CHAPTER 1

2.2K 183 3
                                    

AVERY POV

Saya terbangun apabila pancaran matahari dari tingkap terkena di muka saya. Semalam saya balik lewat jam 3 subuh baru saya sampai rumah kerana saya masuk kerja pada jam 6 petang. Dengan mata yang masih lagi mengantuk saya gagahkan juga badan dan mata saya yang letih untuk jalankan tanggungjawap saya setiap pagi.

Saya kemas katil saya terlebih dahulu sebelum pergi mandi. Selesai sahaja saya mandi saya terus ke dapur untuk sediakan sarapan pagi. Rambut saya yang panjang saya ikat bun agar memudahkan saya buat kerja. Hari ini saya buat chocolate pancake kegemaran seseorang bersama segelas susu yang sudah menjadi rutin orang itu untuk minum susu setiap pagi. Apabila selesai sahaja saya sediakan sarapan di atas meja makan saya terus ke bilik si kecil saya yang masih nyenyak dibuai mimpi indah.

"Sweetie, wake up." Saya bangunkan si kecil saya yang nampak comel sambil memeluk teddy bear pink yang dihadiahkan oleh saya. Mata si kecil saya terbuka dan tersenyum lebar.

"Mommy." Panggil si kecil saya yang masih mengantuk. Lavender si penyinar hidup saya, penguat hidup saya dan harta saya yang paling bernilai.

"Good morning baby." Saya mengucup penuh kasih sayang dahi Lavender.

"Good morning too mommy." Jawap Lavender dengan nada yang ceria.

"Come on let's get you ready. Are you excited for your first day at school?" Tanya saya kepada si kecil saya.

"Yes. I want to make a lot of friend." Bilang Lavender dengan wajah yang teruja mahu jumpa kawan-kawan barunya di tadika nanti.

"You going to make a lot of friend baby. Go brush your teeth and take a bath." Arah saya kepada Lavender dengan nada yang lembut.

"Okay."

Dengan wajah yang tidak lekang dengan senyuman Lavender turun dari katil lalu berlari masuk bilik air. Saya geleng kepala tengok gelagat anak perempuan saya. Sedar tak sedar Lavender sudah masuk usia 6 tahun dan akan mula bersekolah untuk tahun kedua hari ini. Rasanya seperti baru kemarin saya lahirkan Lavender selepas bekas teman lelaki saya Bennett tinggalkan saya dan tidak mahu mengaku Lavender ialah anaknya. Terbaru saya dengar Bennett sudah berkahwin dan bakal menimbang cahaya mata tidak lama lagi bersama isterinya dan saya sudah tidak kisah apa yang terjadi dengan Bennett kerana bagi saya Bennett sudah tiada lagi dalam diri saya. Sekarang keutamaan saya ialah membesarkan Lavender walaupun tanpa bantuan sesiapa.

"Mommy, I'm done." Lamunan saya terhenti bila Lavender keluar dari bilik air dengan hanya bertuala menutupi badanya yang kecil itu.

"Come let's get you dress sweetie."

Tanpa membuang masa saya bantu Lavender pakai bajunya. Lavender nampak sangat comel dengan gaun pink yang dipakainya lalu saya cium tertubi-tubi pipi gebu Lavender yang sudah ketawa kegelian.

"Mommy stop." Lavender ketawa dengan ciuman saya.

"As much as mommy want to play with you right but I can't because you going to be late if you didn't eat your breakfast." Bilang saya sambil cubit manja hidung Lavender.

Tanpa membuang masa saya dukung Lavender lalu keluar dari bilik Lavender. Saya dudukkan Lavender di kerusi yang dikhaskan untuk dia lalu menghidangkan chocolate pancake kegemaran Lavender bersama segelas susu. Saya tersenyum puas melihat Lavender makan dengan berselera sekali dan saya bersyukur sangat Lavender membesar dengan sihat walaupun sewaktu dia masih bayi Lavender sering sakit sebab immunity badan Lavender agak lemah tapi sekarang Lavender seorang budak yang aktif dan cergas.

Selesai sahaja kami bersarapan saya tolong Lavender pakai kasut sekolahnya lalu saya pimpin Lavender masuk ke dalam kereta. Toyota Camry jenis lama saya pandu menuju ke tadika Lavender. Walaupun ni mata orang kereta yang saya pandu ni seperti kereta buruk tapi hanya kereta ini saja yang mampu saya beli dari kedai jual kereta second hands untuk menjadi pengangkutan harian saya dan Lavender. Kebanyakkan kereta di New York ni adalah berjenama, tiada orang yang pandu kereta antic seperti saya. Tiba sahaja di tadika Lavender saya turunkan Lavender dari kereta lalu saya pimpin tangan Lavender sampai depan pintu pagar tadika dimana dua orang wanita yang kerja di tadika ini yang akan bawa murid yang bersekolah di sini masuk ke dalam kelas mereka masing-masing.

"Be a good girl for mommy okay." Pesan saya kepada anak saya.

"Okay mommy."

"I love you baby." Saya peluk Lavender lalu mencium pipi kanan Lavender.

"I love you too mommy. This much." Bilang Lavender sambil buat gaya heart yang besar yang menandakan bertapa besarnya sayangnya kepada saya.

"Mommy will pick you up later." Bilang saya. Sebelum masuk ke kelas Lavender melambai tangannya kepada saya.

Hilang saja Lavender dari pandangan saya kaki saya mengatur langkah ke kereta saya sebab saya kena masuk kerja awal hari ini. Mr Ronny cakap hari ni pemilik kelab yang saya kerja akan datang ke kelab malam ni untuk jumpa semua pekerjanya. Sejak saya bekerja di kelab itu sekali pun saya tidak terserempak dengan boss besar saya dan hari ni boss besar saya mahu datang ke kelab.

DAMIEN POV

Saya tersedar apabila saya merasakan katil saya bergegar seperti ada benda yang melompat di atas katil saya. Perlahan-lahan mata saya terbuka.

"Daddy, wake up." Suara Dustin kedengaran. Apabila saya berpaling saya nampak Dustin sedang melompat-lompat di katil saya.

"Dustin, why are you jumping on daddy bed?" Tanya saya kepada anak saya dengan suara yang masih mengantuk. Semalam saya balik lewat sebab perlu siapkan beberapa kerja di office. Saya balik rumah saja Dustin sudah pun tidur.

"I'm trying to wake you up daddy. Come on wake up." Dustin terus menerus cuba bangunkan saya.

"Okay, okay daddy up. Why you so happy today son?" Tanya saya.

"Because today is my first day at school and I'm excited meeting a new friend." Bilang Dustin dengan nada yang teruja.

"Crap, daddy almost forgot about it. I'm sorry buddy." Bilang saya dengan nada yang kesal.

"It's okay dad."

"Let's get ready or you going to be late for your first day at school." Bilang saya terus bangun dari katil.

"I'm ready dad. It's just you not ready yet." Bilang Dustin dengan pintarnya. Saya tengok Dustin yang sudah bersiap.

"Who dresses you up son?" Tanya saya.

"Andrea help me." Bilang Dustin. Andrea ialah maid saya yang sudah lama berkhidmat dengan saya sejak dari isteri saya masih ada lagi.

"Okay son, go take your breakfast while daddy get ready." Bilang saya kepada Dustin terus Dustin berlari keluar dari bilik saya.

Sudah 6 tahun Diana tinggalkan saya dan Dustin dan selama 6 tahun itu hidup saya rasa suram tanpa Diana di sisi saya. Rasanya seperti semalam Diana melahirkan Dustin dan tinggalkan kami berdua buat selama-lamanya. Parent's saya sudah banyak kali cakap dengan saya supaya moved on dan cari seseorang yang boleh jadi ibu kepada Dustin tapi saya tidak hiraukan cakap mereka sebab bagi saya Diana ialah satu-satunya wanita untuk saya dan matinya Diana begitu juga dengan hati saya. Selama 6 tahun saya membesarkan Dustin sebagai seorang bapa tunggal dan dengan bantuan dari keluarga saya. Dustin ialah hadiah terakhir yang Diana tinggalkan untuk saya.

"Daddy hurry up." Panggil Dustin dari tingkat bawah.

"Coming." Jawap saya.

Sebaik sahaja saya bersiap saya ambil briefcase dan handphone saya di atas meja night stand saya keluar meninggalkan bilik yang pernah saya kongsi bersama mendiang Diana. Saya nampak Dustin sedang bersarapan yang disediakan oleh Andrea.

"Coffee sir?" Tanya Andrea dengan seteko kopi di tangnnya.

"Yes please." Andrea tuangkan coffee ke cawan saya.

"Excited for your first day buddy?" Tanya saya kepada Dustin yang berselera makan pancake yang dibuat oleh Andrea.

"Yes." Jawap Dustin yang dengan muka yang gembira.

"I don't want my son late on his first day of school, shall we go now buddy?"

"Okay dad."

Hari ni saya decide untuk pandu Bugatti Chiron yang baru saya beli hantar Dustin ke tadika. Kebiasaannya driver saya Jordan yang akan pandu tapi hari ni saya beri cuti kepada Jordan untuk dia meluangkan masanya bersama anak dan isterinya. Sepanjang jalan Dustin tersenyum dan saya juga senang melihat anak saya gembira. Dari kecil Dustin membesar tanpa seorang ibu tapi semua itu tidak menjadi penghalang untuk Dustin merasa bahagia walaupun ada beberapa kali Dustin bertanya mana mommynya dan saya tidak mahu merahsiakan tentang Diana dari Dustin maka saya beritahu Dustin mommynya sekarang berada di syurga sedang memerhatikannya dari atas sana. Lama-kelamaan Dustin dapat menerima kenapa mommynya tiada bersama kami sekarang.

Tiba sahaja di tadika Dustin belajar saya cium penuh kasih sayang anak lelaki saya ini sebelum melepaskan dia masuk kelas.

"Bye dad." Dustin lampai tangan dia ke arah saya.

"Bye son."

Sebaik sahaja saya hantar Dustin saya terus pergi kerja. Malam ini saya bercadang untuk melawat salah satu kelab yang saya miliki memandangkan lama sudah saya tidak menjejakkan kaki saya di sana tapi Ronny sentiasa memberi laporan kepada saya tentang sales kelab. Tengah saya focus membuat kerja saya tiba-tiba pintu office saya diketuk.

"Come in." Jawap saya tanpa mengalihkan perhatian saya dari kertas kerja yang sedang saya teliti sekarang.

"Sorry to disturb you sir but it's already 12 o'clock. Didn't you have to pick up Dustin from kindergarten?" Meryl mengingatkan saya.

"Shit!" Saya mengucapkan terima kasih kepada Meryl lalu meninggalkan office saya untuk pergi ambil Dustin dari tadika.

Tiba sahaja saya di tadika Dustin berlari ke arah saya dengan muka yang gembira.

"Daddy."

"Hey son." Saya mendepakan tangan saya lalu mengangkat Dustin. Pipi Dustin di cium oleh saya. "Did you have good day at school buddy?"

"Yes." Jawap Dustin.

"Good. Shall we go home?"

"Okay." Saya masukkan Dustin dalam kereta di bahagian pemandu lalu saya pakaikan Dustin seat belt. Kereta saya meluncur laju menuju ke mansion saya. "Did you make friend buddy?" Tanya saya.

"Yes. My new friend name is Lavender." Bilang Dustin dengan nada yang teruja menceritakan saya tentang kawan barunya.

"Oh, your new friend is a girl." Usik saya.

"She is a sweet girl daddy. She same like me." Bilang Dustin tapi apa yang menarik perhatian saya ialah budak perempuan yang bernama Lavender ini sama seperti Dustin.

"What do you mean buddy? What same she with you?" Tanya saya.

"She doesn't have a daddy and I don't have a mommy." Bilang Dustin.

"Oh sorry to hear that but did her daddy at heaven too?" Tanya saya lagi.

"No. She said she don't know who her father is. She lives with her mommy." Cerita Dustin.

"That sad."

Tiba sahaja di mansion saya Dustin turun dari kereta terus berlari masuk dalam rumah mencari Andrea. Dustin dan Andrea memang rapat, apa sahaja yang berlaku di tadika pasti Dustin akan cerita sama Andrea. Saya naik ke atas terus masuk ke bilik saya untuk mandi sebab saya perlu keluar semula untuk melawat salah satu kelab saya. Siap saya mandi saya jalan ke walk-in closet saya lalu mengambil seluar jean hitam dan t-shirt V neck warna biru dari almari saya dan tidak lupa juga jacket leather. Saya sembur perfume Hugo Boss di badan saya lalu ambil telefon bimbit saya yang terletak di atas katil baru saya keluar meninggalkan bilik saya.

"Andrea." Panggil saya.

"Yes sir." Andrea muncul dari dapur.

"I want to go out now can you please look after Dustin. I won't be long, I just need to check on my one of my club." Bilang saya.

"Alright sir. Have a safe drive." Pesan Andrea. Saya angguk kepala saya lalu keluar meninggalkan mansion saya.

Saya parking kereta saya di kotak parking yang kosong lalu turun dari kereta. Tom dan Jarred sambut kedatangan saya di pintu utama.

"Good evening sir." Tom dan Jarred tunduk hormat kepada saya.

"Good evening too. Keep a good job Tom, Jarred." Saya tepuk bahu Jarred lalu masuk ke dalam.

Suasana di dalam sangat bising dengan bunyi muzik yang dimainkan oleh DJ dan saya nampak banyak pengunjung yang datang ke kelab ni. Tanpa membuang masa saya pergi cari Ronny.

"Mr Damien."

"How are you Ronny?" Saya bersalam dengan Ronny manager kelab ni yang saya upah untuk jaga kelab ni.

"Good Mr Damien." Balas Ronny.

"How's the club?" Tanya saya dengan nada yang professional.

"Everything is good sir. Since our new singer work here they always a customers come into this club just to watch her sing. She has a good voice." Bilang Ronny.

"A new singer?"

"That her, our new singer." Ronny tunjukkan saya penyanyi baru kelab ni yang akan mambuat persembahan di atas pentas. Tepukan gemuruh dari pengunjung kedengaran. Saya terpegun dengan kecantikan wanita yang sedang menyanyi di atas pentas sekarang dan memang betul apa yang Ronny cakap wanita itu mempunyai suara yang merdu.

"What her name?" Tanya saya kepada Ronny tanpa mengalihkan perhatian saya dari terus menonton persembahan wanita itu.

"Her name is Avery Maxwell." Jawap Ronny.

"Avery." Namanya cantik sama seperti orangnya.


To Be Continued...

Stay Tuned... 

FATE (COMPLETED)Where stories live. Discover now