Part 2

47 3 0
                                    

"Excuse me, I don't like people just because they're handsome!" -The Goblet of Fire.

Note : it's just a quote though. I'm not saying you're handsome. In case, you're wondering.

Hidayah meneliti mesej yang ditaip buat kali kedua sebelum butang hijau ditekan. Wajahnya terasa sedikit panas ketika mesej tersebut benar-benar di hantar.

Hampir dua minggu gadis itu menjadi peminat misteri kepada Umar Naqib. Jantungnya masih berdegup kencang setiap kali mesej singgah ke gadget lelaki itu.

Umar membuka pesanan yang di terima. Hidayah meneliti wajah lelaki itu dengan perasaan berdebar. Hampir sepuluh saat Umar merenung skrin telefon yang berada di tangan. Tiada sebarang ekspresi ditunjukkan pada mulanya. Namun selepas detik ke sebelas, tubir bibir Umar terangkat sedikit.

Tapi sayang, Hidayah tidak menyedari akan tingkah tersebut. Ini kerana, tumpuan Hidayah kini sudah ke arah telefon yang tersembunyi di bawah meja. Dia menggenggam gadget tersebut sekuat hati bagi mengurangkan sedikit gemuruh yang di alami.

Meskipun begitu, status baca yang di tinggalkan oleh Umar sudah cukup untuk menjemput rasa bahagia di hati gadis tersebut.

Ketika keceriaan masih mengaburi fikiran Hidayah, telefon Umar sekali lagi berdecit nyaring. Akan tetapi, kali ini ianya bukan datang daripada gadis bernama Nur. Mesej yang terpampang di hadapan mata lelaki itu di hantar oleh insan yang pernah menghancurkan hati kecilnya tidak lama dahulu.

"Hey babe, I miss you already."

Aireen menaip, emoji kegemarannya iaitu gambar hati yang melekat di hujung bibir emoticon berwarna kuning, menghiasi kata-kata tersebut.

Umar kaku.

Hatinya mula bergelora dengan pelbagai rasa.

Terkejut. Tidak terlintas di fikiran lelaki itu, Aireen akan menghubunginya kembali.

Keliru. Apa tujuan sebenar Aireen menghantar mesej sebegitu.

Marah. Memori Aireen memutuskan hubungan mereka melalui pesanan ringkas membuatkan egonya kembali tercalar.

Meskipun begitu, Umar gagal untuk mengesan perasaan manakah yang lebih dominan.

Fikirannya bercelaru.

Jadi, ketika cahaya tidak lagi menerangi latar iphone X miliknya. Dia terus membiarkan pesanan tersebut berlalu sepi.

Hidayah mula menyedari perubahan emosi sahabatnya itu. Belum sempat tutur diluahkan, terang cahaya sekali lagi menarik perhatian Umar ke arah objek di tangannya.

"Sorry, I didn't mean to send you that. I got messed up with wrong number. By the way, who's this?"

Aireen tanpa segan silu menaip kata yang mampu meremukkan kembali hati Umar yang hampir hancur. Lelaki itu menghempas telefon di lantai.

Tindakan tiba-tiba tersebut, membuatkan jantung Hidayah berdegup bagaikan nak gila. Kerutan yang terlukis di wajah Umar menambahkan lagi kerisauan yang mula bersarang di fikiran gadis itu.

"What's wrong?" Hidayah meninggikan sedikit suaranya. Telefon yang berada di atas lantai di capai sebelum diletakkan kembali di atas meja.

Umar meraup wajahnya yang merah. Kata-kata seterusnya yang terluah dari mulut lelaki itu kedengaran penuh dengan kebencian. "Aku rasa Aireen dah ada orang lain."

Hidayah hampir ternganga.

Baru dua minggu mereka berpisah. Mustahil gadis itu sudah menemui pengganti kepada Umar.

"Kau pasti ke?"

Lelaki tersebut mengangguk lemah.

UMARWhere stories live. Discover now