Jungkook memandang makam Seojung. Eunmi setia di dalam dukungannya. Air mata tidak henti mengalir. Seperti permintaan Seojung. Untuk merahsiakan kewujudan Eunmi. Jungkook daftarkan anak Seojung dengan gelaran Jeon. Bukannya Kim.
"Joon kau tak bahagiakan dia sampai akhir hayat dia.. aku benci kau" Jungkook mengumam kata. Dia bencikan Namjoon sepenuh hatinya. Kenapa Seojung yang kena menderita.
Bahu Jungkook ditepuk oleh seseorang membuatkan dia tersentak.Mata Jungkook memandang figura yang berada di hadapannya.
"Joon kata sorry dia tak boleh datang.. jadi aku gantikan.." kata-kata yang keluar daripada Jimin membuatkan hati Jungkook makin panas. Makin mendalam kebencian yang tertanam. Wajah Eunmi yang berada di dalam dukungan dipandang lama.
"Jung.. dia tak dapat datang" air mata Jungkook jatuh. Dia menangis teresak-esak. Hatinya sakit. Perasaannya bagai disiat-siat. Jungkook akhirnya terduduk. Terduduk di hadapan makam Seojung.
"Kau kena kuat Kook.. jangan biar kau jadi macamni" Jimin menepuk bahu Jungkook sebelum dia beredar pergi. Jungkook tersenyum kelat. Macam mana dia nak kuat. Sedangkan selama Seojung masih hidup, dia yang menjaga wanita itu sepenuh hatinya.
Jungkook bangun dan terus dia melangkah pergi. Dia takkan pernah maafkan Namjoon. Jungkook mengucup pipi Eunmi.
"Samcheon akan besarkan Eunmi.." dia bertekad. Kali ini dia perlu melindungi Eunmi daripada ayah yang langsung takde tanggungjawab. Dia takkan biarkan Eunmi terseksa. Dia akan lindungi gadis kecil di dalam dakapannya dengan baik.
Namjoon pov..
Aku menyiapkan kerja aku yang tergendala. Rasa bersalah pula bila aku tak pergi majlis pengebumian isteri Jungkook. Satu keluhan berat aku lepaskan. Hati terasa sakit setiap kali aku teringat tentang mendiang isteri Jungkook.Hati aku meronta namun aku sendiri tak tahu kenapa. Aku bangun daripada duduk. Aku tak boleh duduk diam. Terus aku mencapai kot yang berada di kerusi dan aku sarungkan ke tubuh.
"Tuan" panggilan daripada penolong peribadi aku menyentakkan aku. Aku memandangnya. Kening aku jungkitkan.
"Tuan kalau saya buang bunga yang dah mati tu.. tuan tak kesah kan?" Dia menyoal. Berkerut dahi aku dibuatnya. Bunga? Bunga apa. Mata aku terarah kepada sepasu bunga yang berada di tingkap. Sejak bila bunga tu ada dekat situ.
Kepala aku berdenyut. Sakitnya kian menjadi.
"Selagi bunga ni hidup.. selagi tu cinta saya dekat awak takkan mati" bayangan seorang gadis muncul di minda aku.
"Kahwin dengan aku.. aku tolong kau selesaikan hutang" kali ini ayat itu bermain di dalam minda aku. Bersilih ganti dengan wajah isteri Jungkook. Dahi aku kerutkan.
"Awak yang buat saya macamni Joon. Awak yang buat saya berubah"
kepala aku makin terasa berdenyut. Akhirnya aku terbaring tak sedarkan diri.
Aku membuka mata aku. Keadaan di sekeliling aku pandang lama.Seojung. Nama itu menutur dari bibir aku tanpa dipinta. Ingatan aku mula kembali. Aku kena cari Seojung. Terus aku bangun dan bergegas menuju ke rumah Jungkook. Pintu aku ketuk bertalu-talu.
Untuk beberapa ketika pintu rumah dibuka. Jungkook memandang aku dengan pandangan dingin. Tangannya disilangkan ke dada.
"Kau nak ape?" Dia menyoal aku. Aku meninjau ke dalam rumahnya. Mencari kelibat seseorang.
"Kook.. jung ada dengan kau kan?" Aku menggoncang bahunya dan dia menolak tubuh aku menjauh.
"Dah lah.. Aku tak nak kau sebut lagi nama dia.. kau tak layak.. kau seksa dia sampai akhir hayat dia.." aku tergamam. Ya. Aku baru teringat. Harini. Hari di mana Seojung dikebumikan. Air mata memenuhi tubir mata.
"Kau tak payah nak sedih sekarang lah.. mulai harini.. aku takkan benarkan kau jumpa dengan anak kau.. eunmi.. dia hak aku.. seojung suruh aku jaga dia.." jungkook terus menutup pintu rumahnya. Bahu aku terincut ke atas.
Aku melangkah dengan lambat menuju ke taman. Air mata aku mengalir. Jung maafkan aku. Maafkan aku sebab siksa kau. Maafkan aku sebab buat kau keseorangan.. maafkan aku sebab biarkan kau menunggu terlalu lama. Air mata akhirnya jatuh juga. Hujan yang turun makin membuatkan perasaan aku makin sakit. Makin hiba. Aku menyesal.
Tangan mengetuk kepala sendiri. Habis aku hamburkan kata-kata makian pada diri sendiri. Aku tergamam. Semuanya silap aku. Kalaulah aku maafkan dia dari awal semuani takkan jadi. Aku bodoh Jung. Aku bodoh sebab aku curang. Aku bodoh sebab tak pernah bagi kau peluang.
Seojung pov..
Aku membuka mata aku. Keadaan di sekeliling aku pandang lama. Tangan menyentuh kepala yang kian terasa sakit. Berkerut dahi aku memandang ke sekeliling. Seorang lelaki yang berada di sebelah aku menyentakkan aku. Siapa dia?"Kau dah sedar.. baguslah" aku memandang wajah sang lelaki. Bukan jungkook dan bukan juga Namjoon. Namun siapa dia.
"Mana Jungkook?" Aku menyoalnya. Dia mengerutkan dahinya. Terus dahinya ditepuk.
"Kau merepek ape ni jen?" Kali ini aku pula yang pelik. Siapa Jen? Serious aku kata aku pelik. Aku bukan Jen. Tak. Aku Seojung. Lee Seojung.
"Apa awak merepek ni? Awak silap orang ni.. saya bukan Jen.. saya Seojung" sia tergelak mendengar apa yang aku katakan.
"Apa yang aku silap? Aku abang kau.. Aku taulah.. nama kau Kwon Jennie.. mana datang Lee Seojung.. kau lupa ke Seojung tu kawan kau yang meninggal lima tahun lepas?? Yah Jen jangan kata yang kau tak ingat kau kemalangan.." aku menggelengkan kepala aku. Serious aku kata aku tak ingat langsung semua tu.
"Abang?" Aku menyoalnya dan dia mengangguk.
"Kwon jiyoung.. aku abang kau.. lupe ke?" Aku mengangguk. Serious aku kata aku tak ingat langsung semuani. Yang aku ingat cuma Namjoon. Jungkook dengan Kak Mirae.
"Jungkook.. dia adakan?" Jiyoung mengangguk. Terus tangannya aku genggam erat. Aku goncangkan tubuhnya.
"Mana dia?" Aku menyoal.
"Sekolah lah.. takkan dia ponteng pulak.. alah kau nihh.. ingatkan lepas bangun bijak.. rupanya tak.. makin bangang nampaknya" Aku menjeling Jiyoung. Kalau Jungkook ada maksudnya.. dia pon ada lah kan?
"Namjoon?" Kali ini Jinyoung mengerutkan dahinya. Keningnya dijungkitkan.
"Siapa Namjoon? Asal aku tak kenal.. jap kau ni kenapa? Bangun dari koma terus tanya macam-macam.. benda yang tak wujud pon ditanya" aku tergamam. Ayat aku hilang. Maksudnya apa yang aku lalui cuma mimpi. Namjoon tak wujud dekat dunia nyata.
Ada juga aku cerita dekat Jiyoung tentang mimpi aku. Dia cuma gelak dan diakhiri dengan tangisan. Aku memandang ke luar tingkap. Fikiran tak habis berfikir. Betul ke? Betul ke semua yang berlaku cuma mimpi. Kak Mirae? Mingyu.. dan Namjoon.. betul ke diorang tak wujud.
Aku melangkah keluar dari wad aku. Kafeteria aku tuju. Mata aku menangkap susuk tubuh seseorang. Aku rasa macam aku kenal dia. Baru sahaja kaki mahu mengikuti.. dia terlebih dahulu menghilang. Jennie.. nampaknya kau tersilap pandang kot.
YOU ARE READING
[C] SINGULARITY [K.N.J]
Fanfictionmereka berkahwin bukannya atas keterpaksaan.. contract ataupun cinta.. rasa kasihan daripada si lelaki membuatkan mereka bersama.. berusaha menjalinkan rasa cinta.. namun berjayakah mereka.. suatu kelainan dalam cinta buat kim namjoon dan juga lee...