ARISHA POV
"Okay kot warna ni. Tak silap saya warna kuning, warna yang orang selalu padankan dengan biru", ujarku sambil memegang paket belon yang tergantung."Nak tanya mak Daim tak?", kata Kameya.
"Awak la cakap kalau nak. Malu la", aku mencubit lengan Kameya.
" Eh jap, ada orang call. Speaking of the devil, Aunty Khazi call", terbeliak mataku.
"Jawab la cepat"
"Kau la yang bercakap. Future mother-in-law kau kan", Kameya memberi pandangan sinis kepadaku.
Belum sempat aku nak memukulnya, telefon dibawa ke telingaku. Aku cuba menolak namun, pemanggil sudah bersuara.
"Hello? Kameya eh?"
"Maaf, Aunty. Ni Arisha. Kameya dia tengah.. err", Kameya membisik kepadaku 'cari parking'.
"Kameya tengah cari parking. Dia suruh saya masuk dulu"
"Oh, Arisha dah beli belon tu?"
"Belum bayar lagi. Kalau belon warna kuning boleh? Kontra sikit dengan warna biru dan putih"
"Boleh juga. Aunty bukan nak takutkan Arisha tapi kalau boleh cepat sikit sebab Hadzri kata diorang sikit lagi nak bergerak ke rumah"
"Baiklah. Saya cuba untuk sampai awal. Assalamualaikum", aku menyerahkan telefon kepada pemiliknya. Terasa hatiku berdebar-debar.
"Cakap dengan future mak mertua pun dah berdebar-debar. Belum lagi dengan anak dia", ish Kameya ni. Dua kali lima saja dengan Daim. Suka kacau.
"Jom kita beli yang ni. Kita kena cepat", kami membuat pembayaran dan kami pergi ke rumah Daim.
"Assalamualaikum!", Kameya memberi salam di gate. Setelah diberi salam untuk kali kedua, gate dibuka.
"Kameya dengan Arisha kan?", kami angguk.
"Maaf kan Aunty. Aunty tak tahu sangat kawan perempuan Daim selain Diyanah", aku memandang ke arah Kameya.
"Aunty, ni belon yang Aunty suruh beli", kata Kameya tatkala aku menyerahkan beg plastik kepada Aunty Khazi.
"Terima kasih. Masuk la dulu. Make yourself at home", ucapnya sebelum membawa kami ke ruang tamu. Besar juga rumah Daim.
Kalau rumah aku, ruang tamu adalah tempat pertama yang kita melangkah masuk sebaik sahaja pintu dibuka tetapi rumah Daim pula, kena lalu bilik kasut, hall kecil, belok kiri barulah tiba di ruang tamu. Kami disediakan air oleh pembantu rumahnya.
"Sejuk tangan kau Isha. Takut eh", kata Kameya sambil mencucuk lenganku berulang kali.
"Ish. Diam la. Saya nak cuba tenangkan diri. Hadiah Daim awak bawa tak?", tanyaku sambil meneguk air.
"Ada. Ni, mesti Daim rasa annoying dengan hadiah kita", kami tertawa.
Kira-kira 10 minit berlalu, aku menuju ke ruang taman dalam rumah Daim. Sebelah ruang tamu sahaja. Aku melihat khemah dan meja sudah pun disusun.
Aku terperasan seorang gadis, remaja mungkin, sedang membawa beberapa kotak yang bertindih dan kelihatan salah satu daripada kotak tersebut hendak terjatuh.
Aku membuka sliding door dan lantas membantunya membawa kotak tersebut.
"Eh, akak tak perlu tolong saya. Saya okay je ni"
"Tak apa. Awak macam susah je bawa kotak ni. Biar saya tolong", aku mengambil dua kotak dan diletakkan di atas meja.
"Terima kasih, kak. Susah-susah je"
YOU ARE READING
Torn Apart : Million Pieces
Storie d'amore• Sambungan Torn Apart Meninggalkan rakan-rakan karib bukanlah sesuatu mudah untuk dilakukan, apatah lagi meninggalkan cinta hati tanpa perbincangan. Terpaksa melupakan kisah cintanya yang bukan sahaja membaurkan diri sendiri tetapi dirinya juga. T...