twenty

131 12 0
                                    

"oh kau nak tahu pasal semalam?"

"kalau kau nak terangkan. tapi aku nak mintak maaf la sebab aku tak tahu pun yang tu omma kau so aku tak layan nak berapa betul sikit"

bukan tu pun alasannya, dah kalau mak dia kerja marah marah memang tak betul la aku layan.

"takpe. omma memang macam tu. panas baran. dia kata dia saja datang nak tengok aku hm tapi jadi memalukan aku pulak" dia tersengih malu seraya menggosok belakang lehernya.

"hey tu omma kau la. buat apa nak malu?"

"aku cuma.. malu dengan kau"

dahi aku berkerut. tak faham. kenapa nak kena malu dengan aku? bukannya dia tayang aksi tak senonoh pun.

"ye la, omma kau layan aku elok je walaupun tak berapa kenal aku. tapi omma aku? kau dah mintak maaf pun masih nak ungkit. bukan setakat tu, siap burukkan pulak. mana tak aku malunya?"

aku pandang tangan jihoon yang sedang main dengan jari sendiri. kepalanya kekal tunduk ke bawah. selama ni elok je cakap pandang muka aku. topik ni dia tunduk pulak?

"aku tak marah pun la. chill okey" entah kenapa dengan diri aku, tiba tiba je aku capai tangan dia dan genggam. terasa macam di luar kawalan.

"walau macam mana pun, dia tetap omma kau. sayang dia macam mana dia sayang kau. kalau boleh lebih lagi. biasalah, perangai setiap omma ni lain"

tapi kalau dia kata tu omma dia.. gaya dia nampak macam kaya sikit. tapi dia kata family dia biasa je. orang biasa jarang nak bergaya macam tu. musykil aku dibuatnya hmmm.

"sebab ni la aku sayang dekat kau" tiba tiba je dia gosok kepala aku sampai rambut aku jadi berterabur. rasa nak mencarut je aku bila tengok muka tak bersalah dia tu.

"aku dah kata kan jangan ikat rambut bila dengan aku?"

"aku dekat public. bukan dengan kau je. eleh lagipun buat apa aku dengar cakap kau huh. rambut aku suka hati aku la. lain la minju tu kan rambut panjang cantik lurussss je hmmm"

"tak habis lagi jealous huh?"

"aku tak jealous pun lah!!"

"alah konon. tengok muka dah tahu" dia buat muka mengejek. hilang terus riak bersalah tadi. pigidah!

aku diam. pandang dia dengan riak serius seserius yang boleh. ingat aku tengah berlawak la ni.

"okey okey aku tahu kau jealous tapi serious tadi tak buat apa punnn. aku bukak loker pastu tiba tiba dia muncul tepi. aku malas la nak layan lepastu tiba tiba je dia cakap pasal dia nampak omma semalam bla bla"

eleh si darling tu sengaja je cari alasan nak cakap dengan jihoon. ingat aku tak tahu?

"boleh percaya?"

dia mengangguk dengan penuh yakin.

"dah tak jealouskan?"

"aku tak kata aku jealous dan takde sebab pun bluek" aku menjelirkan lidah kepada jihoon sebelum melarikan diri dengan rambut yang tak betul tu.

one love ; parkjihoonWhere stories live. Discover now