hi guys..hyun nak mintak maaf sebab lembap update..hek bukannya sebab malas no cuma keadaan yang tak mengizinkan..sorry sangat sangat..happy reading this chapter..sorry kalau cara penulisan makin merapu..keh enjoyy
aku menghentikkan ledakan tangisan yang tadinya sama lebat seperti hujan yang turun.lama juga aku dengan namjoon di perhentiaan bas menunggu hujan berhenti.bukannya tidak mahu meredah sahaja hujan yang membasahi bumi cuma kereta namjoon parkir terlalu jauh daripada perhentiaan bas ini.bayangkan betapa lama aku dengannya berduaan di sini sehingga baju aku yang basah tadinya pun dah kering.
aku memandang namjoon yang daripada tadi ralit bermain telefon bimbitnya dan sesekali aku lihat dia memaparkan sengihan.jelas kelihatan keduan-dua lesung pipitnya yang sentiasa menghiasi senyumannya.keadaan begitu kekok disebabkan apa yang berlaku tadi.mungkin aku je yang rasa begitu sedangkan namjoon.
heh dia tenang je.mata aku melirik memandang tanah lapang yang sudahpun berada di hadapan aku.lalang sudah banyak menumbuhi kawasan itu.dahulu di situ terdapat sebuah taman tema namun selepas beberapa tahun berlalu kawasan itu sudah pun dipenuhi dengan lalang yang kian menebal.
"jom kita balik"aku tersentak mendengar apa yang namjoon katakan.haih dia ni tak boleh ke kalau tak buat jantung aku tercabut.ouh bukan salah dia.aku yang sibuk mengelamun.aku bangun daripada duduk aku dan terus aku mengikuti langkah namjoon yang berada beberapa langkah dihadapan aku.
"kau pergi mana tadi?"dia menyoal aku.tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.dia tidak menghentikkan langkah semasa menyoal sebaliknya meneruskan langkahnya dan meninggal aku semakin kebelakang.
"saya jalan sekitar sini"aku menjawab soalannya itu.biarlah aku menipu.dia bukannya tahupun.hanya aku sahaja yang tahu mana aku nak pergi dan siapa yang aku cari.selagi aku dengan namjoon belum berkahwin itu semua bukan urusannya.aku terus mengikuti langkahnya.
sedar tak sedar aku dengannya sudahpun sampai di tempat dia memarkirkan kereta.dia terus memasuki keretanya begitu juga dengan aku.penghawa dingin dihidupkan sebelum dia memandu kereta dengan agak laju.dia memanglah.bawak motor nak laju bawak kereta nak laju.aku melontarkkan pandangan aku ke luar tingkap.namjoon memberhentikan keretanya sebaik sahaja lampu trafic bertukar merah.
"aku nak kau anggap je semua yang aku buat untuk kau ni sebab kau bakal isteri aku..walaupon aku kesiankan kau..faham?"dia menyoal aku.aku memandang wajahnya dan aku lihat dia langsung tak pandang aku.apa dia memang suka cakap dengan orang,tanya macam-macam tapi muka tak nak pandang.
"faham.."aku menjawab.keadaan kembali menjadi sunyi kembali.hanya bunyi enjin kereta mendesup di jalan raya dan penghibur radio yang daripada tadi tidak henti berbicara menghilangkan rasa kekok.kereta namjoon parkin kan dekat tempat letak kereta sebuah mall yang berada di hadapan kami.bukan tadi dia kata dia nak balik ke?yang tu nih dah kenapa pulak dekat mall ni.
"jom"dia mengajak aku untuk turun daripada kereta.aku memandangnya dan kening aku jungkitkan.meminta penjelasan daripadanya.ialah kalau kau jadi aku haa maun kau tak pelik ke?tadi ajak balik ni tetiba dekat mall.
"kan nak beli baju kahwin"dia berkata dengan agak dingin dan matanya dipusingkan.ouh ialah dia nak beli baju kahwin dengan aku.aku turun daripada kereta.nasib baiklah baju aku pakai dah kering sepenuhnya kalau tak memang aku takkan berganjak turun daripada kereta ni.biar dia nak pandang aku macam mana pun.dia memegang tangan aku dan kami memasuki pusat beli belah ini bersama.eh sweet pulak namjoon ni,tadi dingin ni sweet.memang anak kim betullah dia nih.tangan aku digenggamnya makin erat dan dia berjalan di sebelah aku.
"kau nak masuk kedai yang mana?atau kau nak ikut je aku pergi masuk kedai yang aku nak?"dia menyoal aku dan kali ini dia memandang wajah aku.keningnya dijungkitkan sedikit.
"saya ikut je awak nak pergi mana"selepas mendengar jawapan aku terus dia menarik tangan aku memasuki sebuah butik pengantin yang berada di tingkat lima.aku memandang kedai pengantin ini dengan agak lama.aku bukannya tidak pernah memasuki kedai ini.aku pernah.semuanya masih lagi sama cuma yang membezakannya ialah orang yang bakal aku kahwini.
"selamat datang..eh cik seojung"aku disapa dengan agak lembut oleh pekerja kedai ini.jelas kelihatan dia terkejut dengan kehadiran aku.ialah setelah sekian lama aku menghilangkan diri dan sekarang aku berada di sini kembali.
"siapa dia tu cik seojung?"pekerja kedai ini menarik tangan aku.
"bakal suami"pekerja ini mengangguk faham.namjoon memandang kami pelik.ialah tetiba je masuk dalam kedai ni dah kena tarik.
"encik dan cik boleh pilih pakaian yang encik nak"aku mengangguk dan terus menghampiri baju yang tersangkut di rak pakaian pengantin.aku harap baju yang aku nak masih ada.satu persatu baju di situ aku lihat.mata aku tidak penat untuk meneliti satu persatu baju sehinggalah tangan aku berhenti pada sebuah gaun pengantin.akhirnya aku jumpa.terus aku menarik baju itu keluar daripada rak dan aku mula mencari namjoon.
"lawa tak?"aku menyoal namjoon yang turut sama membelek baju pengantin.dia mengangguk.
"saya nak yang ni boleh tak?"aku menyoalnya dan dia mengahampiri aku.baju pengantin yang berada di tangan aku diambilnya dan untuk seketika kemudian dia memandang wajah aku pula.seakan menilai diri aku dengan baju itu.
"kita beli baju ni"dia menghadiahkan satu senyuman manis kepada aku sebelum dia berpaling dan menyuruh pekerja kedai ini membungkus baju yang aku mahukan tadi.aku sudah tersenyum bahagia dengan apa yang jadi.ialah walaupun aku dengannya berkahwin bukan atas dasar cinta tapi dia tetap turut akan kemahuan aku.selepas itu kami terus pulang ke rumah.kereta namjoon berhentikan di hadapan rumah akak mirae.belum sempat aku keluar daripada kereta ini tangan namjoon terlebih dahulu menahan aku.
"seojung..esok tak payah kerja..aku nak kau ikut akak aku pergi satu tempat..dan ouh pakai baju tu sekali"dia menjuihkan mulutnya pada bungkusan baju pengantin yang berada di tangan aku.terus berkerut dahi aku dibuatnya.
"tapi kenapa?"aku menyoalnya.rasa ingin tahu membuak dalam diri aku.ialah setahu aku orang pakai gaun pengantin masa kahwin kan.and what is this..
"ikut jelah..nanti kau akan tahu"tangan aku dilepaskannya dan kepala aku dia tarik untuk dekat dengannya.jelas terasa deruan nafasnya pada wajah aku.satu kucupan dihadiahkan pada dahi aku.terus membulat mata aku dibuatnya.aku tergamam.mata aku kelipkan beberapa kali sebelum aku berpura-pura seakan tiada apa yang berlaku.terus pintu kereta aku aku buka dan aku keluar daripada kereta.jantung aku terus mengepam darah aku dengan laju.dapat aku rasakan pipi aku membahang.nasib baiklah lepas aku turun tadi namjoon terus pandu keretanya beredar.
Aku masuk ke dalam rumah dan terus sahaja pandangan aku menyapa wajah kak mirae yang setia menunggu di ruang tamu.akak mirae kelihatan wajahnya risau,serba salah aku dibuatnya apabila melihat riak akak mirae.
"mujurlah seojung dah balik..akak risau..nak pulak tadi joon kata dia tak jumpa jeong dekat perhentian bas"tubuh aku kak mirae peluk erat.aku makin tergamam.kak mirae sentiasa risau tentang aku.dia melayan aku seperti adiknya sendiri.pada waktu yang sama rasa bersalah di hati aku mula menggunung.
"jung mintak maaf sebab buat akak risau"kak mirae mengusap rambut aku.aku membuka pintu bilik dan segera aku merebahkan tubuh di atas katil.bungkusan yang berisi baju pengantin aku letakkan di tepi katil.teringat apa yang dilakukan oleh namjoon tadi membuatkan aku tersenyum sendirian.sejeong kau memang dah gila dengan bayangan dia tapi sedarlah sekarang yang dia nak kahwin dengan kau sebab dia nak kawin dengan kau sebab dia kasihan.tak lebih daripada tu.
YOU ARE READING
[C] SINGULARITY [K.N.J]
Fanfictionmereka berkahwin bukannya atas keterpaksaan.. contract ataupun cinta.. rasa kasihan daripada si lelaki membuatkan mereka bersama.. berusaha menjalinkan rasa cinta.. namun berjayakah mereka.. suatu kelainan dalam cinta buat kim namjoon dan juga lee...