Aku berbual dengan ibu Namjoon. Wanita di hadapa aku ini sememangnya baik. Bersyukur rasanya apabila dia tidak menyoal tentang masa silam aku.
Aku mengerling ke arah Namjoon. Seronok benar dia bermain telefon bimbitnya. Bukannya nak berbual dengan ibu pun . Dari tadi lagi aku perasan. Mata aku meliar mencari kelibat kak Mirae. Kemana wanita itu pergi? Tadi Namjoon kata dia juga berada di sini.
"Jung cari Mirae ke?" Seperti faham dengan apa yang aku cari, ibu menyoal. Aku mengangguk. Jujur dengan soalan ibu. Sebab ibu mesti tahu di mana kak Mirae berada.
"Mirae keluar..Dia pergi beli barang kejap..Nanti kejap lagi dia balik lah tu" aku mengangguk faham. Tangan aku genggam seerat mungkin. Aku tidak tahu sama ada aku mahu meneruskan perbualan aku dengan ibu ataupun tidak.
Aku perlu berhati-hati dalam berbicara. Takut jika aku tersilap kata semua rahsia yang aku simpan dapat ibu ketahui.
"Kenapa pilih Joon jadi suami?? Sebab cinta or sebab harta?" Aku diam. Lidah aku kelu dan anak mata aku melirik memandang Namjoon. Dia membalas pandangan aku. Namjoon berdehem dan itu membuatkan ibu memandangnya.
"Kenapa?" Ibu menyoal. Namjoon memandang aku sekilas sebelum dia beralih duduk di sebelah aku. Bahu aku dipeluknya erat.
"Mestilah kitaorang kahwin sebab cinta.. kan Seojung?" Aku mengangguk. Liur aku telan. Rasa perit. Aku harap sangat ibu percaya dengan apa yang anak lelakinya ini katakan. Aku taknak ibu tahu yang Namjoon kahwin dengan aku sebab kesian.
Dua ulas bibir ibu mula mengukir senyuman. Matanya menyepet. Senyumannya melebar.
"Baguslah.. ibu harap kamu berdua bahagia" tangan aku ibu genggam erat. Hati aku gelisah. Perasaan serba salah menghantui. Tergamak bensr aku menipu wanita separuh umur ini. Aku kalau boleh nak saja jujur, tapi apa pula riaksi ibu. Maafkan seojung ibu.Sebab seojung terpaksa menipu. Jung bukan menantu yang baik.
"Ibu.. ayah mana?" Namjoon menyoal. Ibu melepaskan genggaman tangan aku.
"Teman kakak kamu pergi kedai" Namjoon mengangguk. Jaraknya dengan aku dijarakkan semula. Telefon bimbitnya dikeluarkan kembali.
Ibu berdecit. Riak menyampah ditunjuknya sebelum dia menjeling Namjoon yang berada di sebelah aku.
"Nanti mesti Jung akan bosan.. sebabnya Joon tuh suka sangat main telefon kalau dia tak kerja.. tak lain taj bukan main mobile legend lah tu" aku tergelak mendengar apa yang ibu katakan.
Ada sajalah ibu ni.Baru sahaja aku mahu menyambung berbual dengan ibu, telinga aku menyapa bunyi yang cukup aku kenali.
'Welcome to mobile legend'
Membulat mata aku dibuatnya. Aku ingatkan ibu hanya bergurau, tapi tak. Ibu memang jujur dalam setiap apa yang dia katakan. Itu lihat itu. Memang betul Namjoon tengah main mobile legend. Patutlah selama ni fokus je dia dengan telefon.
Aku memandang jam yang terletak di dinding. Hampir dua jam setengah aku berada di sini tapi kak Mirae masib lagi belum muncul. Ibu pula sudah naik ke biliknya. Katanya mahu berehat. Mungkin ibu letih.
Aku mengeluarkan telefon bimbit aku. Satu persatu gambar di dalam telefon aku belek sebelum tangan aku berhenti dari terus meleret ke gambar seterusnya. Mata aku terpaku.
Agak lama aku tertumpu pada gambar tersebut sebelum aku mengalihkan padangan aku ke tempat lain. Air mata yang mula bergelinangan di tubir aku tahan daripada jatuh.
Aku menggenggam hujung lengan baju aku. Seojung kau kena lupakan dia.
"Puan.. makanan dah disediakan.. mari makan" pembantu rumah menyapa aku dan aku mengangguk. Segera aku mendekati Namjoon yang masih lagi fokus dengan mobile legend.
"Joon" aku memanggilnya perlahan. Dia masih sama. Langsung tidak memandang aku.
"Hmm" hanya itu sahaja jawapan yang dia berikan. Aku mengeluh perlahan. Susah kalaus begini. Tangan aku laju sahaja merampas telefon yang berada di dalam tangannya. Berkerut dahi dia dibuatnya.
"Pulangkan.. kau nak ape?" Dia menyoal aku. Nadanya dingin. Matanya mengerlung aku tajam bersama dengan riak yang kelihatan marah.
"Makanan dah siap..jom makan.. saya nak panggil ibu" dia merampas telefon daripada tangan aku. Telefon dia simpan ke dalam poket. Aku mrnghadiahkan senyuman kepadanya. Alah Joon jangan lah marah.
"Bilik ibu dekat mana?" Aku menyoalnya. Dia memandang aku sebelum dia beredar meninggalkan soalan aku tergantung sepi.
Kakinya laju sahaja mendaki satu persatu anak tangga. Aku mengejar setiap langkahnya. Takkan lah sebab aku ambil telefon dia tadi dia nak marah.
"Joon" aku memanggilnya. Tidak bersahut. Namun aku takkan berputus asa.
"Joon awak marah saya ke?" Dia masih lagi diam dan meneruskan langkahnya. Aku melajukan langkah aku. Entah di mana silapnya aku tersilap langkah.
aku menjerit. Mata aku pejam. Weh tangga weh. Kalau jatuh mesti berguling.
Satu saat
Dua saat
Tiga saat
Aku membuka mata aku semula. Wajah seseorang menyapa pandangan aku. Membulat mata aku dibuatnya. Jantung aku memulakan larian maraton kembali. Pipi aku merona kemerahan. Tangan Namjoon terletak elok di pinggang aku. Membantu aku supaya tidak terjatuh.
"jalan lain kali elok-elok" dia membetulkan posisi kami semula.
"Kau okey tak?" Aku mengangguk. Langkah aku orak dengan payah.Pergelangan kaki aku ferasa sakit. Rasa mencucuk. Dah kenapa pulak kaki ni. Berkerut dahi aku menahan sakit.
"Kalau tak okey cakap tak okey" Namjoon menarik tubuh aku dekat dengannya dan terus dia mencempung tubuh aku sehingga sampai ke tingkat atas.
Dia meletakkan aku di sofa yang berada di ruangan atas.
"Aku pergi panggil ibu.. kau duduk sini" aku mengangguk faham. Terus dia beredar meninggalkan aku. Aku menggoyang kan kaki aku untuk menghilangkan rasa sakit.
Tangan aku menekan nekan bahagian yang terasa sakit. Bibir aku gigit perlahan. Ya tuhan sakitnya kaki ni. Terseliuh kah?
"Jung mari turun makan" aku mengangkat wajah aku. Wajah polos ibu menyapa pandangan aku. Senyuman daripada wanita separuh umur itu membuatkan aku mengangguk.
"Ibu turun dulu.. nanti Joon bawa Jung turun" Namjoon muncul dibelakang ibunya. Bahu ibu dipeluknya erat. Ibu mengangguk.
Namjoon mencempung tubuh aku kembali. Aku memeluk erat lehernya. Takut jika aku akan terjatuh. Namjoon membawa aku turun daripada tangga. Mata aku memandangnya. Dengan rambutnyang disisir rapi. Mata yang menawan serta terdapat lesung pipit jika dia tersenyum. Itu membuatkan aku tertarik. Cukup tertarik sehingga mampu membuatkan jantung aku berdegup kencang. Bau maskulin yang dipakai olehnya membuatkan hati aku makin tak keruan.
"Allahu.. sweetnya.. tercemar mata" sindiran daripada seseorang membuatkan aku terkejut. Terus hilang segala lamunan aku. Berkerut dahi aku. Ini bukan suara kak Mirae. Bukan juga suara ibu. Takkan ayah Namjoon sudah pulang. Tapi suara ini, aku pernah dengarnya sebelum ini.
Aku yakin dengan apa yang aku dengar.
"Bila kau balik?" Kali ini suara Namjoon menyapa telinga.
"Baru" suara itu bersuara lagi. Aku memandang pemilik suara itu. Jantung aku tadinya yang laju berdegup kini terhenti. Tubir mata aku hampir berair. Serious aku kata aku rindukan dia.
Haa sudah.. siapa tuh?!!! Haha nak tau tunggu next chapter keh.. 😉😉
YOU ARE READING
[C] SINGULARITY [K.N.J]
Fanfictionmereka berkahwin bukannya atas keterpaksaan.. contract ataupun cinta.. rasa kasihan daripada si lelaki membuatkan mereka bersama.. berusaha menjalinkan rasa cinta.. namun berjayakah mereka.. suatu kelainan dalam cinta buat kim namjoon dan juga lee...