Part 6

25 3 0
                                    

I want you back.

Empat patah perkataan yang mampu menghantui hari Hidayah. Selepas berbulan Umar membawa hati yang lara. Aireen tanpa segan silu meluahkan kembali isi hatinya kepada lelaki itu. Tiada sekelumit rasa bersalahkah di hati gadis itu? Detik hati Hidayah.

Wajah Umar ditenung dengan perasaan berkecamuk.

"Kau yakin ke dengan keputusan kau ni?" Hidayah menyoal sahabatnya itu. Layanan dingin Umar terhadap Aireen siang tadi bermain di kotak ingatan Hidayah.

Umar yang baru sahaja menyuap makanan, mendongak. Mulutnya yang penuh terisi menyukarkan lelaki itu untuk terus menjawab. Rahangnya kelihatan bergerak-gerak mengunyah santapan berlemak tersebut.

Hidayah sekali lagi menyoal. "Bukan ke kau masih suka Aireen?"

Umar mengerutkan sedikit dahinya. Lelaki itu jelas kurang menggemari topik yang diutarakan. Meskipun begitu, dia tetap juga menjawab. "Aku dah tak suka Aireen."

Giliran Hidayah pula mengerutkan dahi.

"Sejak bila?"

Umar mengeluh berat. Pinggan yang masih berisi dengan makanan segera itu ditolak perlahan. Pandangannya kini tertumpu seratus peratus ke arah Hidayah.

Hidayah menelan air liur.

"Sejak aku kenal Nur," pendek sahaja jawapan Umar.

Hidayah kaku.

"Kenapa Nur?" Hidayah menyoal jujur. Ya, kenapa Nur? Bukankah Umar pernah berkata bahawa dia tidak mempercayai gadis itu?

"Dia buat aku sedar akan nilai diri ini. She taught me to love myself before anyone else."

Pipi Hidayah menjadi panas. Penghawa dingin yang memenuhi ruang langsung tidak membantu menurunkan suhu badannya yang tiba-tiba meninggi.

"Macam mana kalau Nur bukan seperti yang kau sangkakan?"

Umar mengangkat kening.

"Macam mana kalau Nur tak sempurna seperti yang kau bayangkan?" Sambung Hidayah. Suaranya kedengaran sedikit meninggi dan penuh emosi.

Umar mengukir senyuman. "Tak ada yang sempurna dalam dunia ni, Dayah. Apa yang penting, aku rasa dihargai setiap kali Nur mengambil berat tentang aku. Lagipun, aku tidak pernah rasa perasaan macam ni. Not even with Aireen. She makes me feel special."

Hidayah mengetap bibir.

Jawapan jujur yang terluah dari mulut lelaki di hadapannya itu membuatkan jantung Hidayah berdegup kencang. Tidak terlintas sedikitpun di kepala gadis itu bahawa suatu hari nanti, dia akan mendengar pengakuan tersebut.

Pengakuan yang dia angan-angankan selama ini.

Namun, kenapa dia masih keliru? Kenapa hatinya masih gusar? Bukankah ini yang dia mahukan?

Cinta dari Umar.

Entah kenapa, hati kecilnya merasakan Umar makin menjauh dari dirinya.

Hidayah keliru.

UMARWhere stories live. Discover now