Chapter 17 : Spirits Blade

42 3 0
                                    

Jungkook memberhentikan keretanya di bahu jalan. Dia membuka pintu kereta dan berlari keluar, menolak Jimin dan Taehyung ke tepi jalan untuk mengelak lelaki bermotosikal. Mereka tersungkur ke tepi jalan dan Jungkook tergolek melanggar bahu jalan.

Pantas sebenarnya masa berlalu. Dia tidak tahu pun lelaki bermotosikal dengan pisau tersebut meletakkan dua rakannya sebagai target. Apa dia mahu ? meragut ? merompak ? atau membunuh ?

Takdir. Adalah takdir tersebut masih berjalan ? Takdir dimana jika Jungkook tidak memaafkan mereka, nyawa mereka akan terancam, seperti yang di katakan malaikat maut. Dia berjaya menyelamatkan mereka sekali lagi. Tanpa sebarang luka dan kesan.

"U okay ?" Jungkook lantas bangun dan menuju ke arah mereka berdua.

"The fuck is wrong with that guy !" Taehyung mengibas ngibas bajunya yang kotor, begitu juga Jimin. "Patut aku yang tanya kau, kau okay tak ?" Melihat Jungkook yang tergolek, pastinya dia mempunyai luka.

"I'm fine"

Namun tidakkah mereka tahu.

"Totally fine"

Roh yang tidak hidup, tidak pernah berdarah.

Jantung mereka juga tidak pernah berdegup.

Jungkook boleh sahaja melanggar lelaki bermotosikal tersebut dengan keretanya. Namun, dia tidak boleh membunuh atau menyakiti sesiapa.

Spirit Spirit of The Coin ?

Satu lagi persoalan, apa yang lelaki tersebut mahukan. Siapa dia, atau.. apa dia ?

"Masuk kereta aku, korang nak pergi mana ?" Jungkook menghulurkan bantuan, dia berjalan ke arah keretanya yang terparkir di tepi jalan dan membukakan pintu.

"Funeral House"

"Visit siapa"

"Jungkook. Jeon Jungkook. Today is his Birthday"

◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇

Seperti biasa, Jungkook bersandar pada dinding. Dia membiarkan dua manusia itu meluahkan perasaan atau ucapan mereka kepadanya melalui sekeping gambar yang berdiri kemas di sebelah Jar yang berisi abu abu milik tubuh Jungkook.

Jimin seperti biasa juga akan menangis, meminta maaf dan merasa bersalah kerana hidup lebih lama dari Jungkook. Hari ini adalah hari jadinya,

dan hari kematiannya.

Dia hanya sempat menyambut hari lahirnya sebanyak 5 kali dengan seorang bapa bermodelkan cup cake kecil dan sebatang lilin kerana mereka tidak mampu untuk membeli kek hari jadi. Hidupnya sadis. Kematiannya juga sadis.

"Happy Birthday" Kata Taehyung, sambil sambil memandang Jungkook, kerana niat dan ucapan tersebut sememangnya dituju kepada Jungkook.

Happy Birthday ?

Or is it like, Happy Death Day ?

I dont know, you tell me.

"Happy Birthday, spirits"

Jungkook memaling dengan laju apabila dia mendengar bisikan lelaki yang semacam pernah didengarinya. Dia melilau ke seluruh koridor di luar unit bilik dan mencari suara tersebut. Bayangan lelaki kelihatan sedang bersembunyi di balik dinding, tersenyum,

sinis.

Hoseok..

◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇

Camera | jjkWhere stories live. Discover now