AM 9

103 16 5
                                    

Erin POV

"Assalamualaikum " Aku memberi salam.

Aku pergi ke bilikku.

Niat hanya nak ambil purse aku Dan mengambil pakaian.

Takkan wang yang aku simpan selama ini akan aku tinggalkan begitu sahaja .

Dan.. Takkan aku nak minta pakaian pada Aryan.

Tak Ke Gila tu?

Nasib baik Puan Zaidah tidak ada di rumah.

Kalau tidak,

Mesti dia akan halang aku.

Dan semestinya Aryan tidak membenarkan aku untuk datang ke rumah ini kerana keselamatan aku maybe?

Selepas aku ambil purse aku Dan mengemaskan pakaianku serta benda2  peribadi..

Aku terus keluar dari rumah itu dengan membawa beg pakaian itu Ke 'bonet' kereta Aryan.

Aku memandang sejenak rumah banglo dua tingkat itu.

"Mungkin ini kali terakhir  saya jejakkan kaki di rumah ini. Rumah yang selalu lihat penderitaan saya.. "Kataku seraya tersenyum pahit.

"Terima kasih ayah kerana selama ayah hidup ini..Ayah selalu buat Erin senyum. Layan Erin macam anak sendiri, tak pernah pinggirkan Erin. Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih Puan Zaidah dan Isha.. Ibu dan Isha telah mengajar Erin erti kuat dan tabah. Terima kasih.. "Kataku lalu menghapuskan air jernih yang keluar dari tubir mataku.

"Erin..J--om kita masuk dalam keret--a"Kata Aryan.

Aku tersenyum nipis.

-------
Di dalam kereta----

Sejak perjalanan bermula kira2 20 minit.

Suasana dalam kereta hanya di temani dengan DJ yang sedang membebel di corong radio.

Apa entah dia membebel.

Aryan pula sedang focus kepada pemanduannya.

Apa maksud semua ini?

Flashback ---

Aku mengeluh.

"Aryan! Kenapa awak perlu libatkan saya! Saya tiada kaitan pun dengan awak. Saya tak faham lah dengan awak Ni! "Hamburku.

"Aku buat semua Ni Demi kebaikan kau. Kalau kau tinggal dengan parents aku.. Keselamatan kau terjamin, kau takkan dibuli. Trust me! "

"..Sampai bila kau boleh bertahan dengan kezaliman Isha dan Puan zaidah?! " sambungnya

"Sampai saya mati Aryan! Mereka telah mengambil saya sebagai anak angkat. Saya bersyukur sangat kerana mereka menjaga saya! Kalau mereka tak ambil saya sebagai anak angkat.. Saya--saya past--i dah hi--ddup merempat! " Setitik air mataku jatuh.

Aryan terdiam.

Mungkin dia kelu untuk menuturkan sesuatu?

QLAM:M E M O R I E SWhere stories live. Discover now