Part 7

28 3 1
                                    

"Mungkin dia keliru?" Hidayah cuba memihak kepada Nur.

"Kenapa dia nak keliru?" Umar mengerutkan kening.

"You know. Mungkin selama ini dia tak pernah sangka yang kau akan suka dia balik. Jadi, mungkin sebab itu juga dia jadi keliru."

Kerutan di dahi Umar makin dalam. Mulutnya juga tertakup kemas sekaligus menampakkan lesung pipit yang berada di sebelah kanan pipinya.

"Tapi aku tak pernah bagitahu perasaan sebenar aku padanya."

Komen selamba itu membuatkan Hidayah menyedari akan kesilapannya. Bagi menutup keterlanjuran yang telah dia lakukan, gadis itu meneguk rakus minuman yang berada di depan mata.

"Sejak bila kau minum kopi?" Suara garau milik Umar membuatkan darah panas menyerbu ke muka Hidayah. Kopi yang sebelum ini masih penuh sudah tinggal separuh kini.

"Sorry," ucap Hidayah. Gadis itu kelam kabut melambai ke arah pelayan yang berada berdekatan kaunter. "Aku ganti balik air kau."

"Hey hey... it's okay." Geleng Umar.

"Tak apa. Lagipun, makanan kita masih belum sampai. Tengok, dah nak habis air kau aku teguk,"gumam Hidayah. Mulutnya mengukir sengihan selebar mungkin bagi menutup rasa malu yang menyinggah.

Umar ketawa kecil. "It's okay. Nanti kalau aku haus, aku pau air kau pulak."

Wajah Hidayah kembali panas.

"Excuse me, I think I need to go to the restroom," maklum Hidayah. Bangkit dalam keadaan tergesa-gesa. Gadis itu tidak sekalipun berpaling atau menunggu jawapan daripada Umar.

Telapak tangannya berasa basah dek peluh dingin yang menguasai diri. Singki yang kelihatan agak kotor langsung tidak di endah. Dingin air menenangkan sedikit gugup yang dialami oleh Hidayah.

Sementara itu, Umar yang masih berada di meja makan menerima pesanan ringkas dari Aireen. Sepanjang minggu, gadis itu tidak henti-henti menganggu Umar.

Mengeluh berat, Umar membuka mesej yang diterima.

'Still ignoring me, I see.'

Memandangkan Hidayah masih belum kembali, Umar membuat keputusan untuk membalas mesej Aireen buat kali pertama, dan terakhir. 'Leave me alone, Aireen. We're through.'

'It's not. Not until I say so.'

Umar mengeluh lagi.

Selepas hampir setahun lelaki itu menyerahkan cintanya kepada Aireen. Saat ini merupakan kali pertama Umar menyedari akan perangai sebenar gadis itu. Aireen dan Nur bagaikan langit dan bumi.

Umar tersentak.

Dia, tanpa sedar, sudah membandingkan dua gadis tersebut.

Aireen, suatu ketika dahulu, pernah menjadi insan yang sangat penting di dalam hidupnya. Bagaimana pula dengan Nur? Apakah status gadis itu di dalam hatinya?

Biarpun masih keliru, Umar mencapai kembali telefon pintarnya sebelum lelaki itu membuka kotak perbualan di antara dirinya dengan gadis bernama, Nur.

'Ada sesuatu yang saya nak awak tahu. Saya nak kita jumpa. Kalau lepas ni awak masih nak mengelak dari saya. Saya faham. We have to resolve this matter once and for all.' Tanpa berfikir panjang, Umar terus menekan butang hijau yang berada di sebelah kanan.

Umar ingin menarik nafas lega. Namun, decitan mesej yang kedengaran dari telefon Hidayah menarik perhatian lelaki itu. Sekiranya dia tidak melihat namanya tertera di skrin telefon tersebut, lelaki itu ingin membiarkan sahaja gadget tersebut.

Kenapa Hidayah menerima mesej dari lelaki bernama Umar? Berapa ramai Umar yang Hidayah kenal? Kenapa gadis itu menerima mesej usai sahaja dia menghantar mesej kepada Nur? Pelbagai persoalan bermain di minda Umar.

Biarpun, Umar tahu tindakannya adalah salah. Akan tetapi, rasa ingin tahu yang membuak-buak di dalam diri mengatasi segalanya.

Kata laluan gadis itu dibuka tanpa banyak masalah. Pemberitahuan yang diterima oleh gadis itu ditekan dengan perasaan berbelah bahagi.

Bagaimana kalau semua ni bukan seperti yang dia bayangkan. Bagaimana kalau Hidayah memang kenal Umar yang lain? Adakah gadis itu akan kecewa dengan tindakannya?

Belum sempat lelaki itu berasa bersalah. Setiap perbualan yang sangat dekat di hatinya terpampang jelas di hadapan mata.

Umar terkedu.

"Umar?"

UMARWhere stories live. Discover now