Bab 51

32.6K 811 23
                                    

Laju kereta memecut di atas jalan raya, Huzair menahan marah di dalam hati, giginya diketap kuat. Apa yang dia sudah buat ni? Dia tidak mempercayai isteri sendiri!

Dia membelok di jalan persimpangan, dia tidak boleh menahan marah, dia terlampau terkejut dengan apa yang dia baru tahu tadi.

Ligat tangan pak Aziz meneka nekan tetikus itu, dia berusaha mencari rakaman lepas yang diminta Huzair. Tak tahulah apa yang nak ditahunya.

"Ada ke pak Aziz?", Soal Huzair.

"Belum jumpa lagi, lama sikit ni pak Aziz nak cari. Kamu sabar kejap.", Huzair mengambil tempat di kerusi plastik yang berhampiran. Nafasnya dihembuskan perlahan. Minda dah kepalanya sudah berfikir bukan bukan, takut dia kalau sesuatu yang di luar sangkaannya berlaku hari itu.

"Ha Huzair.. ni ha, Pak Aziz dah jumpa. Kejap ya Pak Aziz buka.", Huzair terus bangun menghampiri lelaki tua itu. Komputer di depannya dilihatnya.

Rakaman dimainkan, Huzair hanya diam matanya fokus pada skrin komputer itu. Dia hanya melihat orang lalu lalang, penduduk di situ naik turun lif. Tak nampak pula Hanis ada turun.

Tidak lama kemudian, tiba satu minit yang menunjukkan Hanis melangkah keluar dari lif sambil di tangannya memegang plastik sampah. Huzair semakin penasaran ingin mengetahui apa yang terjadi.

Hanis kembali semula ke lif selepas dia terlepas dari rakaman itu sewaktu dia hendak membuang sampah, tiba tiba muncul dua orang dari belakang menekup mulut Hanis dengan kain. Terbuntang biji mata Huzair. Jantungnya bagai hendak luruh, perasaan kesal mula menyelinap di seluruh hatinya. Dia merapatkan diri lagi untuk mengenal pasti dua individu tersebut.

Rasya? Lelaki tu.. ya aku ingat! Dia lah yang aku nampak tidur sekatil dengan Hanis!

Ternganga Huzair melihat semua itu, sukar dia mempercayainya. Terasa lututnya lemah. Rasya sanggup buat semua ni pada dia!

"Eh Huzair.. isteri kamu tu nampak macam kena culik tu. Betul ke dia okay ni?", Soal Pak Aziz, terkejut juga dia melihat kejadian itu.

Tangan 'buku limanya' digenggam erat, dapat dilihat mukanya yang merah menahan marah. Dia kemudian terus laju melangkah meninggalkan Pak Aziz bersendirian di dalam ruangan itu.

Tergaru garu kepala Pak Aziz, dia pun pening, risau pun ada. Yelah, dia sebagai pengawal keselamatan perlu mengawasi betul betul kawasan situ. Tak sangka pula berlaku perkara macam tu.

"Tak guna!!", Huzair menghentak kuat stereng keretanya. Nafasnya naik turun, rahangnya diketap. Fikirannya habis berkecamuk!

Sesampai sahaja dia ke hadapan rumah keluarganya terus mengeluarkan diri dari perut kereta, laju langkahnya ke pintu masuk. Pintu kereta hanya dibiarkan terbuka, apa apa nak jadi jadilah!

BAM!!

Datin Yasmin yang sedang menonton tv itu terkejut dengan bunyi hempasan pintu yang kuat itu, pantas dia menoleh ke arah Huzair yang baru masuk. Huzair terus melulu ke arah Datin Yasmin dengan muka yang tidak boleh ditafsirkan.

"Mana Rasya?", Soal Huzair, dingin.

Datin Yasmin pelik melihat riak marah anaknya, dia terus bangun dari sofa.

"Kenapa ni along? Marah marah semua ni kena..."

"Mana Rasya!?", Jerit Huzair. Dia tidak kisah meninggikan suara pada wanita itu, hatinya yang panas sudah mengawal emosinya.

Datin Yasmin terkesima, Huzair tak pernah tinggi suara padanya. Apa yang terjadi ni?

"Along.. kenapa ni?", Huzair menoleh ke arah Rasya yang sedang menolak roda kerusi rodanya keluar dari biliknya. Rasya hairan bunyi bising bising di luar, dia baru saja lepas sembahyang Asar, telekung pun tak buka lagi.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now