1

10 3 0
                                    

Byun aera dan Jeon somi datang berkunjung ke rumah sahabat mereka Park hyunji pada suatu malam yang indah.

"Eh, kau tak takut ke hyunji tinggal sorang-sorang kat rumah ni? Carilah teman? Taklah sunyi. Ada jugak teman untuk berbual," ujar aera sambil matanya liar memandang sekeliling rumah sewa oleh sahabatnya itu.

"Yalah hyunji, aku tengok semcam aje rumah ni. Macam ada penunggu. Seram! Kau kahwinlah hyunji, ada jugak orang boleh jaga kau," sampuk somi pula. Dia mengekori langkah aera

"Hisy.....celopar betul mulut kau ni aera, menakutkan aku aje. Bukannya aku tak nak cari teman tapi belum jumpa yang sesuai. Nasib sewa rumah ni tak mahal sangat, kalau tak, tercekik gak aku nak bayar," ujar hyunji stelah berdiam diri seketika. Penat betul telinganya mendengar celoteh teman-temannya itu.

Aera dan somi menuju ke sofa lalu duduk di situ. Kemudian tangan aera mencapai remote tv yang ada di atas meja dan terus menekan butang merah. Peti televisyen terus bersuara.

"Apa kata kalau kau orang berdua pindah tinggal dengan aku." Hyunji mengajukan pertanyaan sambil tersengih.

Dia bukannya tidak tahu bahawa sahabatnya sudah berumah tangga. Aera sudah berkahwin dengan baekyun seorang doktor manakala somi pula berkahwin dengan soerang pensyarah. Kedua-dua sahabatnya itu memang bernasib baik dan beruntung. Hanya dia seorang sahaja yang belum berkahwin.

"Berkarat punya idea. Kau nak ke aku bawa anak-anak aku tinggal sini. Nanti apa kata suami aku pulak," ujar somi yang mudah melatah.

Hyunji dan aera tidak dapar menahan ketawa melihat wajah serius somi. Mereka sudah arif benar dengan sikap somi yang kelam kabut tu.

"Hei, aku gurau ajelah," ujar hyunji sambil ketawa

"Eh...jangan ketawa. Cuba kau tengok tv tu. Dengar betul-betul," arah somi sambil mengangkat tangannya menyuruh hyunji dan aera berhenti ketawa.

Mereka bertiga memasang telinga mendengar apa yang diperkatakan oleh pembaca berita itu.

"Seorang lelaki yang disyaki membunuh Kim Taehi telah melarikan diri dari tahanan polis. Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Kim Taehyung masih belum dapat dikesan. Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan segera melaporkan kepada polis sekiranya mendapat maklumat mengenai lelaki terbabit."

"Bahayanya," kata somi perlahan. Kemudian dia menoleh ke arah hyunji yang selamba wajahnya.

"Kau tak takut ke hyunji?"

"Takut? Buat apa aku nak takut? Kalau dia kat depan aku, terus je telefon polis. Ataupun aku taekwando lah dia," jawab hyunji dengan lagaknya. Bibirnya dijuihkan.

"Cakaplah benda-benda macam tu, dibuatnya jadi kenyataan. Menangis tak berlagu kau hyunji. Penjenayah ni bukannya berhati perut. Tengok, tak pasal-pasal Kim Taehi dibunuhnya, kau nak macam tu," ucap aera, geram betul dia mendengar kata-kata hyunji tu. Tidak sayang nyawa agaknya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 11, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Akhirnya sebuah cinta || KTHWhere stories live. Discover now