Part 8

33 4 1
                                    

"Aku boleh jelaskan," Hidayah berkata gugup.

Umar masih merenung telefon yang berada di tangan. Kata-kata Hidayah langsung tidak didengarinya.

"Umar," seru gadis itu lagi. Suaranya kedengaran sedikit serak.

"Apa semua ni?" Bisik Umar. Segala perbualan yang berlaku beberapa minggu yang lalu satu persatu menjengah ingatan. Setiap nasihat yang diberi oleh Hidayah ketika dia meminta pendapat gadis itu akhirnya masuk akal. Jika diimbas kembali, Hidayah memang memahami setiap tindakan yang dibuat oleh Nur. Dia mempunyai semua jawapan bagi setiap persoalaan. Pada awalnya, Umar fikir ia disebabkan oleh kedua-duanya adalah perempuan. Jadi, sudah tentu Hidayah akan lebih memahami. Langsung tidak terlintas difikiran lelaki itu bahawa Nur sebenarnya adalah Hidayah.

Umar rasa tertipu.

"Umar, aku boleh jelaskan semuanya," rayu Hidayah. Emosi yang terpamer di wajah Umar mengundang resah dihati Hidayah.

Dia bimbang kehilangan Umar.

"Jelaskan apa? Yang selama ini, kau dah tipu aku?"

Hidayah tersentak.

Kata-kata yang terluah dari mulut Umar bagaikan sembilu yang menusuk ke kalbu.

"Bukan itu maksud..."

"Habis? Kau nak cakap yang semua ni berlaku secara tak sengaja?"

Hidayah ingin mengangguk. Namun, Umar sekali lagi menyampuk. "Aku tak sangka kau sanggup buat aku macam ni, Dayah."

Jatuh sudah air mata yang bergenang di tubir mata Hidayah. "Aku tak berniat langsung nak lukakan hati kau."

"Jadi, kau nak cakap setiap mesej yang kau hantar selama ini semuanya tak beri apa-apa makna?" Herdik Umar. Suaranya kedengaran serak menambah lagi rasa bersalah dihati Hidayah.

Gadis itu menelan kelat air liur yang tersekat di kerongkong.

"Aku tak sangka perkara ni akan berlanjutan sampai macam ni sekali. Aku buat semua ni pun sebab aku sayangkan kau."

Umar tergelak kecil. "Sayang," sinis sekali kata lelaki itu.

Muka Hidayah panas tiba-tiba. Perasaannya seakan tiada nilai di mata Umar.

"Kenapa salah ke kalau aku cakap aku sayangkan kau?" Cabar Hidayah.

"Your actions surely speak otherwise, Dayah." Umar menyindir.

Hidayah mengelap air jernih yang membasahi pipi gebunya. "Umar, please. Let me explain." Suaranya kembali sayu.

"No. Not now," desis Umar.

Biar amaran meniti dibibir sahabatnya, Hidayah masih juga bertapak ke hadapan. Dia terdesak meraih kemaafan dari lelaki itu.

"Please. I need time to think." Tangan Hidayah ditepis kasar. Tanpa berlengah, Umar mengangkat punggung.

Hidayah hanya mampu memerhati dengan penuh kekesalan. Air mata yang membasahi pipi tidak lagi ditahan-tahan. Jika ia hendak mengalir biarkan sahaja ia mengalir. Mudah-mudahan gundah yang terasa berkurang sedikit.

Seminggu berlalu, Hidayah makin tidak senang duduk. Umar masih belum juga bersedia memaafkan dirinya. Meskipun berulang kali Hidayah memujuk diri supaya bersabar. Namun, hasutan jahat yang menemani malamnya membuatkan hati wanita itu runsing tidak berpenghujung.

Apakah masih ada ruang kemaafan di dalam hati Umar?

UMARWhere stories live. Discover now