Day

92 20 8
                                    

Aku membersihkan rumah seperti biasa. Keadaan di sekeliling rumah aku pandang lama. Teringat semua ayat yang Namjoon katakan semalam. Aku tahu dia sedih. Aku tahu.

Dia bencikan aku. Terlalu membenci dan disebabkan itu juga dia menjadi punca kenapa aku disumbat ke dalam penjara beberapa tahun lepas.Keluhan berat aku lepaskan.

Dengan lambat aku melangkah ke dapur. Jam di dinding aku pandang lama. Kalau ikutkan waktu biasa Namjoon akan balik sekejap lagi.

Aku mengeluarkan daging daripada peti ais. Terus aku potong  menjadi kepingan kecil dan aku potong barangan yang lain pula. Otak sudah ligat mengatur resipi lauk harini.

Aku tersenyum puas. Hidangan daging masak merah di hadapan aku membuatkan aku tersenyum. Terus aku menyediakan pinggan dan cawan di atas meja.

Aku menunggu. Jam di dinding aku pandang sekali lagi. Kejap lagi Namjoon akan balik. Fikiran aku yang berserabut memikirkan tentang masalah aku terus hilang. Tak sabar nak tengok muka si suami tersenyum bangga dan memuji masakan aku.

3 jam sudah berlalu dan aku masih menunggu di meja makan. Lambatnya. Takkan dia tak balik. Aku mengeluh. Terus tudung saji aku ambik dan aku menutup makanan yang siap terhidang tadi.

Aku menuju ke halaman rumah. Terus aku melabuhkan punggung pada kerusi yang terdapat di situ. Mata aku pejam erat. Kepala mula  terasa pening dan pandangan aku berbalam-balam.

Tekak terasa loya. Terus aku bangun daripada duduk dan aku menuju ke sinki secepat mungkin.Semua isi perut aku muntahkan ke luar. Mata aku melirik memandang cermin. Aku menguntum senyuman walaupun kedua-dua bibir aku sudahpun pucat.

"Kau kenapa?" Suara garau seseorang dibelakang aku membuatkan aku tersentak. Terus aku menoleh. Memandang ke belakang. Mata aku bertentang dengan mata hazel milik Namjoon.

"Tak.. jangan risau.. saya okey" aku menguntum senyuman kelat.Namjoon menjeling aku. Beg kerjanya di lemparkan tepat ke lantai. Aku menahan seribu rasa. Terus aku mengambil beg tersebut.

"Aku tak risau.. cuma tanya.. tak nak lah kau mati dalam rumah aku" kata-kata Namjoon menusuk jauh ke dalam hati. Aku diamkan diri.

"Jom makan" aku mengajaknya lembut. Tangannya cuba aku capai namun laju sahaja dia menepis. Dia memberikan pandangan tajam.

"Aku balik bukan nak makan.. cuma nak tengok kau.. mana tau da mati pulak" terus dia merampas kembali beg kerjanya dari tangan aku. Dia berlalu pergi. Pintu rumah dihempasnya kuat membuatkan bahu aku terhincut.

Air mata yang kian memenuhi tubir mata aku tahan. Plaster di dahi aku buka dan darah tidak henti daripada mengalir lagi. Namjoon. Saya harap awak cepat terubat. Aku memaksa dua ulas bibir aku senyum. Air mata menitik jatuh ke pipi sendiri sebelum aku menangis teresak-esak keseorangan.

Namjoon pov..
Aku memasuki pejabat semula. Gigi aku ketap geram dan terus aku sepahkan kertas di atas meja aku. Aku marah.Api kemarahan aku membara setiap kali aku melihat wajah pembunuh yang berada di rumah aku. Ikutkan hati nak je aku halau keluar.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Peristiwa di mana aku lihat Seojung tadi membuatkan aku keliru untuk seketika. Hati dihambat sedikit kerisauan. Dia kenapa? Soalan itu berlegar di dalam fikiran. Namun disebabkan ego mulut lantas menghambat kata-kata yang mampu melukakan hati kecil dia.

Aku meramas rambut kasar. Serabut dengan perkara yang difikir. Pintu pejabat aku diketuk seseorang. Aku mendiamkan diri dan selantas itu terus satu figura menjamah pandangan aku.

"Ni bilik ke loji buang sampah?" Jungkook menyoal. Terus kertas yang bertaburan di atas lantai diambik satu persatu dan diletakkan di atas meja kerja aku.

"Bila kau balik?" Aku menyoal Jungkook yang duduk di kerusi berhadapan aku. Jungkook memandang aku.

"Dua hari lepas" aku mengangguk faham. Kepala aku labuhkan di atas timbunan kertas di atas meja.

"Dah kenapa?" Dia menyoal aku. Satu keluhan berat aku lepaskan. Terus aku menongkat dagu memandang tepat ke Jungkook yang setia menanti jawapan.

"Seojung.. aku dapat tahu yang dia adik Seolmi.. kau tau kan aku benci adik Seolmi macam mana" Jungkook mengangguk.

"Tapi takkanlah sebab peristiwa lama hyung nak ungkit balik.. Hyung kalau dia adik Seolmi sekalipun apa salahnya.. hyung sendiri tau kan Seolmi mati sebab lindungi adik dia.. now tanggungjawab dekat hyung sebab hyung suami dia.. memanglah sedih hilang first love.. tapi hyung kena cuba terima hakikat.." aku hadam satu persatu ayat Jungkook. Wajah Seolmi terbayang di mata aku. Seketika sebelum wajah Seojung menerpa. Aku mengetuk meja geram.

"Aku benci dia" ayat itu terpacul keluar dengan sendiri. Terus hilang perasaan cinta yang makin mekar di hati ditukar pula dengan perasaan membenci.

Jungkook memandang aku. Terus dia bangun daripada duduknya.

"Mungkin kook tak patut jumpa hyung sekarang.. kook pergi dulu.. oh.. by the way.. syarikat kook ada buat jamuan esok.. kook harap hyung datang.. bawak Seojung" Jungkook terus berlalu pergi. Pandangan aku halakan ke luar tingkap kembali.

Aku menyembamkan muka di atas meja. Fikiran aku buntu. Otak aku penuh dengan masalah. Aku memejam mata erat. Aku tak nak diganggu.

Seojung pov..
Aku bangun daripada tidur. Rumah aku kemas seperti biasa. Figura Namjoon aku cari di sekeliling rumah tapi tiada. Dia tak balik ke semalam. Berkerut dahi aku dibuatnya. Semalaman aku tunggu dia di sofa sampai aku tertidur.

Jam di dinding aku pandang lama. Masih awal jika aku nak kata Namjoo  dah pergi kerja, jadi kemungkinan besar dia tak balik semalam. Aku menghampiri meja makan.

Lauk semalam terus aku humban masuk ke dalam tong sampah. Baik tak payah masak kalau tak berusik langsung. Aku mengeluarkan bahan mentah dari peti ais. Seperti biasa hidangan aku sediakan buat suami tercinta dengan harapan dia akan menikmatinya.

Selepas itu terus aku menuju ke halaman rumah bagi menikmati udara segar. Tangan aku terasa nyeri. Aku mengetap bibir aku menahan kesakitan. Mata aku pejam erat. Rasa nyeri tadi terus hilang. Apa yang tak kena dengan diri aku ni.

Aku masuk kembali ke dalam rumah. Terus mata menangkap figyra sang suami yang leka bermain dengan telefon bimbitnya. Dia menjeling aku sekilas sebelum dia tertumpu pada telefon bimbitnya kembali.

"Selamat pulang" aku menyapanya namun tidak dihiraukan. Namjoon tolonglah jangan macamni.

"Sejuk sejuk duduk luar.. baguslah.. biar mampos awal.. tu hidung keluar darah asal? Nak mati dah ke" satu das ayat pedas dihadiahkan kepada aku membuatkan aku tersentak. Terus aku berlari ke tandas dan mencuci darah yang keluar dari hidung aku.

"Malamni siap.. ikut aku pergi majlis.. jangan malukan aku pulak.. tapi kalau kau tak ikut lagi bagus.. aku pon menyampah tengok kau" sekali lagi aku terima ayat berbisa dari dia. Aku diamkan diri. Selepas dia pergi air mata mengalir kembali di pipi. Aku perlu kuat.

[C] SINGULARITY [K.N.J] Where stories live. Discover now