Bab 37

20.6K 625 30
                                    

2 bulan kemudian..

"Dah dua bulan along tak bangun, mama. Bila along nak bangun?", Soal Rasya. Dia merenung abangnya yang terbaring di katil.

Luka luka kecil di wajahnya sudah pulih. Tinggal Huzair saja yang masih belum membuka matanya.

"Tak tahulah Sya. Penat juga mama tunggu, tak bangun bangun lagi anak bertuah mama ni.", Dia mengusap perlahan tangan anaknya itu.

"Perempuan tu pun dah lama tak datang sini. Entah apalah dibuat kat rumah along tu.", Soal Rasya.

"Haih, goyang kaki jelah dapat duduk rumah mewah. Mama memang dah larang dia siap siap. Berani lah dia datang sini jumpa along kamu, Mama pijak muka dia nanti."

Rasya mengangguk. Dia tiba tiba teringatkan sesuatu.

"Mama, pasal plan kita tu macam mana ma? Jadi ke?", Datin menepuk tangan anak gadisnya itu.

"Janganlah cakap pasal tu kat sini, kalau along kamu dengar macam mana?", Kata Datin Yasmin.

Rasya menutup mulutnya, terlupa pula dia. Orang kata, orang yang koma ni sebenarnya telinganya boleh dengar. Cuma dia tak sedar.

Datin Yasmin tersenyum sinis. Rancangan jahat itu akan berjalan selepas Huzair membuka matanya.

***

Pintu rumah direnungnya, setiap hari dia akan duduk di sofa sambil melihat pintu rumahnya.

Dia menunggu keajaiban yang berlaku di mana Huzair pulang ke rumah. Tapi setiap hari juga dia berasa hampa. Itu tanda yang Huzair masih tidak sedarkan diri.

Kalendar di sebelah tv dilihatnya pula. Perlahan lahan dia tersenyum, air matanya menitik juga pada masa yang sama.

Hari ini hari lahirnya, dia menyambut sendiri tanpa sesiapa di sisinya bahkan suaminya.

Kepala disandarkan ke kusyen sofa itu sambil melihat dinding atas.

"Birthday sayang nanti, abang nak buat candle light dinner yang tak jadi haritu. Lepastu abang nak belikan sayang teddy bear besar besar bagi sayang peluk."

"Alaa abang. Dah tak surprise dah, kenapalah abang bagitahu."

"Alamak, terlepaslah. Abang teruja sangat."

Hanis tergelak perlahan. Perbualannya bersama Huzair bermain di kepala.

Niat Huzair hanya tinggal niat. Tak mungkin dia dapat menunaikan hasratnya untuk menyambut hari lahir Hanis sedangkan dia masih lagi terbaring tidak sedarkan diri.

Telefon berdering diangkatnya.

"Happy birthday anak umi. Semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki, umi harap Hanis akan sentiasa cekal dan tabah menghadapi ujian Allah. Umi doakan juga supaya Hanis dikurniakan kebahagiaan yang kekal di dunia mahupun di akhirat." Tersenyum dia mendengar ucapan Puan Rozi.

"Amin ya rabbal alamin. Terima kasih umi, terharu Hanis dengar.", Katanya.

"Hanis taknak keluar celebrate birthday Hanis ke? Umi dengan abah boleh teman. Kita sambut sama sama.",

Hanis mengeluh. Dia tak ada rasa mahu keluar.

"Hmm tak apalah umi. Hanis sambut sendiri je, lagipun Hanis malas nak keluar.", Ujar Hanis.

Kedengaran Puan Rozi mengeluh berat.

"Hanis betul okay ni sayang?" Soal Puan Rozi dengan prihatin.

"Hanis okay je umi. Umi janganlah risau."

"Hanis marilah duduk dengan umi buat sementara. Kalau Huzair dah sedar, dah boleh balik, barulah Hanis balik ke situ semula.", Dia risau kalau anaknya menghadapi gangguan emosi dalam diam.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now