twenty one

115 14 0
                                    

aku menyuapkan nasi ke dalam mulut menggunakan sudu sebelum sup pula selamat masuk ke dalam perut. oh nikmat.

tiba tiba yuqi menyiku perut aku, nak tersedak aku dibuatnya. mujurlah tak tersembur apa yang ada dalam mulut ni. hilang terus aku punya nikmat menikmati makanan tu.

"kau nak apa senggol senggol aku ni?"

"kau free tak jumaat malam?"

aku anggukkan je memandangkan aku dapat shift petang.

"kenapa?"

"aku ada buat party sikit kat rumah tu. tu yang tanya kau dulu free ke tak"

party untuk apa pulak dia ni?

"untuk?"

"anak buah kesayangan appa aku aka adik sedara aku punya birthday.nak jugak sambut kat rumah aku tu ha. biasalah dah kalau kesayangan appa aku"

dengki lettew.

"oh. pukul berapa?"

"7 kot. kau datang je la pukul 7"

aku mengangguk angguk tanda setuju. tak kisah pun pukul berapa datang. rumah dia bukannya jauh sangat pun.

"kau jemput aku je ke?"

dia menggeleng. aik? siapa lagi dia jemput kalau yang betul betul rapat dengan dia?

"aku jemput mingyu sekali"

the fish?

mingyu? serious?

"make sure kau jemput dia waktu lain lain daripada aku eh"

"pehal pulak? dah majlis start pukul tu takkan nak ajak dia pukul 10 malam pulak"

ala pompuan ni pun satu. sengaja betul.

"kau takde niat nak buat aku berbaik dengan dia kan?"

"ada la sikit"

kau tahan tangan aku skang. tetiba rasa ringan ni haaaa.

"tak sekarang ni yang kau tak puas hati sangat dengan dia tu pasal apa?"

"habistu dulu yang kau bengang sangat dengan dia tu pehal?"

sudahnya aku dengan yuqi berlawan soalan.

"tu sebab dia lebihkan sangat si darling tu daripada kita!"

"habistu sekarang? apa bezanya?"

muka dia nampak teragak agak nak cakap. berani dia nak lawan cakap dengan aku.

"sekurang kurangnya sekarang dia selalu jugak datang jumpa aku"

senangnya kau berubah hati balik yuqi oiii. dia boleh je pura pura ke apa. setakat pura pura tu aku yang tak pandai berlakon ni pun reti laaa.

"alasan tak boleh pakai. KALAU CAMTU AKU PUN SELALU JUMPA DIA LAAA"

dia ni dah la mengacau aku tengah menikmati makanan yang enak tu. boleh pulak cakap pasal ni. pantang nenek moyang aku betul la.

"ta- tapi tu lain la.."

"eleh dulu kau yang mulakan perang dingin dengan dia. lepastu sekarang ni kau nak baik pulak bila aku yang bengang dengan dia"

"alasan kau bengang dengan dia sebab dia kutuk jihoon, tu je kan? sebelum tu kau okey je"

"bukanlah..."

one love ; parkjihoonWhere stories live. Discover now