Bab 25

22.3K 628 24
                                    

Terdengar dengar sayup suara azan maghrib berkumandang. Mata dibuka perlahan lahan. Perkara pertama yang dia nampak adalah siling dinding atas.

Matanya dikerdip kerdipkan. Dia cuba bangun tapi kakinya terasa sakit.

"Aduh."

Derapan kaki daripada bilik air membuatkan Hanis menoleh. Terjengul kepala Huzair yang sedang menggosok gigi.

Hanis terkebil kebil memandang Huzair. Huzair pula menghabiskan menggosok giginya lalu datang menghampiri Hanis.

"Sayang ok? Ada rasa sakit kepala tak?", Soal Huzair. Dia mengusap perlahan kepala Hanis.

Hanis menggeleng. Cuma dia rasa sakit di bahagian kaki je. Dia memandang kakinya yang berbalut.

"Nasib baik sayang terseliuh je. Kalau patah lagi teruk. Macam manalah sayang boleh jatuh ni.", Ujar Huzair.

Sewaktu dia keluar daripada tandas petang tadi, dia melihat Hanis tiada di luar. Dia mencari cari dan terkejut melihat Hanis sudah terbaring di bawah tangga dan dikerumuni ramai orang.

Hanis berfikir sejenak. Setahu dia, dia sudah bergerak ketepi dah waktu tu. Ruang yang cukup untuk orang ramai yang berlari tadi untuk turun. Dia juga ada merasakan seseorang menolaknya daripada belakang.

"Hmm, tak tahulah. Hanis rasa macam ada orang tolak Hanis daripada belakang. Mungkin orang orang yang berlari turun kot tertolak hanis.", Ujar Hanis. Dia merenung sahaja kakinya yang berbalut.

"Haih diaorang ni. Nak turun pun kena tolak tolak ke? Tak pasal pasal isteri orang lain jatuh.", Bebel Huzair.

Dia menongkat dagu melihat Hanis. Plan malam ini ditukar ke malam esok. Esok sudah malam terakhir mereka berada di Bali.

Tongkat ketiak pun sudah dibelinya tadi untuk kegunaan Hanis. Buat masa sekarang, Hanis tidak dapat berjalan seperti biasa lagi kerana kakinya terseliuh.

Lengan Huzair yang di landingkan atas katil dipaut Hanis. Mode manja sudah aktif.

"Abang, esok tak dapat jalan jalan.", Rungut Hanis. Bukan senang nak datang sini.

"Alololo. Hanis tinggallah hotel sorang sorang. Abang nak pergi jalan jalan.", Usik Huzair. Sengih dia melihat muncung Hanis.

"Abang ni jahatlah. Hanis nak ikut jugak, mana boleh tinggalkan isteri sorang sorang kat sini.", Ujar Hanis. Dia cuba menggerakkan ibu jari kakinya dan dia menyesal. Sakit wo!

"Ye la ye la. Esok kita honeymoon dekat sini je eh? Lagi sweet.", Ujar Huzair.

Hanis tersenyum simpul. Huzair pandai mengambil hatinya. Beruntung dia bersuamikan Huzair tanpa sengaja.

"Okay la. Jom kita solat maghrib jemaah. Abang tolong Hanis ambil wudhu.", Kata Huzair. Dia membantu Hanis bangun.

***

Tiara tersenyum lebar. Puas dia melihat perempuan itu jatuh tadi. Memang dia sengaja menolak Hanis sewaktu ramai orang berpusu pusu untuk turun tangga tadi.

Peluang keemasan takkanlah dia mahu tolak kan?

Huzair, Huzair. Aku dah kata, kau tak boleh senang senang dengan perempuan tu. Kalau aku nak bunuh dia pun aku bolehlah, tunggu masa je.

***

Televisyen di depannya itu ditonton sambil mulutnya mengunyah perlahan snek yang dibeli Huzair tengah hari tadi.

Sesekali dia melihat pemandangan luar. Sedihnya dia tak dapat pergi jalan jalan makan angin hari ini.

"Dahlah hari ni last ada kat sini. Haih, rasa macam nak pindah je duduk kat sini.", Bisik Hanis.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now