Bab 38

21.9K 653 32
                                    

Sudah 2 hari Huzair berada di hospital selepas sedar dari koma, esok baru Doktor benarkan pulang kalau tiada apa apa masalah.

Huzair tidak sabar untuk pulang ke rumah berjumpa dengan isterinya. Tidak percaya dia dengan apa yang diperkatakan Datin Yasmin tentang Hanis.

Tak mungkin lah Hanis tidak mempedulikan dia yang sedang sakit di hospital, koma pulak tu.

Entah kenapa dia macam merasakan Hanis pernah berbisik padanya sesuatu ketika dia koma. Telinganya seperti mendengar Hanis datang memeluknya dan mengatakan soal cinta.

Tapi dia tak pasti itu mimpi atau realiti.

Kedengaran pintu diketuk dari luar, Huzair menoleh memandang Datin Yasmin yang membuka pintu sambil tersenyum padanya.

"Mama..boleh tak along nak minta sesuatu." Huzair bangun dari sandarnya walaupun agak sakit.

"Minta apa tu sayang.", Datin Yasmin duduk di kerusi bersebelahan dengan katil.

"Err, along nak call Hanis kejap. Guna telefon mama boleh? Telefon along dah rosak dah haritu.", Pinta Huzair membuatkan air muka Datin Yasmin sedikit berubah. Tapi cepat dikawalnya.

"Kan mama dah kata haritu, dia taknak cakap dengan mama. Dengar suara mama pun dia dah tengking bagai. Takkanlah mama nak call dia untuk along?",

Huzair menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia berdecit perlahan.

"Please ma.."

Datin Yasmin mengeluh perlahan. Terpaksalah dia mengeluarkan telefonnya dari bag tangan.

Tiba tiba dia merencana idea. Dia pura pura mendail nombor Hanis, pura pura dia melekapkan telefon pada telinganya.

"Hello Hanis.." sapanya setelah beberapa lama senyap.

"Mama nak cakap ni, Huzair dah sedar..Hanis datanglah sini jumpa dengan dia."

Datin Yasmin mengerutkan dahinya.

"Hanis, kenapa marah marah mama ni? Huzair nak sangat jumpa Hanis,nak. Kesianlah dekat dia."

Huzair hanya mendiamkan diri memandang mamanya itu.

"Hanis..janganlah macam ni. Marilah datang si.."

Datin Yasmin terdiam.

"Hello..Hanis?"

Dia melihat skrin telefonnya. "La dah tutup?"

Datin Yasmin memandang Huzair. Dia mengangkat keningnya.

"See? Mama dah kata Hanis taknak bercakap dengan mama. Dengar nama along pun dia dah tengking tengking tadi tahu tak? Sakit telinga mama.", Ujar Datin Yasmin.

Dia menjeling Huzair yang sudah menyandarkan kepalanya kembali.

Huzair diam merenung dinding kosong di hadapannya. Kenapa dengan Hanis tu? Kenapa sikapnya berubah?

Datin Yasmin menyentuh tangan Huzair di katil.

"Takpelah. Esok kan along dah boleh balik? Nanti kita pergilah rumah along, Hanis mesti ada kat sana. Mana tahu dalam diam sebenarnya dia tunggu along balik?", Datin Yasmin cuba menyedapkan hati anaknya itu.

Dalam diam rupanya dia sudah mempunyai rancangan jahat bersama Rasya untuk mengenakan Hanis.

Dia menyimpan senyuman jahatnya di dalam hati.

***

Bagasi rodanya ditarik seiring dengan langkahnya. Dia melihat sekeliling, dah lama dia tak jejak ke tanah air tercinta ini.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now