Bab 15

29.4K 924 95
                                    

   "What!? Kau nak balik Malaysia? Kenapa tiba tiba ni? Habistu kerja kau kat sini macam mana? Tinggal macam tu je?", Kalut sungguh Rita bertanya membuatkan Tiara naik menyampah. Asyik asyik kerja, dia pun mahu juga beristirahat seketika.

Tiara mengeluh. "Kau ni pun. Kalau ya pun tak payah la nak kecoh sangat." Ujar Tiara yang menapak ke arah sofa. Dia mencapai remote tv lalu menekan butang on. Tv terpasang.

Rita membuat muka lalu duduk di sebelah Tiara. " Hello..kau ingat aku saja saja ke nak tanya?", Rita mencuit bahu Tiara yang terdedah. Tiara berdecit.

"Aku balik Malaysia sekejap je. Dalam dua tiga minggu macam tu. Lepas tu aku balik la sini."

"Kerja kau macam mana?", Soal Rita dengan dahi berkerut. Dia bukan apa, yang kena dengan bos mereka nanti dia jugak.

"Kerja kerja tu semua tangguh la dulu cik Rita. Model macam aku perlukan rehat jugak. Bukannya 24 jam buat kerja tanpa henti.", Jawab Tiara dengan malas.

Rita diam seketika dan mengalihkan pandangan ke arah tv. Tidak lama Kemudian perlahan lahan dia menoleh ke arah Tiara dengan muka curiga.

Tiara memandang Rita melalui ekor mata. Dia menelan air liurnya.

"Ke sebenarnya kau ada agenda lain ni? Bagitahu aku sekarang Tiara.", Rita mencucuk pipi gebu Tiara dengan muka curiganya itu.

Tiara menepis. "Kau ni sibuk jelah.", Tiara bangun lalu masuk ke dalam bilik. Rita hanya memandang. Sah! Ada la benda yang disorokkan oleh dia.

***

Huzair turun dari biliknya sambil membutang lengan bajunya. Dia mengenakan kemeja bewarna biru cair dan seluar slack hitam.

"Hanis, mana tali leher abang yang warna hitam tu? Abang nak...", Kata kata dia terhenti apabila melihat wajah ibu dan adiknya di sofa.

"Hai along. Lama tak jumpa.", Tegur Rasya mesra. Dia tahu, Huzair masih marahkan dia tentang hal perempuan tu.

Huzair tersenyum hambar melihat kedatangan mereka berdua. Dia kemudian menyalami tangan ibunya. Sempat matanya mencari isterinya.

"Mana Hanis?",

Datin Yasmin menjulingkan matanya ke atas. Tak habis habis. "Ada ha Kat dapur tu. Eh dahlah, ni mama nak cakap ni. Kamu betul ke nak tinggal sini? Dah tak nak tinggal dengan mama dah ke?", Ujar Datin Yasmin dengan menjual muka kasihannya. Dia tidak mahu anaknya tinggal berasingan dengannya. Terutamanya Hanis. Dia harus memisahkan mereka secepat mungkin. Tak ingin dia ingin bermenantukan perempuan murahan.

Huzair mengeluh. "Ma..along dah tinggal sini dengan Hanis dah seminggu dah. Dah tak ada benda lagi nak dibincangkan. Memang keputusan along tetap sama. Along akan tinggal di sini bersama isteri along.", Kata Huzair,tegas. Dia sudah bosan dengan karenah mamanya. Selalu paksa paksa itu ini.

Rasya merengus.

"Along ni kan. Tak kesian ke dengan mama? Mama yang penat penat lahirkan along, along boleh pulak lebih lebihkan perempuan tu.", Ujar Rasya sambil tangannya ligat menggilat kukunya. Dia memang seorang yang mementingkan kecantikan. Lihat sajalah penampilan dirinya. Sangat menarik.

"Jangan nak menyibuk Rasya.", Jeling Huzair kepada Rasya. Sejak kes hari tu, dia jadi menyampah dengan adiknya itu.

Rasya berhenti menggilat kuku dan menoleh ke arah Huzair.

"Hello. Along suruh Sya tak menyibuk? Mestilah Sya menyibuk. Because she is my mother. You? Ada ke along nak kesiankan mama? Sibuk dok backup isteri kesayangan along tu daripada mama.", Laju Rasya berkata mempertahankan dirinya yang kononnya berada di pihak yang benar.

Rahsia Takdir Antara Kita Where stories live. Discover now