・
・
・" sila siapkan latihan yang saya beri dan hantar pads kelas yang berikutnya. Ketua kelas "
Cikgu Lim berdiri lantas mengemaskan buku dan begnya." terima kasih cikgu "
Semua murid berdiri dan mengikut ucapan ketua kelas.
Setelah Cikgu Lim keluar, kelas menjadi bising. Ada juga beberapa pelajar yang keluar. Eun Mi yang baru hendak meletakkan kepala atas meja terbantut apabila Somi memegang bahunya.
" kenapa? "
Eun Mi terus meregangkan badan dan memandang Somi." nanti balik sama sama nak? "
Eun Mi terus mengangguk lalu menjatuhkan kepalanya pada meja kembali.
" balik nanti tunggu kat rooftop. Aku nak bagitau sesuatu "
" HARGGHH ! "
Eun Mi terus mengangkat kepalanya dan memandang ke depan. Suasana kelas menjadi sunyi. Semua mata memandang Eun Mi yang baru saja menjerit seperti orang gila. Somi terus berdiri lalu menunduk berulang kali.
" sorry sorry "
Masing masing meneruskan pekerjaan yang telah tergendala tadi.
" eii kau kenapa weh "
Somi terus memukul bahu Eun Mi yang masih kelihatan bingung." aku tak boleh balik dengan kau weyh. Aku baru ingat "
Eun Mi terus menepuk dahinya." ala kenapa? "
Somi memasang wajah sedih." Soonyoung nak jumpa "
" HAAA SOONYOUNG NAK JUMPA KAU?! "
Lagi sekali ya kejadian pandang memandang berlaku dan lagi sekali juga Somi berdiri meminta maaf.
" slow la sikit "
Eun Mi menutup mukanya menggunakan buku dihadapannya." okay sorry sorry. Tapi kenapa dia nak jumpa kau? "
Tanya Somi dalam keadaan separuh berbisik." taktau "
Somi tiba tiba ketawa sambil memukul mukul bahu Eun Mi.
" astaga kau terkena sawan Soonyoung ke "
Eun Mi terus meletakkan tangannya pada dahi Somi. Masih suhu normal." entah entah dia nak confess kat kau── AKH! SAKIT LA! "
Somi segera mengusap dahinya yang telah dijentik oleh Eun Mi." mintak simpang eh "
Eun Mi terus menggulingkan matanya. Dia memandang Somi semula apabila dia teringat sesuatu.
" aku tak nak tanya tapi kenapa kau tampar aku? "
Pergerakan Somi terbantut. Lidahnya menjadi kelu.
" and kenapa kau suruh Hyunjin duduk sebelah aku semalam? Aku buat salah ke? "
Somi mula mengetap bibir. Dia harus mula dari mana?
" k-kau tau kan time mood period aku datang──? "
Menipu.
YOU ARE READING
[H] · move on + ksy ·
Fanfiction+ bila kawan kau couple dengan crush kau Ditangguhkan sebab sis budak spm 2k19 u.u