Chapter 2 : Truth

55 10 1
                                        

Jimin menyandar pada pintu. Mencuri curi dengar perbualan pegawai polis dan seorang CEO. Buku nota kecil di tangan kiri, pen berdakwat hitam di tangan kanan.

"Encik kenal dengan pekerja cik ?"

"Ofcourse, dia pekerja yang berbudi pekerti"

"Encik tahu motif dia bunuh diri ?"

Dia menggeleng.

"Saksi kejadian kata dia bunuh diri lepas dipanggil Encik. Betul ?"

"Betul, tapi sebab tu takde kena mengena dengan sebab dia bunuh diri"

"Kalau dia pekerja yang budiman, kenapa dia dipanggil masuk ke bilik Encik ?"

Suasananya diam seketika. Jimin mencatat semua perbualan mereka pada buku notanya. Tepat masanya pula telefon berdering, memaksanya menghalaukan diri dari pejabat tersebut.

"Info ?"

"Mangsa bunuh diri lepas keluar dari Office Boss dia"

"Motif ?"

Jimin berfikir sebentar. Dia tidak mahu dimarahi oleh Captainnya, jadi dia membuat kesimpulan logik.

"Stress ? Dia bunuh diri sebab dia stress mungkin ?"

"Mungkin ?! We need the truth Park Jimin !"

"Arraso Cap, bagilah masa lagi sikit"

"I'll call you in two hours !"

Telefon di matikan. Jimin mendengus, kesal. Dia mengambil keputusan untuk ke tempat kejadian.

Hari diluar sedang hujan. Dia mengeluh lagi. Terpaksa dia berbasahan mencari teksi hujan hujan sebegini.

"Aku tak tahu pula jadi reporter pakej siap jadi detektif !" Dia membebel di dalam hati. Dia terpaksa bekerja sendiri kerana rakan sekerjanya mengambil MC.

Jimin yang telah sampai, memasuki bangunan 10 tingkat tersebut. Dia tidak boleh naik ke atas kerana tiada pass masuk.

"Excuse me miss, I am reporter Park from MSS Production" Dia menunjukkan Id Card miliknya.

"Yes Sir, how can I help you ?"

"I need an accsess to check the CCTV from.."

"From CEO' office level 9 ?"

"Y..Yes.."

Tidak pelik jika kerani di bawah ini tahu. Kerana dia fikir sudah ramai wartawan yang meminta maklumat yang sama. Dia diminta untuk mengikut seorang lelaki ber suit hitam untuk ke tingkat atas bagi memeriksa rakaman CCTV.

"Sorry sir, but we cant give you a copy."

Jimin membalas dengan senyuman. "It's fine I just want to check" Dia sudah tahu syarikat ini tidak akan membenarkan mereka mengambil rakaman tersebut. Dia sudahpun mendengar dari Production yang lain.

Dia tersenyum sinis.

◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇

"Cap !!"
Jimin berlari ke arah Caption nya di pejabat MSS Production. Dia pulang sebelum 2 jam, tidak sabar untuk memberikan kerja terbaik.

"Info ?"

"Saya yakin, dia memang bunuh diri lepas keluar dari office boss dia." Jimin mengeluarkan telefon pintarnya, menunjukkan rakaman CCTV.

"Macam mana kau dapat rakaman ? Bukan Production lain kata Syarikat dyeorg tak bagi Copy ke ?"

"Saya record senyap senyap lah"

Camera | jjkTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang