Part 4

41 2 0
                                    

Umar menarik nafas lega.

"Apa patut aku buat?" Soal lelaki itu. Tangan pantas mencapai peranti yang tersembunyi di sebalik poket seluar jeans yang dipakainya.

Anak mata Hidayah pantas sahaja beralih ke arah telefon keluaran syarikat gergasi itu. Keningnya dikerutkan sedikit, jelas tidak mengerti akan soalan yang ditanya oleh Umar.

"Perlu ke aku hantar quotes macam Nur selalu buat? Atau, aku terus straight to the points?" Lelaki itu kedengaran teruja.

Hidayah kehilangan kata-kata.

Saat Nur menekan butang hantar beberapa minggu yang lalu. Tidak terlintas di fikiran gadis itu, suatu hari nanti Umar akan membalas mesej yang di hantar olehnya.

"Kenapa tiba-tiba kau berminat dengan Nur?" Hidayah menyoal gugup. Tekaknya terasa begitu kering.

Tidak membalas soalan tersebut secara lisan, Umar menyua telefonnya ke arah Hidayah. Setiap mesej yang di taip oleh Hidayah selama ini, jelas terpampang di hadapan mata. Apa yang berbeza, Hidayah dapat melihat mesej tersebut dari sudut pandangan Umar.

Nama yang tertera di bahagian atas yang kebiasaannya diisi oleh nama si pengirim pantas menarik perhatian Hidayah.

Cik potter 🤓

Terukir senyuman dibibir mungilnya. Hati Hidayah berbunga riang kerana Umar sanggup menyimpan nombornya sebagai kenalan. Bimbang juga, sekiranya lelaki itu menggelar dirinya yang bukan-bukan.

Hidayah tidak dapat membayangkan perasaannya ketika ini sekiranya Umar membuat keputusan untuk memberi gelaran seperti stalker atau creepy kepadanya.

"Kau percaya dengan Nur?" Hidayah sengaja menduga. Mesej yang di hantar oleh Umar semalam mengaburi pandang gadis tersebut.

Umar mengangkat bahu. Telefon miliknya sudah kembali ke pangkuan lelaki itu. "Entah. Macam mana aku nak percaya orang yang aku tak pernah jumpa?"

Hidayah merenung sahabatnya dengan hati yang berdebar. Ayat yang bakal terluah dari mulutnya membuatkan tangan gadis itu sejuk, bagaikan ais.

"Macam mana kalau Nur memang ikhlas nak berkawan dengan kau?"

Umar mengerutkan dahi. Dia gagal membaca hala tuju soalan yang Hidayah ajukan.

"Macam mana kalau Nur betul sukakan kau?" Sambung Hidayah lagi. Jelas kedengaran getar di sebalik suara gadis itu. "Lebih dari Aireen."

Mendengar sahaja nama Aireen disebut, kerutan di dahi Umar makin bertambah. Dia kemudian menyoal sahabat karib yang kelihatan gugup di hadapannya.

"Macam mana kalau Nur sengaja nak mempermainkan aku?"

Hidayah ingin menyangkal telahan Umar. Namun setelah berfikir sejenak, dia mengambil keputusan untuk mengiakan sahaja gundah lelaki tersebut.

"Mungkin ada betul cakap kau."

Hidayah bimbang sekiranya dia terus menabur pujian kepada gadis bernama Nur. Umar akan makin berminat untuk membongkar identiti misteri gadis tersebut.

Rancangan Hidayah jelas meleset apabila dia menerima mesej kedua daripada Umar.

Lelaki itu menghantar satu petikan yang pernah digunakan oleh J.K.Rowling di dalam karyanya. Meskipun, Umar tidak menaip nama penulis terkenal tersebut. Hidayah selaku peminat setia koleksi Harry Potter tahu asal usul kata-kata tersebut tanpa bantuan Umar. Masakan tidak, siri fantasi itu sudah sebati di dalam hidup Hidayah dan Umar.

Masih ingat lagi, ketika Hidayah memperkenalkan koleksi tersebut buat kali pertama kepada Umar. Lelaki itu hanya mencebik. Kanak-kanak berusia 12 tahun itu lebih berminat dengan permainan digital yang baru dibeli oleh ayahnya beberapa hari yang lalu. Objek tebal yang berada di tangan Hidayah langsung tidak diendah.

Masih segar di ingatan gadis itu, air mata yang pernah mengalir membasahi pipi gebunya. Penolakkan yang diterima membuatkan hati kecil Hidayah terluka. Hampir seminggu anak kecil itu berjauh hati. Hinggalah pada saat Umar meminta untuk melihat buku kesayangan Hidayah.

Gadis tersebut tanpa banyak bicara menghulur barang yang diminta dengan hati yang gembira.

Melihat sahaja senyuman yang terukir diwajah sahabatnya, Umar tahu dia sudah berjaya menambat kembali hati Hidayah. Mulai saat itu, Harry Potter menjadi penghubung di antara mereka berdua.

Jadi, ketika Umar menghantar sesuatu yang begitu istimewa kepada Nur. Perasaan Hidayah menjadi tidak keruan.

Pada malam itu, Hidayah membuat keputusn untuk menekan butang hantar.

UMARWhere stories live. Discover now