AM 2

134 20 10
                                    

Thanks a lot of _Afiys because make Ariana Melyssa Cover Books💕

*******
Erin POV

Kring!

Aku terus bangun apabila terdengar jam loceng hadiah pemberian terakhir dari ayah angkatku berbunyi.

Aku turun ke bawah untuk mandi, solat subuh dan siapkan makanan bagi Isha dan Puan Zaidah.

-------

Skip---

Selepas aku solat subuh dan berperang di dapur ,

Aku terus memanggil Puan Zaidah dan Isha.

"Puan, Cik Isha.. Makanan dah siap "

Aku terus menarik kerusi Puan Zaidah.

Selepas itu, aku menarik kerusi Isha untuk duduk.

Aku terus mencedok nasi goreng untuk Puan Zaidah dan Isha.

Begitulah rutin harian ku.

Aku hanya berdiri kaku melihat mereka berdua makan.

Tak turut serta?

Nak turut serta macam mana,

Nak ke diorang makan semeja dengan orang yang macam aku?

Lagipun sebelum memanggil mereka berdua, aku akan makan terlebih dahulu.

Tu pun, hanya sekeping roti.

Itu lah makanan pagi untuk aku.

-------

Masa tinggal lagi 5 minit sebelum pagar sekolah tutup.

Selepas mencuci pinggan - mangkuk..

Aku terus bergegas ke sekolah.

Hmm rumah aku jauh sikit daripada sekolah.

Aku hanya mampu berjalan kerana tiada pengangkutan .

Isha pula, dia ada sebuah basikal.

Senang lah dia nak pergi ke sekolah .

Tapi, aku masih bersyukur dapat berpeluang ingin ke sekolah.

-------

Pagar dah hampir tutup.

Aku terus melangkah besar-besar.

Setibanya aku dihadapan pagar,

Pagar dah tutup rapat2.

Pengawas yang menjaga pagar terus memandangku tajam.

"Asal lewat jer kau.. Asal lewat jer kau.. Tak de muka lain ke ..Hah! " Marah pengawas itu tegas.

Bila aku tengok balik muka dia.

Hmmm.. Ketua Pengawas!

Mati lah kau Erin!

Ya, memang aku selalu datang lambat kerana kerja ku di rumah ibu angkatku itu.

Sehingga namaku dah terang2 di blacklist kan kerana kesalahan datang lewat.

Hmm, hanya pengetua dan cikgu disiplin jer tahu tentang kenapa aku datang lambat.

Tu pun aku taknak bagitau tapi kawan baik kau,

Sharifah Farah Khairina yang bagitau diorang.

Kalau ikutkan hati, mana mungkin aku bagitau kerja aku.

QLAM:M E M O R I E SWhere stories live. Discover now