Jungkook memandu di jalan raya yang sibuk. Langit sepertinya sedang menangis semahunya, membasahi bumi dengan air matanya yang deras.
Dia mengeluh.
Manusia sibuk meminta hujan ketika panas terik. Tetapi mengomel apabila hujan kerana kata mereka ianya menyusahkan. Lampu isyarat bertukat merah, memberikan laluan kepada manusia manusia yang tidak berkenderaan melintasi jalan.
Jungkook memberhentikan kenderaannya. Dia melihat, memerhati, gerak geri manusia hidup yang membawa bermacam macam payung untuk melindungi diri mereka, bahkan dia disitu merupakan roh tidak hidup yang berlindung di bawah kereta.
"Hana.. Dul.." Tumpuannya terhenti pada seorang gadis.
Gadis itu memakai hoodie, tidak membawa payung, membiarkan dirinya dibasahi tangisan langit dengan rela hati. Dia melintasi jalan, perlahan lahan.
"Can she hurry up, the trafic light gonna turns green" Jungkook mengomel dalam hati. Namun siapa juga yang dengar ? Gadis itu berhenti di tengah jalan.
"Is she crazy ?!" Jungkook menatap figuran gadis yang dikatakan gila itu. Kemudian, dia perasan sesuatu.
"Park Yo Shin ?"
Lampu bertukar hijau dan kereta mula bergerak. Bunyi hon bertubi tubi menegur gadis itu, kerana mereka terpaksa mengelak daripada melanggar.
Tetapi dia sepertinya ingin dilanggar.
"Kyah.." Jungkook keluar dari kereta. Dia tidak peduli tentang kereta di belakangnya yang dari tadi menekan hon, menyuruhnya jalan, dan mencaci juga barangkali. Kakinya memaksanya berlari mendapatkan gadis itu.
Dia menarik tubuh Yo Shin dan mengheretnya ke tepi jalan. Lalu dia menolak gadis itu.
"Kau gila ke ?!"
Yo Shin mengangkat wajahnya, memandang Jungkook yang sedang bernafas dengan laju, mungkin kepenatan, atau mungkin kemarahan.
"What the fuck are you doing there ? Killing yourself ?"
"I dont know.." Dia tertunduk kembali. "I'm no longer a use. I'm just a burden. So whats the point of living ?"
"Park Yo Shin"
"You remember my name.." Dia tersenyum kecil. Yo Shin terduduk di atas jalan. Dia tidak peduli dengan hujan lebat yang membasahi mereka berdua. Dia juga tidak peduli dengan keluarganya lagi.
Dia cuma mahu bersendirian.
"Follow me"
Arahan Jungkook tidak dihiraukan.
"Yo Shin, follow me"
Dia memeluk tubuh. Jungkook mengeluh, lalu dia mendekati Yo Shin dan mendukungnya. Dia membawa Yo Shin ke kereta, membuka pintu dan memaksanya masuk. Jungkook kembali ke tempar duduknya lalu meneruskan perjalanan.
"Where are you taking me"
"Shut up, kau yang paksa"
Yo Shin menurut. Dia diam di sepanjang perjalanan. Jungkook memandu dengan perlahan sehingga sampai kerumah.
Dia memandang Yo Shin di sebelah.
She's sleeping.
Dia mematikan enjin setelah parkir. Jungkook keluar dari kereta dan menuju ke arah Yo Shin. Dia mendukung gadis itu buat kali yang kedua dan menuju ke pintu.
"Shit I cant open this fucking door" Jungkook menampar loceng dengan sikunya. Tak lama selepas itu, Seokjin membuka pintu.
YOU ARE READING
Camera | jjk
EspiritualKamera lama yang menerima permintaannya merupakan kamera sama yang mengambil nyawanya. As simple as one word, Magical ? Cursed ? You tell me. 20 tahun yang lalu. Dia tidak sedar, kesilapan yang dia lakukan telah menimbulkan konflik kelak di masa dep...