Bab 65

35.3K 788 27
                                    

Laju Hanis berlari selepas jururawat memberitahu keberadaan Huzair. Matanya sudah merah akibat menangis di dalam kereta tadi. Sampai sahaja di wad kecemasan, dia terus menolak pintu tapi dihalang oleh jururawat yang baru keluar dari wad tersebut.

"Puan tak boleh masuk. Doktor masih sedang memeriksa pesakit. Puan tunggu di luar sebentar ya?", Ujar jururawat tersebut.

Hanis hanya menurut, dia hanya memandang Huzair yang terbaring tapi dihalang tubuh doktor yang berdiri di sebelah Huzair.

"Mari duduk, Hanis.", Dahlia menarik perlahan bahu Hanis agar duduk di kerusi yang disediakan.

Lemah Hanis pada saat itu, tidak tahu lagi apa yang hendak dilakukan. Air matanya yang sudah mengering di pipi mengalir lagi apabila Hanis kembali teresak esak.

"Shh.. shh", Dahlia membawa kepala Hanis ke bahunya. Membelai perlahan kepala Hanis yang tersarung tudung itu.

"Dahlah Hanis. Jangan lah menangis lagi.", Pujuk Dahlia. Puan Rozi si sebelah hanya memandang kasihan pada anaknya itu.

"Sebesar ini dugaan yang Allah kasi pada Hanis. Hanis tak sanggup, kak. Kenapa mesti Hanis yang menerima semua ni?", Rungut Hanis.

"Tak baik cakap macam tu. Hanis bercakap seolah olah Hanis menyalahkan takdir. Berdosa tau.", Lembut suara Dahlia memujuk.

"Allah takkan bagi dugaan kalau hambaNya tak mampu hadapinya. Kak Lia tahu Hanis ni seorang wanita yang tabah. Hamba Allah yang kental menghadapi ujian Allah.", Hanis masih lagi mendengar. Tangisannya sudah berhenti, yang tinggal cuma bunyi sok sek menarik hingus.

"Hanis janganlah bersedih. Hanis kena kuat, Huzair mesti perlukan sokongan isteri dia. Hanis tak boleh lemah macam ni. Nanti Huzair lagi sedih.", Sambungnya lagi.

"Hanis tak kuat..", ujarnya perlahan dengan suaranya yang serak basah.

"Hanis kuat! Kak Lia tahu. Sudah.. lap air mata tu. Banyakkan berzikir, ingat Allah. Jangan berhenti berdoa, minta Allah permudahkan segalanya.", Kata Dahlia sambil tangannya menepuk perlahan bahu Hanis.

Hanis hanya mengangguk perlahan. Matanya dikerling ke arah pintu wad yang masih tertutup lagi.

"Abang pergi mana?", Tanya Puan Rozi kepada Encik Samad yang baru sampai itu.

"Abang pergi call Firdaus, maklumkan tentang Huzair. Nanti dia bagitahu lah keluarga Huzair sana", Puan Rozi mengangguk mengerti.

Tangan Hanis yang digenggamnya diurut perlahan untuk menenangkan anaknya itu.

***

Waktu Asar menjelang, selepas Hanis selesai menunaikan solat asar, Encik Samad dan yang lain berkira kira hendak menunaikan solat fardhu asar di surau juga. Tapi mereka terhenti apabila Hanis menahan mereka.

"Abah dengan yang lain pergilah balik dulu. Takpe, Hanis boleh duduk sini tunggu abang.", Ujar Hanis.

"Apa pulak, sama sama la kita tunggu. Takkan la kami nak tinggalkan Hanis kat sini?", Puan Rozi memandang anaknya itu.

"Kesianlah dekat abang Luq dengan kak Lia. Diaorang mesti penat tu. Lagi lagi kak Lia, dah lah tengah mengandung. Umi bawak jelah diaorang balik dulu, bersihkan diri, rehat. Malam nanti kalau nak datang sini lagi pun takpe.", Hanis kasihan dengan Dahlia yang tengah sarat mengandung, dia mesti perlukan rehat juga.

Puan Rozi mendiamkan diri, pandangannya dikalihkan ke arah Encik Samad dan yang lain.

"Kita balik dululah Rozi. Malam nanti kita datang sini balik.", Ujar Encik Samad. Puan Rozi akhirnya menurut. Rasa bersalah pun ada hendak meninggalkan Hanis seorang di sini.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now