Aku pulang ke rumah. Pintu aku pandang lama. Tangan teragak untuk terus memutar tombol pintu. Satu keluhan dilepaskan. Kasut yang berada di muka pintu membuatkan aku tak berani untuk membukanya. Sekali lagi aku lepaskan keluhan.
Tangan aku masukkan ke dalam poket hoodie. Terus aku berjalan. Berlalu pergi menikmati udara pagi. Biarlah Namjoon dengan perempuan sundal tu balik dulu. Aku tak sanggup nak tengok diorang. Tak sanggup untuk hati ni terguris lagi.
Aku melabuhkan punggung pada penghadang jalan. Mata aku tumpukan pada permandangan di hadapan aku. Dada yang sakit aku hiraukan. Aku perlukan masa berseorangan.
Jam di tangan aku lihat. 5 pagi. Aku tak tau sama ada aku patut balik. Hadap Namjoon ataupun aku patut terus tunggu. Otak makin ligat membuat keputusan. Akhirnya aku bangun dari duduk aku.
Nombor Jungkook aku dail walaupun aku tahu aku banyak susahkan dia. Dengan waktu macamni. Talian disambungkan. Untuk seketika aku menunggu kehadiran Jungkook ke sini.
"Aku ingatkan kau dah balik.. rupanya tak" aku memaparkan sengihan. Terus aku naik motor Jungkook. Fikiran masih lagi memikirkan tentang Namjoon. Motor Jungkook hentikan di hadapan rumah agam milik aku dengan Namjoon.
"Hadapi dia.. aku ada untuk kita bahagia "aku menganguk. Senyuman aku berikan. Jungkook menghampiri aku. Kemudian terus dia cantumkan bibir dia dengan aku. Aku tergamam. Pipi aku merona merah. Namun disebabkan status aku sebagai isteri orang aku menolaknya perlahan.
"Kook.. aku bukan milik kau" aku terus berjalan pergi meninggalkan Jungkook dengan perasaan hampa. Pintu rumah aku buka. Kelihatan Namjoon sedang duduk di sofa. Matanya tajam memandang aku.
Aku abaikan. Terus aku mendaki anak tangga. Derapan kaki yang semakin dekat membuatkan aku percepatkan langkah aku. Tangan aku direntap kasar.
"Kau curang" ayat itu menutur keluar. Aku diamkan diri. Mata aku pandang tepat ke mata hazel milik Namjoon.
"Jangan salahkan aku.. kau yang mulakan dulu.. kau yang curang..Joon kau yang tinggalkan aku keseorangan.. kau yang buang aku.. kau duakan aku" tangan aku tarik dari gengaman tangannya. Kalau dibiar. Maun lunyai tangan aku dia pegang.
"Watch your mouth!!KIM SEOJUNG!"Namjoon mencerlung aku. Aku diamkan diri. Liur aku telan. Takut sebenarnya. Keberanian aku kumpul.
"Kim Seojung dah mati.. yang ada cuma Lee Seojung" terus aku palingkan diri aku. Langkah aku teruskan.
"Siapa lelaki tadi?" Soalan yang diajukan membuatkan langkah aku terhenti. Takkanlah dia nampak.
"Mana ada lelaki" aku cuba menafikan.
"Aku nampak kau dengan dia..aku nampak kau dengan lelaki lain" ayat Namjoon makin buat aku gementar. Jadi dia betul-betul nampak. Takkan dia tunggu aku balik. Tapi boleh jadi jugak sebab dia tak tidur lagi tadi. Dengan malas aku berpaling. Memandang Namjoon kembali.
"Ouh.. dia.. dia bukan lelaki lain.. Jungkook bukan lelaki lain" ayat yang dituturkan oleh aku membuatkan mata Namjoon membulat. Mungkin terkejut. Mesti dia tak sangka yang kawan dia buat macamtu.
"Jadi kook ape?" Namjoon menyoal. Tangannya disilangkan ke dada. Jelas kelihatan dia menahan rasa geramnya namun aku biarkan.
"Dia kekasih aku" terus aku beredar. Pintu bilik aku biarkan tak berkunci. Mata aku pejam seerat mungkin sebelum aku membukanya kembali. Air mata bergelinangan di tubir mata. Tak menyangka aku cakap macam tu.
Bunyi guruh membuatkan aku tergamam. Mata aku bergetar. Tubuh aku peluk. Takut.
Kim Namjoon pov..
Aku menyiapkan kerja aku. Bunyi guruh membuatkan aku sedikit risau tentang keadaan Seojung. Namun bila ingat apa yang dia cakap tadi buat aku sakit hati.Hati aku sakit bila nampak dia dengan lelaki lain. Aku tak tau kenapa tapi dalam masa yang sama terfikir jugak aku untuk lepaskan dia.. biar dia cari kebahagiaan dia sendiri.
Aku melepaskan keluhan. Ayat dari Chaeyoung membuatkan aku tak boleh melaksanakan apa yang aku fikirkan. Peristiwa beberapa hari lalu bermain di fikiran aku. Memang Seojung jauh lebih baik, namun aku cintakan orang lain.
"Joon you tak boleh ceraikan isteri you tau" Chaeyoung memandang aku. Pinggang aku dipeluknya erat.
"Kenapa?" Berkerut dahi aku. Terus wajah polos milik Chaeyoung aku pandang.
"Sebab you tau kan.. i tak pandai masak.. kemas rumah.. kalau dia ada boleh lah dia jadi bibik.. dia boleh buat semua tu.. hurmm.. lagipun you tau i model kan.. i tak nak lah mengandung.. nanti nampak gemuk.. so kalau isteri you ada.. dia boleh buat semua tu.. semestinya you ada jugaklah zuriat.. boleh kan?" Chaeyoung memandang aku. Matanya dibulaykan. Pipinya dikembungkan. Aku tersenyum manis. Seakan pukauan aku ikut semua cakap dia. Satu anggukan aku berikan. Terus dia tersenyum.
Aku meramas rambut aku kasar. Kepala aku serabut. Aku makin buntu. Aku melangkah keluar dari bilik. Langkah aku berhentikan pada pintu hadapan bilik Seojung. Tangan teragak-agak untuk buka. Macam mana kalau dia kunci.
Tanpa berfikir lagi terus aku pulas tombol pintu bilik dan ouh.. tak kunci. Mata aku jatuh pada susuj tubuh yang sedang tidur dalam keadaan betelangku sambil tangan memeluk tubuh sendiri. Kesian.
Aku beranikan diri menghampiri dia. Posisinya aku betulkan. Selimut aku tarik menutupi dada dia. Maafkan aku Seojung. Aku tahu semua salah aku. Aku tak faham kenapa kita macamni. Aku harap kau mampu bertahan dengan hidup kau tanpa aku.
Aku mengukir senyuman kelat. Terus aku beredar. Pintu bilik aku tutup kembali. Aku kembali memasuki bilik aku. Laptop yang terpasang di atas meja kerja aku padamkan. Katil aku tuju. Terus aku pejam mata aku.
Sinaran mentari membuatkan aku terjaga. Awalje rasa pagi. Aku menguap. Mengantuk. Dengan malas aku memasuki bilik air dan membersihkan diri. Hoodie aku capai.
Rasa malas nak pergi kerja. Aku nak jumpa seseorang. Aku tengok rumah still bersepah. Aku biarkan. Maybe Seojung belum bangun. Aku menyarungkan kasut. Terus motorsikal aku bawa menuju ke sebuah tempat.
Satu keluahan aku lepaskan. Pintu rumah yang berada di hadapan aku membuatkan aku ragu ragu. Tangan aku kepalkan menjadi penumbuk. Terus loceng rumah aku tekan.
Beberapa minit selepas itu figura seseorang yang berdiri di hadapan aku membuatkan kepalan penumbuk makin dikuatkan. Tanpa berfikir panjang terus aku hayunkan penumbuk aku tepat mengena pipinya.
Jungkook berdecit. Bibirnya mengeluarkan sedikit darah.
"Hyung ni dah kenapa?" Suaranya ditekankan. Aku menolak tubuhnya. Sekali lagi aku menghayun penumbuk.
"Dalam banyak perempuan dekat dunia ni.. isteri aku jugak kau pilih" aku menumbuknya lagi. Tanpa diduga Jungkook hayunkan penumbuk ke muka aku.
Aku berdecit.Bibir aku mengeluarkan darah.Aku lap.Jungkook tumbuk aku lagi.
"Isteri hyung kata?!!suami jenis apa duakan isteri dia..untuk pengetahuan hyung..Seojung tu kook punya..kitorang dah kenal sebelum hyung kenal dia lagi"aku tergamam.
YOU ARE READING
[C] SINGULARITY [K.N.J]
Fanfictionmereka berkahwin bukannya atas keterpaksaan.. contract ataupun cinta.. rasa kasihan daripada si lelaki membuatkan mereka bersama.. berusaha menjalinkan rasa cinta.. namun berjayakah mereka.. suatu kelainan dalam cinta buat kim namjoon dan juga lee...