TOF [2]

149 10 11
                                    

.
.
.
Venue: Seoul International Hospital.
Time: 0930 KST
.
.
.

Lay membantu Chanyeol berkemas. Hanya kerana luka tikaman dan tembakan pada tubuh suaminya itu belum lagi pulih. Jika tidak, mungkin juga dia disuruh pulang seperti Sehun.

Kini dia melabuhkan punggungnya di atas katil. Bilik ini menjadi saksi bisu untuk penyatuan keluarga kecilnya.

Perlahan dia tersenyum namun empangan air matanya mungkin akan pecah.

"Lay..."

..

..

..

Kris masuk bersama Baekhyun dan Kai. Raut tegas tercetak jelas pada wajah tampan mereka.

Dan langkah mereka terhenti saat ChanYeol yang sedang memeluk tubuh mungil Lay dalam pelukannya.

"Don't cry... it's make me hurt so much..."

Bisikan perlahan dan mendominasi Chanyeol menyapa deria pendengaran mereka.

"Chanyeol-ssi...."

Itu Kris yang menganggu pasangan duo sejoli itu. Lay ingin berlari dan menyorok sebelum tangan kekar Chanyeol menahan.

Bohong andai Lay tidak nampak tatapan tidak suka dari Kris ke arahnya.

Hei... dia tahu dia wajar dibenci. Namun dia tetap mengukir senyuman paling manis untuk Kris. Namun dianggap angin lalu oleh namja dingin itu.

"How is it? Kau dah jumpa dalangnya?"

"Belum tapi Kami berjaya jejak tempat persembunyian dia"

Chanyeol mengerutkan dahinya sambil menyarungkan jaket kulit pada tubuhnya. Dibantu oleh Lay semestinya.

"And?"

"Tempat tu dah kosong sebaik kami sampai" lapor Baekhyun.

Chanyeol melabuhkan punggungnya di atas sofa sambil mengurut pelipis kepalanya.

Siapa pun ketua mereka. Pastinya manusia itu sudah lama memerhatikan dirinya.

"AHHHH!!"

Jeritan nyaring wanita kedengaran di ruang koridor hospital itu. Mereka terdiam sebentar dan serentak menoleh ke arah pintu utama bilik VVIP itu.

"PARK CHANYEOL EODIYA??!"

Pantas Chanyeol berdiri dan melindungi Lay di belakangnya.

Kedengaran setiap pintu di tingkat itu di buka paksa.

Kai, Baekhyun dan Kris sudah membuka langkah berjaga di hadapan Chanyeol.

"Sial! Aku tak membawa apa-apa senjata sekarang.. Kai, Baek... kau berdua ada bawa senjata?" Soal Kris ke arah mereka namun di sambut dengan gelengan dari mereka.

Mereka melihat ke arah Chanyeol.

"Bodoh! Aku baru sedar 2 hari lepas, mana nak ada senjata" bidas Chanyeol geram.

Hei, di telinga Lay, perbualan mereka sedikit lucu.

"Can it be any worse??" Rutuk Kai sambil menutup matanya.

Brakk!!

Pintu itu dibuka paksa dan mempamerkan susuk tubuh lelaki di hadapan mereka bersama penembak paku di tangan lelaki itu.

The Truth Of Love [COMPLETED] Where stories live. Discover now