one

457 28 2
                                    

"weh yuqi, kau pergi dulu ah. aku nak pergi toilet sat"

yuqi hanya mengangguk lalu dia berlalu pergi tanpa banyak soal.

aku masuk ke dalam tandas yang agak tersorok. buku yang aku peluk tadinya diletakkan di atas sinki dan getah rambut yang mengikat rambut aku, aku tarik sebelum aku mengikat semula. aku betulkan rambut hadapan aku yang menutupi dahi.

buku aku ambil semula dan aku melangkah keluar tapi terus terbantut disebabkan mata aku yang agak suci ni telah menyaksikan perkara yang memang tak patut sebenarnya untuk aku tengok. fuh kalau ye pun dah gelojoh tu boleh tak pergi tempah bilik hotel ke apa ke yang buat dekat universiti ni pehal?

memang budak budak uni ni suka buat benda benda macam ni ke macam mana? pagi pagi dah buat mood aku swing haih tolonglah. dah la lepasni kelas miss han, kalau aku tak fokus mampus nanti. yang membazir masa duk berkiss dengan gelojoh ni memang dah lama sangat hidup ke macam mana? pergila belajar ke lepak dengan member ke duduk library ke ha kan dapat manfaat yang berpatutan tu kan.

AHH PAPE JE AH LANTAK DIA AH YANG AKU KISAH NI KENAPAAAA

ha tengok kan aku dah tercapslock disebabkan rasa marah yang teramat.

eh sudah la anak muda, aku pergi dulu.

sempat aku memerli pasangan berdua tu sebelum aku melangkah meninggalkan tempat tu. nak terasa tu terasa la ha biar kau rasa eih.

"eh dah tahu gelojoh lain kali buat kat tempat lain la ey"

-

aku mengeluh kecil sebelum meletakkan kepala di atas meja. tetiba rasa mengantuk pun ada, penat pun ada sementara menunggu lecturer lepasni. aku menghadap yuqi di sebelah kiri yang sibuk melayan phone dia.

"kau ni kenapa? mood swing semacam je ni. cer citer"

"macam biasalah budak budak kita ni. penatla aku tengok"

"lah tu je ke? biasala tu, kau yang innocent sangat ni kenapa? kau bukannya budak bawah umur weh, umur kau dah 21 weh bukan budak sekolah rendah. budak sekolah rendah pun ada yang kiss tau, lagi maju daripada kau"

"bukannya aku tch"

"tu la kau. aku ajak kau gi blind date kau tolak. eh ni ada lagi blind date berjemaah tu, jom ar weh. mana tahu ada yang ikut taste kau ke. kot kot jodoh kau kan ha. ramai tau orang yang jumpa jodoh dorang dengan cara ni. bahagia je aku tengok"

aku tak tahu kenapa dia beria sangat nak ajak aku haih tolonglah nak berpuluh puluh kali aku cakap aku tak suka kenapa suka sangat suruh aku pergi niiiiii.

"buang masa je lah. nanti dah kahwin ada anak suami lepastu kena berhenti belajar. nak kena jaga orang lain padahal diri sendiri aku pun tak terjaga. pastu dapat pulak mak mertua yang mulut pokpek pokpek eh tak mahu la aku. mohon dijauhkan"

"ha elok la tu sama macam kau. kau yang fikir jauh sangat. aku ajak sebab nak bersuka ria je, kau muda lagi. jangan nanti dah tua baru kau nak menyesal tak pergi berjimba dengan aku masa muda"

"mana mungkin"

"payah betul aku dapat member macam ni. kenapalah aku kawan dengan kau haih tolonglah"

"mungkin kita memang ditakdirkan untuk bersama"

.....

"HAHAHAHAHAHAHA BODO LA"

nak bergegar dewan kuliah tu disebabkan suara kitorang. dah kalau aku dengan yuqi bergabung fuh boleh hancur dunia dibuatnya. hadap la gais siapa yang selalu dekat dengan aku dan yuqi tu hekhek.

-

aku toleh kiri kanan dan pusing untuk lihat sekeliling. tak ramai orang. mungkin kat blok sana ramai sikit orang. aku berjalan seorang diri disebabkan yuqi tu alahai biasalah, ada perjumpaan kelab la apa la. aku mana la join benda macam tu sangat.

cuaca panas memang tak boleh nak bawak bincang langsung dengan aku. disebabkan cuaca macam ni betul betul buatkan tekak aku terasa kering.

kat sini mana ada mesin air, kalau nak beli air memang kat blok sana je la ha pergi je ah. dah haus sangat dah ni.

aku mula melangkah untuk ke blok sana dengan niat nak beli air untuk hilangkan rasa haus aku. sampai sahaja aku dekat kawasan mesin air tu, aku beratur di belakang student lain yang mungkin dorang pun rasa haus macam aku sekarang ni.

bila sampai giliran aku, aku melangkah setapak ke depan dan baru aku nak masukkan duit ke dalam mesin tu, tiba tiba ada seseorang yang masukkan duit dengan selamba makcik dia je dan tak hiraukan aku yang memang dah beratur lama ni.

what the fish?!

"weh brader"

dia diam dan tak hiraukan aku, sibuk melayan perempuan di sebelahnya. ah perempuan tu pun tak pandang aku.

"ala siannya darling kita, kejap eh"

wow?

eh ini chae hawon la, fikir aku nak diamkan diri je ke ha?

baru dia nak melangkah pergi, aku menepuk bahu brader yang memotong barisan aku tadi.

"woi brader, adab mana adab? aku dah beratur lama au, nak dekat 10 minit aku tunggu lepastu selamba abah kau je potong barisan aku pastu buat aku macam tak wujud. eh kau ni masuk universiti tapi adab takde ni macam mana ni?"

"so?"

"dah la tak mintak maaf, jantan tapi perangai tak serupa jantina. weh aku perempuan kot, kau potong barisan perempuan pastu buat muka tak malu. macam mana ada orang melekat dengan kau ni?"

"ha?"

"kesian betul aku dengan yeochin kau ni. dah la pengecut, pekak pulak tu alahai. jantan tapi tu la pengecut. dasar takde telur!"

"WHAT?!"

oops tercapslock.

--

ye tahu tak sama macam chapter sebelum ni but i tried. penat weh penat aku type 4 chapter pastu natang ni leh delete macam tu je haih nasib aku ingat lagi sikit sikit apa yang aku type sebelum ni. but still you guys enjoy la ehh.

one love ; parkjihoonWhere stories live. Discover now