Part 5

29 3 0
                                    

Melihat sahaja kelibat sahabatnya, Hidayah cepat-cepat menukar tetapan telefon kepada mod getaran. Bimbang jika rahsianya diketahui oleh lelaki tersebut.

"Hai," sapa Umar sebelum mendapatkan tempat di sebelah Hidayah.

Mengukir senyuman kecil, gadis itu membetulkan sedikit tudung yang dipakai. Hatinya dalam diam berdoa agar Umar tidak dapat mendengar degupan jantungnya yang kencang.

"Kau nampak lain hari ni," beritahu Hidayah apabila melihat sahabatnya tidak henti mengukir senyuman.

"Ya?" Umar mengangkat kening.

Hidayah mengangguk.

"Entah. Aku rasa biasa jer," balas Umar, kelihatan sibuk menaip sesuatu di atas skin telefon pintar miliknya.

Hidayah ingin memberitahu Umar bahawa dia nampak lebih gembira kini. Namun, niat tersebut di batalkan. Gadis itu sebaliknya bertanya. "Kau buat apa tu?"

Mendengar sahaja soalan tersebut, senyuman Umar makin melebar. "Oh ni?"

Hidayah mengangguk lagi.

"Aku google quotes." Pendek sahaja respon yang diberikan.

Hidayah mengerutkan kening.

"Kau rasa Nur suka Harry Potter macam kau tak?" Umar menyoal tiba-tiba. Kelihatan kerlipan teruja di sebalik sinaran matanya.

Pipi gebu Hidayah serta-merta menjadi hangat. Hati kecilnya berasa terharu apabila melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh Umar.

Dia tidak menyangka lelaki itu sanggup meluangkan masa mencari petikan daripada buku kegemarannya.

"Gila. Siapa tak suka Harry Potter," balas Hidayah, turut kedengaran ceria.

Umar terdiam seketika. Dia kemudian menggumam sesuatu yang kedengaran seperti. "Aireen."

Hidayah mengeluh.

Hampir sebulan lebih hubungan Aireen dan Umar terputus. Namun, setiap kali nama gadis itu disebut, wajah Umar pasti sahaja bertukar keruh.

"Kau dah percaya dengan Nur?" Hidayah mengubah topik perbualan. Gadis itu tidak mahu melihat sahabatnya bersedih kembali.

Umar mengukir senyuman kecil.

"Aku rasa aku dah bersedia nak jumpa Nur," balas Umar. Sekaligus membuatkan mata Hidayah membulat.

"Kenapa tiba-tiba?"

Umar mengangkat bahu. "Aku nak tengok sendiri siapa Nur yang sebenarnya."

Hidayah panik.

Seminggu berlalu, setiap decitan pesanan ringkas yang menjengah menjadi igauan bagi Hidayah. Dia berura-ura untuk membuang sahaja kad sim yang menjadi punca segala-galanya itu. Namun, setiap kali jarinya menyentuh objek kuning tersebut. Hati kecilnya berasa berat sekali. Nama Umar yang sebelum ini terang menghiasi skrin telefon sudah bertukar digit. Meskipun, beribu kali dia cuba untuk memadam nama lelaki tersebut. Jauh di sudut hati, Hidayah tahu tindakannya masih lagi salah.

Nur tetap salah.

Mood Umar bertukar muram pada hari ke-8. Lelaki itu tidak lagi bercerita akan perihal Nur kepada Hidayah. Malah, Umar langsung tidak membuka mulut sepanjang hari.

Hidayah serba salah.

Mulutnya beberapa kali terkumat-kamit, ingin bertanya akan keadaan sahabatnya itu. Malah, ada waktunya ingin sahaja Hidayah berterus terang. Namun, gadis itu tidak kuat.

Dia takut kehilangan Umar.

Tugasan yang sepatutnya disiapkan pada hari itu, sudah lama terbengkalai. Hidayah sibuk mengatur ayat untuk ditanyakan kepada Umar. Ayat yang dapat menceriakan kembali hari lelaki itu.

Biar pada hakikatnya, ayat 'kau okay tak ni?' hanya memerlukan beberapa patah perkataan sahaja. Namun, fikiran Hidayah bercelaru.

Umar sering menegur perangainya yang satu itu.

Over thinking.

Ketika ayat sudah molek teratur di dalam kepala. Tutur masih gagal meniti di bibir Hidayah. Kelibat yang muncul tidak di sangka-sangka meninggalkan perit di hati gadis itu.

"Aireen?"

UMARWhere stories live. Discover now