No one POV
・
・
・" eommaaa "
Perlahan lahan Eun Mi pergi ke arah dapur. Kepalanya dijengukkan sedikit mencari kelibat eommanya. Aik? Mana eomma?" aduhhh sakittt── "
Eun Mi terus pusing ke belakang. Pinggangnya yang baru dicubit terus diusap. Mulutnya dimuncungkan setelah melihat figura yang dicari berada di hadapannya.
" kamu tak mandi lagi?! Dah pukul berapa ni! Hari hari pergi sekolah lambat je! "
Puan Ma terus menarik Eun Mi agar meninggalkan dapur." iya iya. Nak mandi la ni tapi cari eomma dulu hehehe "
Eun Mi menggoyangkan badannya ke kiri dan ke kanan. Matanya dikelip kelipkan. Dah seghupe ada kanser mata pun adaa." takpayah buat muka mcm tu. Kamu nak apa? "
Puan Ma terus menjeling anak daranya itu. Sehari tak buat perangai mmg tak sah. Pening kepala dibuatnya." hehe nak nasi goreng boleh? "
Serta merta kepala Eun Mi ditepuk oleh Puan Ma. Mengucap panjang Puan Ma dibuatnya.
" kAMU DATANG DAPUR SEBAB ITU JE?! PERGI MANDI SEKARANG! "
Pabila mendengar bunyi guruh menyambung nyambung, langit pula sudah kelihatan kelabu di atas kepala Puan Ma, Eun Mi mengambil keputusan yang bijak.
Larikan diri.
" sayang eommaaaaa "
Sempat lagi budak tu yaa.
++++++++++
" ni payung. Jangan lupa balik awal. Semalam balik lambat, kan dah kena bebel dengan appa "
Puan Ma menyerahkan payung sambil mulutnya membebel di hadapan Eun Mi.
" ya ya. Kan hujan semalam. Tu yang── akhh! Sakitla eommaa "
Eun Mi terus mengusap lengannya yang baru lepas dicubit. Tau la gebu, bisik hati kecilnya." menjawab ha menjawab. Orang nasihat ni dengar la haih "
Puan Ma menggelengkan kepala. Peningkan ada anak macam tu? Tabah ya.
" eomma nak tanya ni, kamu tukar boyfriend lagi ya? "
Eun Mi mengeluh.
" itu Soonyoung la eomma bukan boyfriend Eun. Hadoii berapa kali mau cakap meh? "
Eun Mi menepuk dahinya. Rasanya hari hari dia bagitau Soonyoung tu bukan boyfriend dia. Takkan eommanya tak paham?" kamu tak percaya cakap eomma? Okay takpe "
Puan Ma terus membuka pintu rumahnya. Eun Mi memandang ke luar dengan perasaan malas sambil tangannya ligat mengikat tali kasut. Matanya terus membulat dan terus berdiri apabila bukan Soonyoung yang menunggu dirinya.
" apa awak buat kat sini? "
Matanya masih memandang lelaki tersebut. Dia seakan bermimpi. Berkali kali dia menggenggam skirt disamping kerana nervous. Haa kau apa tau.++++++++++
" pegang tangan saya "
Eun Mi terus memandang lelaki di sebelahnya. Mukanya berkerut kerut. Macam nak buang air besar pun ada.
" kita nak melintas "
Eun Mi terus menghulurkan tangan dengan perasaan ragu ragu. Matanya tak lepas memandang lelaki dihadapannya. Lelaki tersebut terus menggenggam dan berjalan.
YOU ARE READING
[H] · move on + ksy ·
Fanfiction+ bila kawan kau couple dengan crush kau Ditangguhkan sebab sis budak spm 2k19 u.u