Bab 10

32K 885 57
                                    


Prrang!

"Ya Allah.."

Hanis tidak sengaja memecahkan pinggan di dapur pagi itu. Dia mahu mencedok telur dadar yang digorengnya ke dalam pinggan tapi kerana cuainya,Hanis terlepas pinggan itu dari tangannya.

"Mak Munah! Apa yang pecah tu?" Datin Yasmin menjerit dari arah ruang tamu.

Mak Munah di sebelah Hanis hanya menggaru kepala. Dia seperti tahu apa yang bakal terjadi sebentar nanti.

Datin Yasmin mengatur langkah ke dapur untuk melihat apa yang terjadi. Mencerlung dia memandang pinggan kesayangannya pecah berderai di lantai dapur.

"Apa yang Mak Munah buat ni ha!? Ni pinggan kesayangan saya kan!?" Datin Yasmin menengking Mak Munah. Datin Yasmin ni tidak menghormati orang yang lebih tua,tapi dengan Dato Jalal bukan main lagi takut.

Mak Munah sudah menikus. Hanis menggeleng,Mak Munah tidak harus dipersalahkan.

"Datin, ni semua salah saya. Saya yang tak sengaja pecahkan pinggan tu. Maafkan saya ya Datin,saya cuai." Hanis merayu meminta maaf dengan tapak tangannya dicantumkan lalu ditekapkan ke muka beberapa kali.

"Oh jadi kaulah yang pecah pinggan aku tu? Kau tahu tak betapa mahalnya pinggan tu? Aku beli bukan kat Malaysia tau, tu..dekat Italy aku beli semua pinggan pinggan ni!! Dan kau senang senang pecahkan pinggan aku lepastu merayu minta maaf!" Marah Datin Yasmin. Dia menghampiri lalu menarik tudung Hanis lalu mendongakkan kepalanya memandang Datin Yasmin.

"Sekarang ni kau cakap dengan aku. Siapa yang nak ganti pinggan aku? Cakap!!"

Mak Munah sangat kasihan melihat Hanis dilayan kasar oleh mak mertuannya sendiri. Tapi dia tak mampu nak bantu apa apa.

"Saya ga-- ganti,Datin.." ucap Hanis dalam kesakitan di kepalanya. Datin Yasmin menarik kuat sangat rambutnya yang dilitupi tudung.

"Kau nak ganti!? Mampu ke? Eee kau nikan memang cari nahas betullah." Datin Yasmin mengambil serpihan pinggan kaca yang pecah tadi lalu dia menoreh tangan Hanis sedikit.

Hanis merintih kesakitan. Dia melihat darah menitik dari tangannya. Ya Allah,bantulah hambamu ini...

"Puas hati aku!!"

Mak Munah tidak tahan melihat Hanis dalam keadaan begitu,dia terus menunduk untuk menolong Hanis.

"Tolong Mak Munah. Sakit.." perlahan sahaja suaranya ketika itu.

Sebelum Datin Yasmin beredar,dia sempat memberi ugutan.

"Kalau kau cuba berani mengadu kat along dengan suami aku, nahas kau aku kerjakan lagi teruk."

Mak Munah yang melihat Datin Yasmin sudah keluar dari dapur terus membawa Hanis ke dalam tandas bagi mencuci luka torehan di tangan Hanis.

"Sabar ya nak..Mak Munah tahu Hanis kuat." Pesan Mak Munah setelah selesai membasuh luka Hanis dengan dettol.

***

Mata digenyeh beberapa kali selepas bangun dari tidur. Firdaus membuka matanya perlahan lahan dan melihat ke luar tingkap kondo itu. Cuaca dah cerah dan jam menunjukkan pukul 8.15 pagi.

Dia menoleh ke sebelahnya di mana Zara sedang nyenyak tidur. Zara yang tanpa seurat benang hanya ditutupi dengan selimut tebal.

Firdaus tersenyum sambil mengelus perlahan pipi mulus Zara.

"Last night was great."

Ini kali pertama dia tidur bersama Zara selepas masalah yang satu itu selesai. Dia tahu berzina itu haram,tapi dia tetap lakukannya juga kerana nafsu.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now