.

"Kalau kau tak okey.. jangan pergi mana-mana aku tak nak kau makin teruk" belakang aku diusapnya perlahan. Ayat Jungkook lirih bunyinya. Aku tahu dia sedih.

"Aku okey.. jangan risau" aku cuba untuk menenangkan dia. Jungkook tersenyum kelat. Maaf Jungkook kalau saya selalu risaukan awak.

"Jomlah kita gerak" aku mengambil tas tangan aku. Tak lupa juga beberapa buah tangan untuk dibawa. Jungkook menggelengkan kepala. Kemudian terus dia mencapai kunci kereta.

Sepanjang perjalanan aku hanya melontarkan pandangan memandang ke luar tingkap. Sesekali perut aku usap. Harini ibu nak bawak baby jumpa papa. Harap papa ingat kita.

Kepala aku yang pening aku abaikan. Mata aku pejam rapat. Terasa bahagian tulang belakang aku dicengkam dengan kuat dan dada aku sakit. Tangan juga mula merasa kebas. Aku abaikan. Aku cuba kuatkan diri aku. Namjoon lebih penting.

"Betulni boleh pergi sorang-sorang?" Jungkook menyoal dan aku mengangguk. Terus pintu kereta aku buka. Dengan agak lambat aku memasuki hospital dan bilik yang Namjoon duduki aku tuju.

Tangan ragu-ragu untuk membuka pintu bilik. Patut ke aku jumpa dia. Keluhan berat dilepaskan. Kemudian aku menarik nafas aku dalam-dalam. Terus tangan lantas membuka pintu bilik.

"Hi" aku meyapa Namjoon yang sedang menjamu selera. Berkerut dahinya memandang aku. Sesekali matanya meliar mencari sesuatu.

"Kau datang sorang ke? Suami kau mana?" Keningnya dijungkitkan. Aku menguntum senyuman kelat.

"Ye.. saya datang sorang" aku menjawab. Lantaran itu terus buah tangan yang aku bawa untuknya aku letakkan di atas meja di tepi katil wadnya.

"Dah berapa bulan?" Namjoon menyoal. Bibirnya di juihkan pada perut aku yang semakin hari semakin memboyot.

"6bulan" Namjoon mengangguk. Terus dia tersenyum manis. Bibirnya mengumam beberapa perkataan.

"Mesti comel nanti kan? Sebab Kook handsome dan kau.. kau cantik" aku tersenyum kelat. Joon ni anak awak dan bukannya anak Jungkook.

"Kalau saya cakap saya isteri awak.. awak percaya tak?" Namjoon tergelak.

"Jangan merepeklah.. kau isteri Kook.. jangan cuba ambil kesempatan okey? Sebab aku tak nak gaduh dengan Jungkook" aku mengangguk faham. Ikutkan hati mahu sahaja aku menangis namun aku tahan. Aku kena kuat.

"Apa nama kau?" Namjoon menyoal lagi. Banyak betul dia ni tanya. Aku pulak yang penat nak menjawab.

"Kim Seojung" mata Namjoon membulat untuk seketika dan kemudian terus dahinya dikerutkan.

"Kau pasti nama kau memang Kim Seojung? Bukan ke sepatutnya nama kau Jeon Seojung?" Namjoon menyoal aku. Aku tersenyum kelat.

"Saya.. salah sebut" aku katakan juga ayat itu walaupun hati sudah rasa disiat-siat. Dia mengangguk faham.

"Nak makan tak? Saya hidangkan?" Aku menyoalnya dan dia menggelengkan kepalanya. Mata hazel milik dia bertembung dengan mata aku. Kekok. Sudah semestinya.

"Aku tak nak susahkan kau.. so baliklah.. kau mengandung.. kesian.. kang gugur Jungkook marah aku" aku terpempan dengan apa yang dikatakan. Joon salahke kalau saya nak luangkan sikit je masa dengan awak. Nak lepaskan rindu ni. Saya takut kalau masa awak ingat nanti kita tak sempat jumpa.

"Duduklah.. takkan kau nak diri dekat situ.. duduk sini" katil tempat dia berbaring dia tepuk. Aku ragu-ragu untuk duduk di situ.

"Kalau tak nak duduk je dekat kerusi.. aku nak pergi tandas" baru sahaja aku ingin membantunya dia terlebih dahulu menolak bantuan aku. Kepalanya digelengkan.

"Aku boleh pergi sendiri.. kau mana boleh tolong aku.. haram.. kalau jungkook takpe" dia tergelak. Kemudian terus dia melangkah memasuki tandas.

Telefon aku keluarkan. Nombor Jungkook aku dail. Air mata memenuhi tubir mata. Tak mampu untuk menahan sebak yang kian berleluasa.

"Kenapa? Kau tak de transport nak balik ke?" Soalan daripada Jungkook membuatkan aku tergelak sedikit. Risau sangat.

"Bukanlah.. aku cuma.. aku haih.. dia anggap aku gurau weh.. aku isteri dia. Isteri dia yang sah.. anak ni anak dia.. tapi dia.." akhirnya air mata mengalir juga ke pipi. Tangisan aku cuba kawal daripada meledak. Aku tak nak Namjoon dengar.

"Alah.. dia kan amnesia.. mana ingat.. kau cuba je keh? Aku support kau.. kalau aku jumpa Joon nanti aku cuba slowtalk cakap benda betul dekat dia eh.. janganlah cepat mengalah.. kang kesihatan kau terjejas.. jung aku kena off nih.. ade mesyuarat dengan klient.. kau jaga diri tau" panggilan dimatikan. Telefon aku genggam kemas.

Bunyi pintu tandas yang terbuka membuatkan aku cepat-cepat mengelap air mata.

"Kau tak nak balik? Kejap lagi keluarga aku datang.. jadi tak manis lah kalau kita berdua je.. aku bukan halau.. cuma aku tak selesa berdua dengan kau.." aku tersenyum kelat. Terus aku bangun daripada duduk aku. Kaki perlahan-lahan menuju ke luar bilik wadnya. Sempat juga tangan melambai ke arah dia. Sekadar melepaskan sedikit rindu.

Esok aku mesti akan datang sini lagi. Perut aku usap. Baby, ibu yakin nanti papa akan ingat kita. Bibir mula menguntum senyuman. Rasa mual mula menerjah ke tekak. Aku mencari tandas yang berhampiran. Terus aku menuju ke sinki dan memuntahkan darah.

Pandangan yang berbalam membuatkan aku menguatkan pegangan pada tepi sinki. Aku memandang wajah aku yang bertambah pucat. Satu keluhan dilepaskan. Nafas aku tarik sedalam mungkin. Kali ini rasa sakit menerjah di tulang belakang pula. Dada aku juga bertambah sakit.

Kepala kian terasa pening dan akhirnya aku rebah.

****
Aku membuka mata aku. Keadaan di sekeliling aku amati. Syiling putih dan bau ubat-ubatan membuatkan aku menyedari diri aku di hospital.

"Kau dah sedar.. aku dah kata kan jaga kesihatan.." jungkook memandang aku seruous. Tangan aku digenggamnya erat. Jelas kelihatan dia kerisauan. Rambut aku Jungkook usap perlahan.

Mata aku melirik memandang ke arah tangan yang mengusap rambut aku tadi. Jelas kelihatan beberapa hela rambut aku di situ. Aku sedar aku dah tak lama.

"Kook.. kalau aku takde.. kau jaga anak aku boleh?" Jungkook mengerutkan dahinya.

"Kenapa cakap macamni? Kau cakap macam kau betul-betul nak tinggalkan aku.. jung kalau kau bertahan sampai sekarang.. kau mestu boleh bertahan untuk anak kau" aku menguntum senyuman kelat. Tekak kian terasa loya. Terus aku tekup mulut aku menggunakan tangan dan aku kesat darah yang tersisa di hujung bibir.

"Aku..multiple myleoma aku dah masuk tahap empat kook.. kau rasa kalau keadaan aku macamni.. aku dah tak lawa lagi nanti.. joon aku ingat aku tak kook?" Soalan aku membuatkan Jungkook terdiam. Terus aku pejamkan mata aku. Aku nak rehat. Aku penat.

[C] SINGULARITY [K.N.J] Where stories live. Discover now